0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woooaahh kalau sebelum ni selalunya rancangan realiti tv mesti melibatkan nyanyian takpun pengacara tapi yang terbaru TV3 mengadakan Program Realiti Tv untuk kanak – kanak berusia 9-15 tahun iaitu Over The Top. Hadiah dia Rm100,000 plus percutian ke Warner Bros Movie World, Gold Coast dan Australia. Perghhhh nak jadi kanak – kanak laaaa macam nih.

Kalau korang ada anak buah, anak sendiri mungkin takpun anak sepupu, anak dua tiga pupu mungkin haaaaa apalagi bawaklah mereka sertailah ujibakat untuk Over The Top ni mana tahu bertuah? Tapi sebelum tu, aku nak memperkenalkan korang tentang MBSB Cheeky Savings Club yang mana MBSB Cheeky Savings Club ni merupakan simpanan yang menyediakan hadiah dan ganjaran buat anak kecil selain aktiviti seperti perkhemahan dan juga field trip. Time free tu kira terluanglah jugak ye dak?

Rancangan Over The Top adalah realiti tv kanak-kanak berusia 9-15 tahun di mana program ini mencabar kekuatan, kemahiran, kebolehan mereka dalam membuat sesuatu keputusan. Kita pun tahu kan kanak – kanak mudah terpengaruh dalam membuat keputusan yang tepat jadi masa ini lah kita boleh nampak kekurangan dan kelebihan dorang. Over The Top (OTT) ini sebenarnya lebih berkisar tentang gaya hidup kanak – kanak hari ini  dimana pentingnya memahami pengurusan wang dan masa.

Pemilihan Peserta 

Seramai 18 peserta akan dipilih di mana akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Satu kumpulan akan mempunyai 3 ahli dan akan bertanding selama 8 minggu dengan cabaran yang menarik seperti aktiviti lasak, memasak, tugasan persekitaran dan banyak lagi. Setiap minggu, akan ada tips kewangan untuk penonton di rumah dari from MBSB Cheeky Savings Club untuk kanak – kanak memahami pentingnya penggunaan wang dalam kehidupan seharian.

Hadiah yang Ditawarkan

Hadiah utama bernilai Rm30,000 ( Rm10,000 seorang dan dimasukkan ke dalam akaun MBSB Cheeky Savings Club ) beserta perbelanjaan pelancongan ke Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia. Waaaaaaaaaaa jelesnya.

Pemenang kedua pulak bakal membawa pulang Rm6,000 ( Rm2,000 seorang dan dimasukkan ke dalam akaun MBSB Cheeky Savings Club )

Pemenang ketiga pulak bakal membawa pulang Rm 3,000 ( Rm1,000 seorang dan dimasukkan ke dalam akaun MBSB Cheeky Savings Club )

Tarikh & Masa Ujibakat

Ujibakat akan dilakukan pada 30 Jun 2012 bertempat di Sri Pentas, TV3 pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Peserta akan dipilih oleh panel yang terdiri daripada personaliti tv dan penerbit Over The Top. Kanak – kanak yang berminat nak menyertai ujibakat ni tak semestinya perlu ada akaun MBSB.

Maklumat lanjut;

Laman Sesawang : Over The Top  

Facebook : https://www.facebook.com/mbsboverthetop

Twitter : https://twitter.com/#!/mbsboverthetop

Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=God5eILITGs

P/s: Mesti seronok tengok gelagat kanak – kanak kecil nanti. Heeeeeee.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });