0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ringankan Tangan Untuk Adik Faris Nur Daniel yang Mengidap Kanser Berdarah

 

Tergamam! Terkedu! Hati kecil aku merintih sayu bila melihat gambar adik Faris Nur Daniel yang bertarung nyawa untuk meneruskan hidup dengan bantuan oksigen selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah. Lama aku termenung lepas tengok gambar adik Faris di blog Bro Jejai tadi.

Adik Faris Nur Daniel kini dirawat di Sime Darby Medical Center selama 22 hari dan bil hospital dilaporkan hampir mencecah RM100,000. Bantuan dari sahabat dan saudara mara amatlah diperlukan terutama sokongan padu supaya adik Faris terus bertahan.

Takde kata – kata yang mampu aku ungkapkan bila menatap gambar adik Faris. Hanya doa dan bantuan kawan – kawan mampu aku usahakan. Berat lagi mata memandang berat lagi badan yang menanggung. Aku harap keluarga adik Faris tabah melalui semua ini.

Andai korang bermurah hati, janganlah segan untuk membantu adik Faris. Sumbangan korang sangatlah dihargai dan aku harap dengan entri yang aku up ini boleh meringankan serba sedikit beban keluarga adik Faris. Sumbangan yang ingin disalurkan bolehlah dilakukan kepada ayah adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail.

Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)

Serba sedikit usaha anda walaupun hanya secebis doa hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga adik Faris Nur Daniel segera sihat dan sembuh. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Adik Faris.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });