0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

YUN_3071

Mulai 3 Oktober 2013 nanti, Kl Gangster 2 bakal menemui penonton setia di pawagam. Sebelum tu, aku nak selitkan dulu beberapa fakta menarik tentang Filem Kl Gangster 2 ini. 

Memulakan penggambaran pada awal Disember 2011 dan tamat pada pertengahan Februari 2012 yang mana Syamsul Yusof mngambil masa lebih 7 bulan untuk kerja suntingan untuk mendapatkan kualiti yang baik. Untuk filem ini jugak, lebih 100 orang pelakon tambahan digunakan untuk watak gangster yang melibatkan penggambaran selama 68 hari.

dbmDSC00039

30% penggambaran Kl Gangster 2 menggunakan 4 hingga 5 buah kamera untuk mendapatkan sudut menarik plus melibatkan kos sebanyak Rm4.5juta dan merupakan filem paling mahal terbitan Skop Production dan jugak paling lama untuk disiapkan.  Filem ini turut mendapatkan kerjasama promosi dari Celcom, syarikat komunikasi terbesar di Malaysia.

Photobucket

Sinopsis KL Gangster 2

Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.

Photobucket

Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah.

Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya. King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.

Photobucket

King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster. Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.

Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?

Review Filem Kl Gangster 2,

Semakin berani dan ganas. Itu yang muncul dalam kepala apabila menonton filem ini di Majlis Pratonton Filem Kl Gangster 2 malam tadi di TGV, One Utama. Memang penuh panggung malam tadi dan ramai yang support hasil buah tangan, pengarah muda yang kreatif, Syamsul Yusuf.

dbmYUN_3023

dbmDSC00043

Seperti yang diharapkan, Filem Kl Gangster 2 ini cukup menarik terutama pada aksi pertarungan yang cukup bertenaga dan sengit. Dari awal sehingga akhir, adegan pertarungan memang tak nampak kelesuan walaupun ada sesetengah aksi tu terlalu ganas dan menyeramkan.

dbmDSC00050

dbmYUN_3045

Untuk sekuel kedua ni, paling tertarik dengan lakonan Rosyam Nor dan Sofi Jikan. Kl Gangster 2 nampak lebih segar dengan kehadiran Gangster kejam iaitu Tai Long yang dilakonkan oleh Rosyam Nor. Memang tak dinafikan lakonan Rosyam untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan berkaliber. Sofi Jikan antara pelakon yang menghidupkan lagi watak gansgter dengan loghat yang lancar dan menjadikan filem ini lebih ganas terutama masa dia bunuh Susane ( Ibu Shark ). Muka tanpa beperasaan dan dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi kelakar.

Kemunculan watak utama, Malek, Jai dan Shark sememangnya tidak mengecewakan. 3 Hero dalam 1 filem yang seimbang. Jarang aku tengok 1 filem Melayu yang boleh mengetengahkan ramai hero yang mampu sama-sama menonjol tapi dalam filem ni, setiap hero tidak dibayangi satu sama lain. Setiap satunya mempunyai karektor tersendiri dan mempunyai aura yang berbeza untuk korang hayati.

Apapun, tak lengkap filem ni kalau takde Abang Long Fadil. Gelagat Zizan Razak semestinya dinantikan ramai yang mana setiap kali muncul jek Zizan mesti penonton akan ketawa besar dengan gelagat yang dipamerkan.

dbmYUN_2978

Gangster tetap gangster tapi melalui mesej yang disampaikan, filem ini sebenarnya bercirikan kekeluargaan yang mana masuk babak ibu Malek, mesti terselit kesedihan dan hubungan yang kelihatan retak tapi sebenarnya makin kukuh di antara Malek dan Jai. Keduanya sanggup bergadai dan akan bersatu apabila melibatkan ibu mereka. Filem ini antara yang bukan sekadar menyelitkan aksi tapi masih mempunyai jiwa dan keinsafan.

YUN_2969

Apapun, aku sangat kagum dengan hasil karya dari Syamsul Yusof yang sentiasa menonjolkan kelainan dan kualiti yang lebih daripada mana-mana pengarah mampu hasilkan dalam usia semuda 29 tahun. Dengan setiap barisan pelakon yang mempunyai nama besar, beliau mampu menyusun setiap watak dengan penuh teliti dan masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam setiap babak yang ditampilkan. Apa yang aku nampak, Kl Gangster 2 menjanjikan kualiti yang datangnya bukan sahaja darisegi idea dan teknologi terkini malahan memberikan suata karya yang meninggalkan impak besar di hati peminat yang sentiasa dahagakan kelainan dan pembaharuan dalam industri seni tanah air.

P/s: Semoga Syamsul Yusof terus berkarya dan tabah dalam menghadapi setiap dugaan. Thumb ups untuk skop production. 4.8/5 bintang untuk Kl Gangster 2. =p

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });