0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Aku pergi event ni sebenarnya bidang terjun sebab temankan cik Siezuka. Thank nurul sebab ajak hari tu tambah pulak dengan sakit perut haaa memang sesuai pergi try air soya bean kat sini. Baru ni Mr Bean Malaysia membuat pembukaan rasmi yang ke 70 di Asia bertempat The Curve, Mutiara Damansara.

Mr Bean ni menyediakan produk Soya seperti air soya, tau fu fa dan jugak pancake. Susu soya di Mr Bean adalah kombinasi kualiti soya terbaik dengan teknologi terkini untuk memberikan rasa selain menghasilkan produk yang sihat dan kreatif yang mengekalkan nilai nutrisi di dalam soya tersebut. Kiranya Mr Bean ni mengeluarkan makanan berasaskan kesihatan untuk korang.

Seawal pukul 11 pagi, kitaorang dah menapak kat sini

Perasmian oleh Glycine Max dan Super Bean International

Mr Bean menyediakan beberapa jenis jus buah – buahan berasaskan soya, pankek soya dengan perisa tertentu dan jugak smoothies yang korang boleh topping dengan pearl, jelly dan jugak kacang merah.

Apa yang menarik tentang Mr Bean ni, korang boleh pilih air soya yang korang nak tu samada takde gula ataupun kurangkan kandungan gula. Haaa helthy food betul nihh. Heeeeee.

Kalau dulu nak makan soya ni mesti kena tunggu orang yang berbasikal tu datang rumah time petang. Haaa sekarang dah boleh dapat dengan senang kat Mr Bean.

Air Soya Cincau.. Perghhh memang terbaik tapi hari tu aku ambil watermelon soya blended milk memang rasa dia lain daripada biasa maksud aku campuran soya dalam tembikai buat perut korang lebih kenyang. Time aku datang tu sebenarnya perut aku tengah sakit dan lepas minum air soya kiranya sampai ke malam, perut tak meragam dah. Air soya antara ubat terbaik untuk sakit perut.

Pankek kat Mr Bean ada beberapa perisa yang boleh dipilih antaranya Mr Bean Pankek, Peanut, Azuki Red Bean, Kaya, Cheese, Chocolate, Double Chocolate, Tuna, Egg Mayo dan Caramel Mustard. Dalam semua perisa tu aku paling suka kaya dengan chocolate woo makan satu mesti nak lagi.

Harga pun berbaloi takde mahal sangat siap ada set sekali dengan beancurd dan jugak pankek. Memang mengenyangkan perut nihh.

Ais Krim Soya nih kiranya first time aku dengar sebab aku tak pernah makan sebelum ni. Hari tu pun aku tak sempat nak rasa sebab perut pun dah kenyang dengan minum air tembikai dan pankek. Ais Krim Soya Mr Bean ni antara ais krim yang mempunyai kandungan gula dan lemak paling rendah di pasaran jadi kalau korang suka ais krim tu haaa cuba tukar dari aiskrim biasa pada aiskrim soya.

Selain perasmian, taster makanan dan minuman ada jugak cabutan bertuah yang menawarkan hadiah Ipad malangnya sampai pukul 4 menunggu, pemenang bagi hadiah tu tetap diberikan kepada mereka yang tak hadir. Ramai yang mengeluarkan reaksi kecewa dan hampa sebab menunggu sampai pukul 4 petang dari 11 pagi.

Kalau korang menjaga kesihatan dan suka kan air soya, jangan lepaskan peluang rasa sendiri kenikmatan yang Mr Bean tawarkan di kiosk yang terdapat di The Curve. Maklumat lanjut tentang menu ataupun nak bertanya sebarang soalan, korang boleh masuk kat sini;

Facebook Mr Bean : Mr Bean Malaysia

Mr. Bean Malaysia
Lot K-G19, Ground Floor,
The Curve Shopping Mall,
No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });