0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahh selepas pergi sesi Hi Tea Ruby, aku terus berkejar ke The Pool kat Jalan Ampang bersama yana dan Siezuka. Nasiblaah dorang ni gps bertauliah tak perlu bawak kereta aku pun boleh sampai. Kali ni kitoarang menyerbu ke event Astro On The Go yang mana semua perlu berjersi pasukan bola sepak yang diminati. Malangnya aku takde jersi Euro 2012 yang ado cuma jersi Harimau Malaya hadiah dari Tm Malaysia. 

Tempat the pool ini ada open air jadi lebih selesa untuk kitaorang melepak sesambil berborak sesama blogger.

Siap ada model berbaju pink sambil pegang Ipad woooo. Kalaulaaa bagi free kan best. heeeee

Mencuri tumpuan hari tu siapa lagi kalau bukan mereka yang datang dengan bermekap pasukan negara kegemaran masing – masing. Petang tu semua mata tertumpu pada kak red yang berpakaian lengkap serba hijau dengan mekap untuk team Germany.

Rasa rugi pulak tak cat kan muka untuk team Harimau Malaya.

Cik Lily , , Nurul , YanaRedmummy , dan Abg Nara

Haaaa dorang berdua ni finalis untuk kategori best dress

w Anis

w Mira

w Hanis

Siapa lagi kalau bukan blogger femes amossss Yuyu Zulaikha. Humble as ever..

Mc untuk astro on the go Adam.

Selain games berpasukan dan best dress, malam tadi jugak Astro memperkenalkan cara menggunakan aplikasi Astro On go. Semuanya boleh diperolehi melalui smartphones korang tak susah dah nak cari suratkhabar.

w Shah and his brother

Malam tadi ada 5 pasukan bertanding untuk berebut mendapatkan vaucer Rm500 hadiah dari astro. Pasukan aku antara satu – satunya team perempuan semuanya tapi kami kurang bernasib baik. Gambar atas ni pemenang untuk tempat ketiga.

Pemenang tempat kedua

Juara iaitu team Germany.

Lepas dah announced pemenang bagi 5 pasukan yang bertanding dah tiba masanya keputusan Pemenang Best Dress diumumkan. Sebelum dorang dapat Ipad, setiap sorang kena buat catwalk untuk menentukan Juara. Pemenangnya adalaaaahhhh….

Taraaaaaaaaaaa Redmummy woooahhhhh yang membawa pulang Ipad baru. Ipad ketiga yang dimiliki katanya dan alhamdulillah rezeki anak 3 orang tu kak. Heeeeee. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kena ambik tempias sikit biar kerap sikit bertuah lepas ni. Wuwuwuu..

P/s: TQ Nuffnang dan Astro untuk event yang menyeronokkan kali ni. Rasanya first time aku main games sampai tercungap – cungap tawaf meja berkali – kali. Memang best walaupun tak menang tapi dapat keluarkan peluh pun jadik. Heeeeeee.

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });