0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahhh aku rasa ada yang dah tahu bila tengok gambar hensem Muaz kat dalam blog aku ni? Heeeeee. Panjang lebar tau aku senyum. Baidewey, 2 minggu lepas aku ada pergi buat rakaman untuk Generasi Y punya slot iaitu sihat minda. Mungkin korang tak tahu, kali ni generasi Y musim baru menampilkan muka – muka blogger dalam setiap slot dan bagi aku program ni antara yang unik sebab kali pertama memperkenalkan blogger dalam slot tv setiap hari sabtu Jam 2 petang. 

First time kaw nak masuk tv jantung aku rasa nak gugur bila nampak ramai penonton kat depan. Gabra tu tok sah cakaplaaa seram sejuk sampai terlupa nak senyum. Kahkahkah!

Kali ni antara panel dia Incik Airol pakar motivasi dan jugak Lutfi iaitu pelajar perubatan woooahh. Sorang suka bercakap dan sorang lagik pendiam tambah Muaz yang non stop bertanya soalan. Nasib baiklah soalan dia tak susah sangat jadi takdelah aku ketakutan sangat. Kahkahkah!

Topik kali ni tentang sihat minda memang sesuai sangat dengan blog fitness aku. Rasanya kalau bual bicara macam ni perasaan nebes tu memang tak boleh nak hilangkan dup dap dup dap non stop. Cukup satu jam terus dada aku tarik nafas fuhhhh lega meyhhhhh. Seronok pun ada sebabnya dapat berkongsi pengalaman bukan sekadar dalam blog tapi kat tv. Hohohoooo! Tak pernah terfikir pun sebelum ni.

Hurmm nampaknya nama aku pun dah tersebar. Bagus jugak takde sangat laa orang panggil aku dengan Kak Pen lagi. Bila tengok skrin tv pergghhh ketara pulak muka aku yang semakin berisi. Aaaaaaa kena mulakan projek diet dah lepas nih. Wuwuwuuu.

Nak jawab exam pon tak gugup macam ni taw. Kahkahkah.

Macam seyes jek perbincangan kitaorang kan? Haaa time break tu sempat jugaklaa aku berbincang dengan Lutfi kotlaaa tak dapat jawab ye dak. Heeeeeeeee.

Kalau Generasi Y sebelum ni banyak menampilkan artis tapi musim baru ni dorang mula memperkenalkan blogger kesayangan korang setiap minggu jadi aku rasa selain korang duduk main laptop apa kata buka TV tengok Generasi Y setiap sabtu jam 2 petang haaaa boleh tengok Live blogger kesayangan korang kat depan mata. Bukan apa, sebelum nih kan korang cuma baca penulisan jadi bila dah on air haaaa boleh nampak macam mana blogger yang korang suka tu berinteraksi, gelak, menjawab soalan dan mungkin buat korang rasa semakin dekat.

Time habis sesi rakaman sempatlah jugak aku beramah mesra dengan audien. Baik jek dorang takde gelak ke hape time aku gugup. Heeeeee.

Panel untuk Generasi Y minggu ni. Rasanya lagi 2 minggu giliran Irine Nadia Marcello. Tak sabar pulak nak tengok nanti. Weeeeee.

W Lutfi

Bergambar bersama penerbit incik Hisham. Nampak muda belia pulak haaa inesen pun ada ye dak?

Sempat jugaklaahh berkenalan dengan penerbit sebelum balik. Sebelum ni berurusan hanya kol dan sms bila jumpa depan mata ohhhh mudanya penerbit Generasi Y memang sesuai dengan program yang dia buat. Heeeee.

Bergambar dengan adik – adik yang jadi audien hari tu.

Apa pun, bebanyak terima kasih buat RTM dan Generasi Y yang sudi menjemput aku untuk jadi panel kali ni. Aku rasa lepas ni setiap minggu hari sabtu kerja aku mengadap Tv tunggu program Generasi Y ke udara sebab bolehlaaa aku kenal blogger lain dengan dekat. Generasi Y ni macam program realiti tv blogger pulak kan? Best jugak sebab boleh nampak dunia blogger mula diiktiraf secara tak sedar ye dak.

Kalau dulu nak tahu berita ke hape mesti aku beli paper tapi sekarang semuanya online. Biasanya dari twitter lepas tu nak tahu berita penuh apa lagi kalau bukan godek blog sebab newspaper online pun tak secepat dunia blog. Semuanya pantas dihujung jari. Terima kasih sekali lagi buat Generasi Y yang menyebabkan ramai search keywords penmerah hari ni. Biasanya takdelaaah sampai beratus hits sehari tapi hari ni pecah rekod woooo. Mekasih bebanyak kat penerbit. Heeeeee.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });