0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah bulan julai! Sekejapnya masa berlalu tak lama lagik kita semua dah berpuasa. Yahuuuuuuuu! Pejam celik pejam celik tak sangka kan dah nak raya. Tapi dalam banyak tahun, aku tak sabar nak sambut raya tahun ni sebabnya adik aku cuti 3 bulan belajar so dapatlaaa merasa berbuka puasa sesama. Senang sikit tak payah susah – susah nak pergi bazar sengsorang.

Ikutkan bulan puasa nanti antara bulan special sebabnya setiap hari berpeluang berbuka puasa beramai- ramai. Tapi time nak berbuka puasa inilah kita akan cari minuman yang buat korang rasa bila minum seteguk terus seeeeegggarrrrr. Minuman wajib waktu nak buka puasa mesti air Coca-cola setin dihidang atas meja dengan juadah berbuka puasa. Bila minum perghhhhhhhhhh sejuk terasa sampai kat kepala. Mesti syok jek!

Setiap kali masuk jek Ramadan, apa yang membezakannya dari bulan lain sebab setiap hari mesti aku layan radio terutama waktu nak berbuka puasa. Kalau hari biasa memang tak sempat tapi puasa punya pasal mesti laju jek nak dengar azan kat radio tapi saluran pilihan semestinya Hot FM. Dengar lawak Fafau dengan Fbi mesti terhibu Haha!

Tapi Ramadan kali ni macam istimewa sebabnya berpeluang berbuka puasa dengan krew Hot FM plus boleh ajak kawan-kawan sama- sama berbuka puasa beramai – ramai kat rumah sendiri. Boleh pulak jemput jiran tetangga join sekaki. Haa amacam? Teruja tak?  Hanya 8 pemenang dipilih dan caranya mudah jek! Korang Cuma perlu ikut arahan kat bawah ni.

Sertai peraduan ‘’Sebarkan Semangat Ramadan’’ di laman web Hot FM dan cadangkan 1 nama yang korang ingin sebarkan semangat Ramadan dan mengapa. Inisiatif Coca-Cola dan Hot FM ni adalah untuk memberi dan berkongsi dengan mereka yang sangaattt sibuk bekerja kuat dan masih pulang nak menyediakan ketupat, lemang, serunding, pulut kuning dan hidangan lain untuk berbuka puasa . Mungkin kah ibu, mak cik, atau jiran anda. Super duper ohsem kan? Mudah jek tuh!

Paling best sebabnya krew Hot FM akan datang untuk mengedarkan Mangkuk Tingkat dengan 1.5L Coca-Cola yang sejuk dan menyegarkan kepada 8 pemenang dan kawasan kejiranan mereka. Boleh lah korang beramah mesra dengan lebih dekat bersama Dj kesayangan korang tuh. Alahai bestnya kalau menang. Tak rugi pon mencuba mana tahu tuah korang muncul sempena bulan istimewa nih ye dak?

Coca-Cola sentiasaaa ingin menyebarkan semangat Ramadan dan mereka percaya bahawa waktu perayaan ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. So, marilah kita berkongsi dan memberi pada  bulan Ramadan ini.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });