0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Korang minat jeans? Mesti punyalah sama macam aku kalau waktu muda mudi dulu mesti nak jenama Levi’s strauss jek. Time tu aku rasa jenama ni memang femes amos bila pakai perghhhhhhhh bangga. Kalau boleh taknak basuh berbulan-bulan takut rosak. Pada aku, jenama levi’s ini macam menepati citarasa golongan remaja terutama perempuan. Cantik jek cutting dia bila pakai. 

Kali ni aku sempat pergi pelancaran Levi’s untuk koleksi fesyen Levi’s Fall 2012 untuk lelaki dan wanita yang direka khas sempena pelancaran kempen pemasaran global Go Forth.

Seee betulkan aku cakap cantik jek cutting jeans levi’s.

Masa berjalan nak masuk, kat sebelah tepi siap ada tempat untuk refill air and yesss masa register tu kitaorang diberi gelas tebal untuk pilih minuman apa yang nak diminum. Ada macam-macam jenis air coffee, orange jus dan jugak ice lemon tea.

Waaaaaaaaaaaaa nak minum lagi. Memang sedap wooo ice lemon tea. Hilang haus datang dari jauh. =P

Suasana sebelum pelancaran fesyen terkini Levi’s Go Forth

Fesyen Levi’s® Curve ID mementingkan bentuk badan dan bukan saiz untuk memberikan keselesaan tanpa tandingan selepas menjalankan kajian ke atas lebih 60,000 wanita seluruh dunia. Aku setuju sebenarnya sebab masa tengok koleksi jeans perempuan tadi, kebanyakan yang aku nampak mengikut bentuk badan terutama jenis drumstick besar. Wuwuwuuuu.

Kalaulaaa mampukan, mahu jugak beli sepasang tapi apakan daya pendam jek hasrat dihati. Kahkahkah! Lepas aku pusing-pusing tengok koleksi baju dan seluar Levi’s, time tu ada sesi model memperagakan koleksi fesyen Levi’s untuk musim luruh. Haaaa kalau boleh taknak pejam mata time nampak satu persatu model ni berjalan keluar on stage. Antara yang menarik perhatian;

Dalam banyak koleksi, aku paling suka jaket ni. Nampak stylo dan elegan sampai buat aku teringat – ingat hingga ke hari ni. Tapi kalau korang nak tengok kesemua gambar fesyen terbaru Levi’s masa kat pelancaran di Zebra Square, klik sini. Ada 30 baju dan seluar jeans Levi’s lelaki dan perempuan yang buat korang tak senang duduk. =P

Koleksi Curve Levi’s untuk perempuan ada beberapa jenis antaranya;

Slight Curve

Demi Curve

Bold Curve

Bootcut Skinny

Classic Bootcut

Mini Boot Legging

Skinny Low Twist Boot

Jaket Levi’s aku rasa takde satu pun aku tak suka. Semua cantik arghhhhhhh mengundang betul buat aku nak beli.

Ada lebih kurang 30 koleksi fesyen terbaru dari Levi’s yang diperagakan dan untuk baju dan seluar lelaki, Levi’s menekankan aspek Vintage dan jugak menumpukan terhadap kemasan dan inovasi potongan serta fabrik melibatkan gaya slim, skinny dan straight terkini pilihan ramai.

^_^

Antara blogger yang hadir Nisa Kay, Ella, Zuriey, Jardness, Kak Ina, Jess dan PM

Dah habis cuci mata kat dalam tadi haaaa kali ni sempat pulak kitaorang bergambar dengan model yang hensem dan kacak. Muahaaaahaha.

Baju hijau ni senyuman dia macam tak ikhlas kan?

Dah nak balik pun sempat lagi berposing. Terima kasih bebanyak buat Levi’s yang sudi invite aku untuk feel sendiri fesyen terbaru yang diperagakan tapi kalaulaaa dapat free sehelai kan best. Angan – angau jeklaaa. Kahkahkah. Apa yang menarik tentang  Levi’s® Curve ID sebabnya korang boleh datang butik Levi’s, ukur tubuh badan dengan pakar jeans Levi’s® dan mereka akan cadangkan potongan terbaik untuk korang. Harga pulak  bermula dari RM209 dan ke atas.

Baidewey, kalau korang berminat nak tahu harga dan promosi yang ditawarkan oleh Levi’s bolehlaaaa masuk ke laman web Levi Malaysia atau Facebook Levi’s Malaysia ye.

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });