0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kali ni aku bukan nak buat review movie bukan jugak review makanan tapi review time pergi menempek kat Karnival Karangkraf 2012 di Shah Alam. Tahun lepas, aku pernah pergi tapi tak semeriah tahun ni. Khemah penuh sana sini belum lagi dengan kelompok manusia yang punyalaahhh ramai sampaikan parking pun main ikut suka hati aje. Bab parking aku memang sensitip sikit sebab risau takut kereta calar. Ecehhhh!

Dalam kepala aku sebenarnya tak tahu pun karangkraf buat karnival sebab aimnya nak jumpa Yana Samsudin sekali terbaca kat tweet Melakaboy yang dorang akan berada kat booth Digi petang sabtu untuk promosi Filem Adnan Sempit 2. Alaaa filem terbaik lakonan Shaheizy Sam dengan Intan Ladyana tuh.

Kat booth Digi ada jugak Nandos dengan Panasonic yang mempromosikan kamera Lumix dengan harga terendah selain boleh rasa ayam nandos dengan perisa berlainan. Macam sesuai aje nandos sekali dengan Digi sebab boleh makan free. Nandos ni antara restoran yang aku suka pergi sebab ayam dia sedappp! Less kolesterol woooaahh.

Sekali lagi berjanji dengan Nurul untuk jumpa Yana Samsudin. Haruslah kan sebab now we are Yana Super Friend (ysf) Club! Ceceee berlagak lettewww! Kitaorang yang jadi supporter untuk Yana Super Friend kena pakai baju kaler pink jadi datang sini dari jauh lagi dah tau ehhhh dia pun yana punya fans. Comelkan?

Jangan tak tahu, dalam booth ni rupanya ada ayam besorr! Besor punyaaaaa lahhhh! Tu haaa nandos punya maskot! Bila aku nak snapkan gambar mesti laju jer tangan ayam tu nak buat peace takpun buat aksi kiut.

Sementara nak menunggu Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin sampai, layan dulu dengan cabutan bertuah dari pihak Digi, Nandos dan jugak Panasonic. Soalan mudah sampaikan bersesak manusia bertolak – tolak dari luar. Nasib baik badan aku tak kerempeng takdelahhh sakit badan bila kena push dengan orang ramai.  Sian budak – budak kecik yang kat tengah – tengah booth mesti kembang kempis hidung menahan bau ketiak hangit. Muahahahaaa.

Haaa acara yang ditunggu akhirnya sampai jugak bila kelibat Yana dan Shaheizy Sam muncul kat area booth digi. Nampakk? Nampak tak? Alaahaiiii cee tengok adik yang baju purple tuuu siap buat aksi muka cute lagik punya eksited dapat berposing dengan artis femes. Wohoooo aku pun tak mampu nak buat macam tuh. Berbalik pada Adnan Sempit 2, korang dah tengok belum trailer dia? Suka gila dol dengan ayat dalam filem tu. Nak tahu apa, jom layan trailer Adnan Sempit 2 yang bakal keluar februari nanti. Terbaik dari Metrowealth.


P/s: Filem Adnan Sempit 2 antara filem yang aku memang tertunggu – tunggu.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });