0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Korang dah tengok filem Lockout? Belum? Dah? Aku belum tengok tapi apa yang aku nak share dengan korang kali nih pasal pengalaman aku pergi main Lasertag kat IOI Mall, puchong. Alaaa, aku pun tak tahu apakebendanya lasertag nih pada mulanya tapi dengar orang cakap macam best jadi bersemangat waja tau aku pergi sana. 

Kebetulan pulak, aku boleh bawak 2 orang kawan jadi dengan kelam kabut aku ajak Nadia follow jadi takde lah aku keseorangan dengan tak pandai main. Bukan apa, kalau benda kita tak pandai main nihh biar lah pair ye dak? Nak malu biar ada partner baru best. Jahat sungguh! Kahkahkah!

Bila sampai tu, rupanya dah ramai yang ada cuma aku terlambat. Maklumlah aku bawak kawan lelaki yang baru balik solat jumaat jadi lambat sikit sampainya kena tunggu dia habis solat. Dah sampai terus kitaorang sembang sambil berkenalan sesama sendiri tapi yang bestnya kitaorang bertiga jek malay. Warghhhh dalam kepala aku arghhh sudah lagu mana nak speaking englishhh nih dahla failed. Sudahnya aku ambil keputusan jangan banyak cakap. Wuwuwuuuu.

Antara hadiah yang disediakan untuk pemenang cabaran Lasertag.  4 ekor katak super comel dan kepala anak kata yang cute!

Sebelum main, makanan pun dorang dah sediakan awal – awal jadik takdelah kebuluran bila dah penat main. Terbaikkan?

Sebelum masuk untuk bertempur, kitaorang diberi briefing dulu sedas dua mana tahu silapharibulan ada yang melompat takpun menyorok dalam tong besar tuh kan susah. Aku nih pun kalau tak tahu rules dia mahu redah semua. Kebetulan pulak ada 15 orang, pemain ditentukan secara rawak jadi berpisahlah kitaorang bertiga. Ngeh3.

Kemain kan muka – muka yang dah bersedia kecuali aku masih blur macam mana nak main games nih. Dalam kepala, pegang senapang lepas tu tembak sasaran tak betul pun takpe sebab gelapkan. Dah habis briefing, kitaorang terus masuk dalam bilik kelengkapan untuk merasai keseronokan berlasertag. Kahkahkah!

Haaaa jangan tak tahu setelah berhempas pulas menembak dalam kegelapan, tak sangka tuhhh haaaaaa group aku menang meyhhh. Lagi best, nama group aku Red Team macam kena pulak dengan blog sendiri. Games pertama kitaorang kena lawan dengan group yang dah set dari awal tapi untuk games kedua, 2 team yang menang tadi kena lawan pulak untuk tentukan pemenang.

Nampak? Nampak? Tuhh haa nasib baiklaa games kedua team aku main dengan bersungguh, masing – masing dapat 2000 point tapi aku cuma dapat 1420 jek. Entah macam mana kali nih aku kena serang kaw – kaw, kerja aku cuma berlari lepas tuh menjerit kuat- kuat ketakutan kena tembak berkali – kali. Kahkahkah!

Time nih kaki aku tok sah cakaplah dah mengigil menggeletar sebab cramp padahal bukan berlari lama pun. Siap duduk tersandar kau! Dah habis main jek, mesti aku terus lembik sambil cari makanan nak refill balik tenaga yang hilang. Lepas habis game kedua, kaki aku dah berjalan macam robot rasa nak surrender pun ada tapi mana boleh menyerah meyhh. Tak syokla kan.

Go! Go! Go Red Team! Waarghhhhh kemenangan akhirnya berpihak pada group aku. Muka – muka ceria dan penat lepas dapat katak yang comel! Dorang memang awesome gila sporting jangan cakaplah. Masa nak masuk games kedua, siap boleh diskus strategi nak menang wooo! Memang penuh semangat berpasukan. Cayalahhh guys!

Aku letak gambar sherrie nih sebab kagum dengan stamina dia. Perghhh masa kat dalam bilik menembak laser tuh aku cuma dengar kawan aku membebel asyik kena kejar dengan dia. Belum lagi aku tengok dia ke hulu hilir berlari macam tak rasa penat. Aku nih nak bangun pun lutut dah mengigil macam mak nenek entah mana laa dia dapat stamina lebih. Kahkahkah!

Yeayyyy! We won! Aku rasa semua yang datang nih memang puas hati sebab main dengan bersemangat. Kawan – kawan aku takde yang merungut tak best, dorang cuma cakap pengalaman baru dapat main lasertag. Aku pun lagiklah rasa nak main lagi sekali nanti.

 

 

P/s: Bebanyak terima kasih buat Nuffnang dan jugak pihak Warzone Lasertag yang sudi sponsor games yang memang terbaik gila nih! Teruja, seronok dan mencabar fuhh satu pengalaman baru yang aku takkan lupa. Memang terbaik!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });