0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Terkedu dan terkejut itu jek yang mampu aku gambarkan perasaan sendiri bila terbaca tentang seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak menemui wang sebanyak RM 133,300. Perghhhh banyak gila! Siapalah yang buang duit tepi jalan. huuuuuuu.

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!

Lelaki itu dikenali sebagai Bahar Rauf akhirnya menyerahkan wang tersebut kepada balai polis untuk diserahkan kepada pemiliknya. Patut contoh sikap Bahar Rauf yang tak kejarkan wang semata-mata. Menurut Bahar;

“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual. “Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,

Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun. Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain. Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.

Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata. “Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah. ” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu. Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya. “Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis. “Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya. – HM

 

 

P/s: Aku rasa kalau orang lain mesti buat senyum jek kan tapi owner wang tu mesti tak lena tidur kalau hilang duit sebanyak Rm133,000. Korang rasa macam mana? Betul tak?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });