0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Bersempena dengan kemerdekaan yang ke 56, Adidas Malaysia mengadakan flashmob di Pavillion yang mana memperkenalkan kasut baru iaitu Energy BOOST™  menampilkan teknology cushioning didatangkan dengan beberapa warna yang memberikan impak pecutan yang maksimum ketika larian.  

Flashmob yang cukup bertenaga oleh sekumpulan penari di Pavillion banyak mencuri tumpuan orang ramai dengan persembahan yang unik dan pergerakan yang sangat mantap.

Orang ramai yang mengikuti kesemua penari Flashmob ke butik Adidas, Pavillion diberi Vaucer Hadiah Misteri dari Adidas selain bersama – sama bersorak ”Boost Your Run”.

Orang ramai yang mula berkerumun menyaksikan flashmob berantaian

Boost lebih dikenali dengan produk  adidas running yang boleh didapati dengan pelbagai warna dan kelihatan beberapa selebriti tempatan memeriahkan suasana antaranya Shawn Lee, Joseph Germani, Megan Tan dan IZ.

BOOST™ cushioning boleh didapati menerusi dua versi kasut joging iaitu adistar dan adizero.

Photo: BOOST™ provides revolutionary cushioning and the responsiveness gives you a running experience unlike any other. Are you pounding pavements in our new colors yet?

Adidas memperkenalkan konsep baru dan inovasi terbaru iaitu Kasut Adidas Energy BOOST™ . Ia menggunakan teknologi kusyen kasut yang memberikan korang pulangan tenaga yang tinggi semasa berlari menggunakan kasut ini.

Setiap kali berlari, mesti korang harapkan tenaga sampingan dan adidas Boost ni mampu memberikan extra tenaga untuk digunakan hanya melalui sepasang kasut istimewa ‘Adidas Boost’.

BOOST ™ menggabungkan manfaat prestasi yang terkini iaitu kusyen lembut yang responsif dan memberikan pengalaman baru buat pengguna kasut Adidas Energy BOOST.

Asas dia terletak pada bahan kusyen yang mana berdasarkan dari BASF, syarikat kimia terkemuka dunia, bahan berbutir pepejal (TPU) secara literal diletupkan dan bertukar menjadi beribu-ribu kapsul tenaga kecil yang membentuk midsole tersendiri pada kasut. Dengan struktur sel mereka yang unik, kapsul ini menyimpan dan melepaskan tenaga yang lebih cekap dalam setiap langkah.

Apa yang menariknya, adidas boost ini hadir dengan rekabentuk yang mengikut bentuk kaki. Korang masukkan kaki mesti akan rasa fit kat dalam tapi bestnya sebab kusyen sangat selesa. Ciri yang istimewa tentang kasut Adidas Energy Boost adalah dia boleh menstabilkan kaki dan sesuai untuk korang berlari mahupun berjoging dalam waktu yang lama.

Tapi bagi aku yang kerap travel sana sini, paling utama adalah mencari kasut yang ringan dan selesa. Kalau sebelum ni, kerap bertukar kasut dan paling susah nak cari kasut yang ringan mengikut bentuk kaki tapi minggu ni aku bawak Adidas Energy Boost ni bersama ke Langkawi. Tengok speksifikasi macam best tambah pulak kalau travel, kita akan berjalan lama dan jauh jadi memiliki kasut yang sesuai sangat penting.

Dulu memang aku tak kisah pasal kasut tapi sejak pergi Hong Kong, kasut tetiba merekah. Time tu serabut dan agak menggila jugak cari kasut yang ringan sebab nak kena berjalan jauh weyh! Kalau kasut biasa, tapak memang akan cepat loose jadi selepas kejadian, aku memang cukup kisah dengan kasut yang dibawak berjalan jauh.

Kalau korang tengok kulit atas tu sebenarnya kenyal dan akan fit ikut kaki jadi bila korang pakai rasa melekat kat kaki. Memang best kasut macam ni. Design pulak stylo ditambah dengan warna turqoise perghh memang gabungan yang cukup mengkagumkan dari Adidas. In love with this one!!

Perbezaan boost dan foam biasa. Bila korang pakai kasut enerygy boost, korang akan rasa bouncing dia lebih bagus dan akan menolak badan kita tanpa sedar untuk membuat pergerakan lebih berbeza dengan foam biasa. Ohsem gila kan!

Posing dengan Miss Sunshine~ Rekabentuk yang smart memenuhi citarasa remaja untuk memiliki kasut yang lebih elegan dan style! Selama 3 hari aku guna Adidas Energy Boost kat Langkawi, Adidas Energy Boost memang ringan dan selesa. Kawan-kawan pun tertarik dengan kombinasi warna dan jalur yang kelihatan di permukaan kasut ni.

Bagi peminat adidas macam aku, paling penting kombinasi warna terutama corak 3 stripes  adidas kat tepi kasut sebenarnya. Bila kita pakai kasut mahal mesti nak bagi orang nampak LOGO dan corak yang menyerlah supaya kita rasa lebih yakin untuk bergaya. Tali kasut Turqoise yang terang dengan 3 stripes kat tepi tu memang sangat ketara bila korang pakai dan cukup kagum dengan produk ni yang sentiasa teliti dengan kehendak pengguna. =p

 

 [nggallery id=25]

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });