0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Pernah tak korang terfikir dapat TV yang lengkap gadget seperti Laptop, Ipad, Xbox dan Phone Android? Haaa jangan tak tahu kini Samsung TV dah launch Smart Tv terbaru berukuran 46′ yang ada semua nih. Bukan setakat slim jek tapi lengkap dengan smart gadget woaahhhh! Sekali aku tengok perghhhh teruja gila kalau dapat mahu aku tak keluar rumah dibuatnya. Huiii sabar! Sabaarrrrr!

Apa korang fikir bila sebut pasal Smart Tv? Mesti fikir Tv dengan aplikasi yang mungkin better sikit dari 3D tapi kali nih aku rasa TV terbaik pernah aku tengok sebab TV boleh bercakap. Ko hadeeee? Kalau sebelum ni, aku teruja dengan Samsung Nexus yang boleh bercakap sekali lagi buat aku terkedu agak lama bila tengok Tv boleh faham apa kita cakap. Tapi dalam Englishlaa kan. Bahasa melayu akan ada jugak tapi later on kata orang Samsung.

Terbaiknya Smart Tv sebab ada Spec Mata mesra user siap dilengkapi dengan bluetooth wooaahhhh! Ada dua manual dan auto detect untuk 3d punya sensor. Memang seronokkan boleh tengok 3D punya filem kat rumah. Bila laaa aku nak merasa nihhhhh!

Masa main – main dengan  Samsung LED Series 8000Smart TV, aku rasa Tv nih macam robot versi terminator laaaaa. Terasa macam dalam Mission Impossible pun ada jugak dahlah yang diinvite cuma 6 orang wooaaahhh macam agen rahsiakan? Wahhh gitewwwww! Pernah bayangkan TV kat rumah boleh detect muka korang siap ada password bagai? Hebatkan? Arghhh pengsan! Kahkahkah!

Nihh pulak remote dia sama jek dengan remote tv Samsung kat rumah aku.

Cantik sikit dari aku punya sebab kaler dia silver lebih menarik dari versi lama.

Apahal Cik Lily melambai – lambai tuuuu? Selain guna remote tv,  Samsung LED Series 8000Smart TV ada motion control, Voice Control dan jugak Face Recognition. Kalah filem Men In Black nanti. Bila sebut ”Hi Tv” terus keluar words kat depan Tv tuh. Sebut jek ikut bahasa yang dah ditetapkan, tv nih akan dengar arahan korang tak kira time tu korang tengah baring atau memasak janji suara korang kuat haaaa korang boleh tukar Channel tanpa pandang tv. Bestkan?

Tadi aku ada bagitau pasal aplikasi dia versi Xbox kan? Siap boleh download kat Samsung Application macam android market macam dalam tepon dengan games yang korang boleh pilih macam Xbox. Semua dalam satu arghhhhh boleh buat aku gila macam nih. Haiyarkkkkk!

Ceee tengok bestnya contoh kalau korang download fitness, dia siap ada skrin virtual iaitu sebelah tu trainer dan sebelah lagi korang buat senaman bersama – sama. Lepas bersenam boleh catatkan apa yang korang buat dan tengok perubahan selama bersenam. Tak perlu nak hire trainer kat luar sana. Tapi bukan setakat fitness, korang boleh jugak dance woaaaahhhhhh! Aduyaii, sesungguhnya aku teringin nak ada smart tv macam ni tau.

Paling buat aku geram bila kita boleh online macam dalam laptop. Smart tv nih ada keyboard untuk korang menaip dan korang boleh update blog, boleh main facebook, twitter, segala jenis versi online boleh dibuat semudah ABC.

Kalau sebelum ni Samsung Tv biasa cuma boleh pasang cd jek kan tapi yang terbaru nih korang boleh download online dan dengar dengan senang hati. Tak payah susah nak pergi kedai Cd lagi dah. Semua dah ada sebab Samsung memudahkan hidup korang dengan lebih teratur. Ecehhhh, macamlah aku mampukan?

 

 

 

P/s: Pendapat aku, Smart Tv nih memang terbaik sebab tak perlu nak beli semua gadget cuma ada tv haaa kita guna sekali jek. Cuba korang tambah tolak setiap gadget yang dorang buat semua dalam satu? Harga pun lebih kurangkan so bagi aku, kalau ada duit lebih memang dah pawwww awal-awal. Muahahaaaaa.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });