0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Hari khamis baru ni bertempat di Bukit Jalil berlangsungnya perasmian Karnival Melawat Malaysia 2014 dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang mana mensasarkan kehadiran 28 juta pelancong. Pertama kali aku join aktiviti selama 3 hari berturut – turut memang sangat awesome!

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Aku suka gila time Menteri Pelancongan bagi ucapan sebab misi dia nak kita faham tu boleh rasa kot. Bagi aku, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ni antara menteri yang aku suka sebabnya sangat friendly. 

Dah nama nak promosikan pelancongan kan so semua tempat dipenuhi dengan lampu dan hiasan yang cantik. Salah satu yang menarik perhatian nih haaa figurine. Boleh tahan ramai yang berkerumun nak bergambar.

Kali ni, aku pergi dengan Travel Blogger yang semakin berpotensi Si Traveler Comel, Rayyan Harries!  Dari dia takde pape sehingga nama disebut – sebut, terasa bangga menjadi kawan dia. Kelebihan Rayyan, semua orang dia akan tegur tanpa segan silu belum lagi berspeaking cair. Kalau harapkan aku, tinggal habuk jekla jawabnya. Kahkahkah!

Hari perasmian tu yang bestnya hampir 3ribu penari menari gaya Gangnam Style okay! Sangat seronok dan terhibur tambah pulak aku dapat duduk On Stage bersama Menteri-menteri. Janganlah pulak korang bayangkan aku duduk sebelah menteri ye! Kat belakang pun boleh. kekeke!

Orang sibuk menari lagu Anak Kampung, aku sibuk nak berposing! Nak menari tak pandai nasib kakak sebelah tu sporting. Iklan gigi ye kakak? Kekeke!

Bestnya bagi aku sebagai blogger malam tu apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein macam teruja gila dengan Rayyan yang pakai kain pelikat. Jangan cakap menteri, time aku baru sampai dengan Rayyan yang berkain pelikat ada jek mata liar memandang kat Rayyan. Macam berjalan dengan artis pulak i’olls!  

Selain perasmian Visit Malaysia 2014, ada banyak booth yang disediakan untuk mereka yang datang sini. Macam – macam ada!

Besarkan bear nih? Ikutkan aku sangat geli dengan binatang berbulu tambah pulak besar gedabak tapi nampak besar punya pasal aku cuba tahan geli sambil bergambar! hahaha! Amacam? Muka macam nak nangiskan? 

Nih team tourism yang aku dah kenal time treasure hunt 2012 hari tu. Tanpa dorang, mesti aku tak menang Grand Prize dan jugak pass masuk untuk MEDIA. Bukan senang nak dapat pass media kalau nak bergambar sesuka hati ye dak? Terima kasih Tourism Malaysia!  Hapikan muka dorang? Dari hari 1st aku kenal sampai sekarang setiap kali jumpa mesti hapi jek! Kalau Rayyan tu, korang tak payah cakaplah jumpa jek orang mesti senyum melebar. Kekeke!

Ini pulak gambar kenangan hari terakhir untuk Visit Malaysia 2014! Banyak aktiviti menarik untuk tahun 2014 yang disediakan. Tapi aku paling tak sabar nak menjadi sebahagian daripada mereka untuk mempromosikan Negeri Tersayang ” Negeri Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik”.

P/s: Malaysia Truly Asia! Proud to be Malaysia! Are you? 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });