0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaa..

Semalam, aku dapat invitation untuk tayangan filem yang dah lama jugak aku tunggu iaitu Reel Steel lakonan Hugh Jackman daripada nuffnang. Aku rasa ramai yang duk tunggu filem ini keluar kat pawagam lakonan hero mantap pulak tuhh. First time jugak aku jumpa ramai nuffies kat premier kali ini dan selalunya aku nampak Anne Cheah jer.

Jumpa dia mesti aku teruja sebab dia suka borak jadi takdela aku segan sangat nak tegur. haha! Time amek tiket kali ini tak ramai pulak kawan blogger yang aku kenal takat ada mejah, heidi dengan Shahrul.

Tengah aku bergambar kat poster reel steel, ternampak kelibat Thara Soffian and i was likessss ”Ehhh, Thara dah sihat” terus aku ajak dia posing sekali. Sebelum ini, aku cuma dengar tentang alergik yang teruk sampai berulangkali ke hospital and malam tadi, bila dia tunjuk gambar lips yang alergik tu terus aku terdiam tak terkata. Macam tak percaya pun ada since bibir dia completely sembuh macam takde luka sikit pun cuma ada a few spot yang nampak lebam – lebam.

Wanna see hows it looks like? Before tengok, aku macam rilek – rilek tapi bila dah tengok, nak mengurut dada terkejut.

Aku tak tahu lah kalau kena pada aku entah macam nak nak lalui but as for her, aku rasa dia memang tabah lalui sakit macam ini selama 2 minggu.

Gambar semalam yang aku snap nampak macam takde luka langsungkan? Korang nak tahu macam mana boleh sembuh, bolehlah baca kat blog Thara. Kagum dengan semangat dia bukan senang nak lalui sehari yang menyeksakan.

Dah nak masuk panggung tu, baru aku ternampak kelibat Shahrul. Last aku jumpa rasanya masa event gplusmy kat Taylor dulu. Dah nak dekat setahun aku rasa? Tapi orang dia tetap menten tak berubah. Muahahahaha.

Real Steel - US posterSinopsis Reel Steel:

A gritty, white-knuckle, action ride set in the near-future, where the sport of boxing has gone hi-tech, “Real Steel” stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring. Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next. When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Dakota Goyo) to build and train a championship contender. As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.

Review sendiri:

Starting cerita ini bagi aku sama macam cerita robot lain cuma yang bestnya kali ini aku suka dengan lakonan Hugh Jackman. Dari mula lagi dah diselitkan dengan aksi robot berlawan dengan lembu dan ada beberapa scene yang buat aku teruja.

Makin seronok bila Charles Kenton beli robot Noisy Boy yang nampak hebat tapi rupanya hanya pemanas cerita sebelum robot yang ditunggu dijumpai oleh Max Kenton. Lakonan anak dengan ayah agak menyeronokkan dan banyak kali jugak aku gelak.

Atom, robot yang Max jumpa time ayah dia mencari body part untuk buat robot baru tapi akhirnya robot anak dia yang jadi tumpuan. Tak semua jalan cerita aku boleh agak jadi boleh layan dan kalau hugh jackman berlakon, mesti aku tak sabar nak tengok aksi dia berlawan. Dalam filem ini, memang ada aksi yang aku tunggu tapi paling best masa watak Atom vs Zeus berlawan. Teknik CGI nampak macam real pun ada sehingga ada prt yang aku rasa aku sendiri nak cuba menumbuk? Nak tumbuk sape? Mejah boleh? Muahahahahaa.

Cuma ada part yang aku rasa agak meleret dan panjang tapi boleh diketepikan bila tengok aksi anak dia yang comel menari dengan robot. Aku rasa bila sebut reel steel mesti semua mengharapkan plot cerita macam Tranformers. Itu pada akulah kan but dalam cerita ini rasanya lebih kurang sama cuma lagi best bila ada Hugh Jackman. Muahahahhaa.

Biasa kita nampak manusia yang bertinju tapi dalam reel steel robot yang berlawan sesama sendiri tapi dikawal oleh remote kontrol. Ala – ala video games pun ada cuma bestnya robot kat depan mata. Nak tahu lebih lanjut, korang kena lah pergi menonton kat pawagam. haha!

Rating aku bagi 4/5 bintang.

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });