0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaaa..

Fuhhh aku tempek gambar bersama Lisa Surihani lagi sekali supaya korang jeless tak habis. Baidewey, baru ni aku dah up entri gambar Lisa Surihani di date MyIcon yang berlangsung di SSTwoMall. Korang tau kat mana? Aku pun tak tahu mulanya sampaila tersesat bagai rupanya kat area uia pj aje tapi semua tu berbaloi bila dapat jumpa MyIcon yang aku impikan iaitu Lisa Surihani.

Tempat yang dituju di Killliney SS Two Mall tapi masa aku sampai tu, event baru aje nak bermula. Kitaorang terus amek seat sambil order sebab dari awal lagi Amal asyik bising perut dia lapar katanya. Haha. Sebelum datang sini, aku dah tau makan dan minum semuanya free sebab hari untuk belia kan jadi memang berbaloi lah kiranya.

Amak Espraza dan Yana Yassin, sorang photographer dan sorang videographer. Memang terbaiklah korang tapi baru aku tau si amal ni rupanya gentlement meyhh. Jarang aku keluar, ada yang sanggup nak galas beg kamera aku yang besor gedabak tu tapi nasib ada dia. Ringan bahu aku hari tu. Wuwuwuuu.

DatemyIcon untuk kali ni sebenarnya ada 5 orang dan semuanya share pengalaman masing – masing sebelum berjaya tapi paling aku suka bila event kali ni kita bebas nak tanya apa saja. Ye, tanya apa saja kat dorang tanpa segan silu tapi ohh ye, aku segan so aku diamkan aje. Dalam banyak event jumpa artis, bagi aku yang ni memang terbaik gila sebabnya boleh duduk sebelah artis sambil borak – borak macam kawan. Santai meyhhh. Tak perlu nak segan – segan, tak perlu nak berebut tanya soalan dan tak perlu nak fikir soalan ”TAK PERLU” sebab kat event belia ni, semua layanan yang diberikan adalah sama. Tanyalah sampai lebam!

Sebelum pergi dekat Lisa lagi, aku dah plan nak tanya ”Apa rahsia kekalkan body yang cantik” Dalam banyak soalan itu yang asyik nak terkeluar dari kepala aku. Tapi itulah orang kata jadi orang cantik memang bertuah sebab Lisa cakap ”Dia tak jaga pun tapi body dia memang dah semulajadi macam tu”. Bukan senang nak dapat figure yang sempurna. Aku ni pun nak kurus kemain susahnya. Muahahaaa.

 

 

Dapat pergi event belia kali ni, banyak nasihat yang berguna aku dapat terutama dari Lisa Surihani. General advice tapi sangat membina buat aku sampai sanggup mencangkung agak lama depan dia tanpa segan silu sampailaa ada orang hulurkan kerusi. Actually, aku suka dengan cara pemikiran dia yang sangat educated dan orang kata macam mana kita nak judge seseorang adalah melalui cara dia mengeluarkan idea and bagi aku, dia artis pertama yang buat aku impress gila. Tak percaya? Apa kata skodeng video santai dan borak bersama Lisa Surihani.

 

Nasihat Lisa Surihani untuk belia;


P/s: TQ Lisa untuk masa yang agak lama hari tu dan jugak advice buat kami semua. Terharu meyhhhh.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });