0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Sesiapa yang aktif dengan nuffnang mesti nampak perubahan newface pada website nuffnang baru – baru ni. Haaaaaa nampak lebih elegan berbanding yang dulu and yes, aku masih cuba biasakan diri dengan latest punya. Yela, dulu dah biasa dengan yang lama jadi memula ni macam blur sikit nak klik kat mana. Kenapa dengan nuffnang? Banyak ker rezeki aku dapat selama bersama nuffnang? Haaa ni yang aku nak story serba sedikit dengan korang.

Dulu masa aku bermula dengan blog penmerah ehhh nama pun permulaan komfemlaa quite hard nak survive. Take time, sabar dan paling penting jangan putus asa. Itu yang aku pegang selama setahun with blog sendiri. Macam- macam dugaan aku dapat tapi tak dinafikan semua tu menjadikan blog aku lebih matang dan even aku sendiri perlu kuat bekerja keras. KUAT termasuklah Mental dan Fizikal okeh. Terima kasih untuk semua dugaan yang datang sebelum ni dan orang – orang yang banyak membantu blog aku menjadi lebih baik. Ehhh lebih baik ker? Hikhik.

Apa yang aku nak story since fanpages aku semakin berkembang, makin ramai yang bertanya ”eh anne, banyak ker ko dapat dari nuffnang” ”kenapa ko tak bertukar dengan KOMLI dengan INNITY”. Dua soalan yang seringkali ditanya oleh blogger lain terutama yang high trafik sebab normally bila high trafik dorang akan carik advertiser yang bagi bayaran masyukkk. Since fanpages besar, aku tak nafikan semakin senang nak tentukan berapa trafik yang kita nak kat blog sendiri dan paling penting kita mampu dapatkan client dengan agak mudah untuk advertiser.

Trafik bulan lepas aku memang push harder untuk tengok performance fanpages tapi malangnya sekarang server tak support untuk kekalkan trafik 10k ke atas sehari. Setiap hari aku kena beragak jugaklah bila nak post entri kecuali bila aku dapat advertorial. Dah komfemlaah aku promote lebih dari biasa supaya advertiser dapat client baru dorang puas hati dengan hasil kerja kita ye dak?  

Selama 8 bulan bersama nuffnang, aku tak pernah dapat buffered earning and yes semua tu memerlukan kesabaran. Kalau korang tanya pada yang lebih lama bersama nuffnang, dorang akan cakap kena SABAR. hikhik. Tapi sekali dapat, memang korang akan rasa berbaloi-baloi. Buktinya? Mulai bulan lepas, BE aku semakin banyak daripada biasa dan bulan ni dah 9 BE aku dapat. Alhamdulillah.

Tapi bukan be jek yang aku dapat. Dengan nuffnang, korang akan rasa feel berblogging tu lebih seronok dengan event yang semestinya ada barangan menarik untuk bawak balik rumah belum lagi dapat bercuti freee jek plus paling best boleh stay kat hotel berkali – kali. Untuk 4 bulan ni saja rasanya lebih 10x aku merasa stay kat hotel di genting and the sweetest moment bila dapat Premium Suite di Awana Genting setiap sorang satu bilik. Hows that? Cool gila oke! 

Optimized daa Live Update dari Awana Hotel, Genting Highland

Tapi thats not all tau. Aku pernah dapat jaket yang berharga Rm400 free saje dan jugak makan kat tempat best. Duit memang antara portion utama untuk blogger pilih tapi bagi aku yang suka barang free, makan free, duit free and of course exprience berblogging freee, nuffnang terbaik! Ehh bukann Nuffnang memang paling terbaik! Tapi tapi tapi.. Aku suka stick dengan event nuffnang sebabnya walaupun kadang – kadang aku datang lambat ke event, dorang tak pernah bad mouth and sentiasa support aku dalam banyak benda sebenarnya. Bila korang lama dengan nuffnang, korang akan tahu betapa banyaknya benefit korang dapat.

Perghhh panjang dah aku punya luahan rasa sayang kat nuffnang. Hikhik. Terima kekasih bebanyak buat nuffnang yang sentiasa bagi peluang kat blog aku dan jugak kat kengkawan yang bagi experience berblogging lebih mencabar. Tanpa korang, mesti aku masih kekal menjadi orang yang hanya dibelakang tabir blog lain. Dugaan yang datang memang sakit tapi ambik semua tu sebagai positif untuk jadi lebih baik. Salam sayang dari Anne Penmerah.  ^_^

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });