0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Perjalanan PenMerah.com Selama 2 Tahun

Salam.

HD

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun aku bersama blog PenMerah.com. Masa yang terlalu sekejap dirasakan dan pengalaman yang terlalu banyak diperolehi selama berblog. Kalau dulu, orang kenal aku sebagai orang belakang blog darkbatman.com tapi sekarang rasanya dah ramai lupa kot. Bukan perkara mudah untuk berdiri atas kaki sendiri.

Selama 2 tahun, banyak pengalaman yang aku dapat selain dalam masa yang sama memperbaiki penulisan supaya lebih matang. Kenapa aku berblog? Niat asal aku ‘Berkongsi’ dan jugak untuk mendapatkan kepuasan. Duit? Dulu aku pernah share Quote dalam entri sebelum ni;

If you think that chasing money will leave you feeling contented for the rest of your life, think again. ”Money Isnt Everything”.

Take time, sabar dan jangan putus asa. Itu antara prinsip yang aku pegang setahun lepas selama berblog. Antara sebab aku masih setia dengan nuffnang, korang boleh baca My Nuffnang Story. Hidup aku berubah 90% selepas bermula dengan blog dan hanya setia pada satu Nuffnang. Orang lama mungkin tahu macam mana aku cuba berusaha untuk menjadi salah sorang blogger yang mempunyai blog bukan sekadar suka – suka.

capture-20130226-183211

Bila berblog pastinya kita nakkan sesuatu untuk dikejar dan salah satunya menjadi blogger yang setia dengan nuffnang. Kesetiaan aku dibalas dengan sponsored post yang diperolehi hampir setiap bulan. Income aku nih takdelah sehebat blogger otai lain tapi cukup buat aku yang baru bermula selama 2 tahun. Alhamdulillah. Masih terlalu banyak untuk penuhkan ilmu di dada.

DSC 1152 Beza Zaman Kegemukan dan Bila dah Kurus..

Tapi semua tu bukan sebab utama aku setia dengan nuffnang sehingga sekarang. Selama aku berblog, benda pertama yang paling ketara adalah Penampilan. Korang boleh tengok entri zaman gemuk dulu kala. kahkahkah! Dulu aku berisi woooo! Tapi perlahan – lahan aku berubah menjadi lebih baik dan insyaAllah harapnya bertambah baik. haha.

Sebab utama aku masih setia dengan nuffnang kerana satu iaitu PELUANG. Kalau bukan kerana aku nak naikkan trafik blog untuk menjadi sebaris dengan blogger lain haaaa mesti sampai sekarang ni, aku masih berada di tempat yang sama. Berbekalkan usaha nak naikkan rating blog, aku korbankan waktu tidur dan makan sebelum fanpages PenMerah[dot]com menjadi 1 Million dengan 1 harapan, aku bukanlah seperti orang lain perkatakan sebelum ni blogger yang takde bakat dan rupa. Yes! aku takde rupa tapi itu bukan penghalang untuk menjadi antara blogger yang mampu mencipta nama dalam dunia blog. Perghhhhhhhhh terjujur la pulak. >.<

4 bulan aku naikkan fanpages PenMerah, boleh dikatakan banyak event nuffnang terutama movie diabaikan. Boleh dikatakan lost untuk seketika sehingga terbuka hati semula lepas table talk dengan sorang partner yang sebelum ni bersama – sama berusaha menjadi blogger nuffnang. Hampir dua tahun, aku dengan dia cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik tapi akhirnya rezeki tu hadir jugak untuk dia.  Best wooo! Tahniah!!! Untuk aku? haha mungkin tak layak sebab takde rupa. Itu antara sebab utama yang kawan sekeliling nampak dan aku sendiri pun rasa benda yang sama. Takde wooowww factor untuk menjadi eksklusif. kekeke! Apa pun, sekalung tahniah buat dia yang mendapat apa yang diusahakan selama ni. Satu kepuasan yang hanya kitaorang mampu rasa selepas apa yang dilalui selama ni. U deserved it! Sekurangnya dia dapat jugak takdelah macam aku yang baru kembali on track selepas lost beberapa bulan sebelum ni.

Optimized trafik Trafik Minggu Terakhir Ogos 2012

Kenal nuffnang buat aku kenal dunia online dan lahirnya fanpages 1M. Buat pertama kali dalam hidup, aku mampu merasa trafik 30-40 sehari melalui fanpages 1M aku tu. Dengan trafik tinggi semestinya boleh hasilkan duit tapi sehingga hari ni aku masih setia dengan nuffnang walaupun peluang untuk bersama advertiser lain lebih masyuk. Average 1K++ sebulan dari nuffnang dengan tawaran advertiser lain hampir 10k sebulan, aku tetap memilih nuffnang. Kenapa? Dengan nuffnang, aku bukan hanya dapat duit tapi kawan, event, pengalaman dan jugak KEPUASAN yang aku rasa hanya blogger nuffnang mampu faham. Semua tu lebih bernilai dari 10k. >.<

2 tahun ni jugak merapatkan aku dengan dunia artis dan paling best dilayan mesra oleh David Teo. Setahun lebih, MIG Online tak pernah lekang beri jemputan untuk join Movie Preview di bawah pengurusan dorang dan bestnya setiap tahun mesti dapat angpau. Macih David Teo yang kerap puji blog sekupang ni. haha.

Setahun lebih bergiat aktif dengan blog, sebulan ni aku diberi peluang kerja part time sebagai wakil media untuk portal online. Rezeki dari tepi yang datang tanpa diduga. Bersyukur dengan rezeki dari blog selama hampir 2 tahun ni. Apa pun, pengalaman yang cukup berharga dan terima kasih pada Nuffnang yang sentiasa percaya pada kebolehan aku selama ni dan pada Mejar David Teo yang support blog PenMerah. Jugak terima kasih buat kawan aku yang sedarkan minda kosong aku nih dari lost berblog selama hampir 4 bulan. TQ sesangat.

Semoga lepas ni, aku mampu pergi lebih jauh dan jangan lupa doakan ye! Harap mampu menjadi dikalangan blogger  yang bertuah walaupun impian sekadar harapan. Takde rupa bukanlah alasan utama untuk tidak berjaya dalam berblog tapi yang penting jangan putus asa untuk berusaha.  >.<

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });