0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaa..

Dua hari lepas, mesti korang dah perasan ramai blogger duk kecoh – kecoh dengan sidang media Pilih Kasih 3. huhu! Aku pun join secara kebetulan dan tak sangka pulak ramai blogger yang datang. Nasib ada yang aku kenal tapi orang pertama aku tegur si yana nanako. Fuhh hati aku memang lega sangat bila nampak dia takde lah aku jadi kera sumbang tak tentu hala. Muahahahahaa.

Duduk kejap, terus program bermula dan semestinya orang kuat Pilih Kasih 3 memberi ucapan iaitu Rosyam Nor. huu! First time aku tengok dia kat depan mata tapi bukan dalam paper ye! Borak dengan dia, aku tak rasa ada gaps antara artis dengan blogger lebih macam kawan – kawan  jer dia layan. Kan bagus kalau semua artis macam ini being humble sentiasa baru murah rezeki. Eh ehhh pandai – pandai jer aku kan. muahahahaa.

Meja depan semua VVIP dan time ini, one by one bagi ucapan untuk perasmian program Pilih Kasih 3 bersama penaja utama TM dan juga penerbit bersama Rtm.

Orang sibuk bagi ucapan kat depan, aku sibuk berposing kat belakang dengan Top 5 Master Chef Blogger, bro Jejai. Manalah tau dapat tempias pandai masak pun jadikla kan. Muahahahaha.

Akhirnya Pilih Kasih Musim 3 dirasmikan bersama Tm, Suhan Muvies dan Rtm. Tahniah buat Rosyam Nor.

Kali ini, juri bagi Pilih Kasih 3 diserikan lagi dengan Erra Fazira dan Umie Aida. Juri mantap dan tepat wooahhh. Pandai dorang pilihkan? Konpemlah aku tercongok depan tv nanti. Muahahahaha.

Sesi QnA tapi aku tak join pun sebab sibuk ambil gambar kat belakang.

Sesi bergambar dengan blogger. First time aku jumpa Nami, Myravea dan si baju hitam. Yana dan Mas tu dah kerap jugak berjumpa. Nisa Kay? Huhhh tok sah cakaplaaaa. Muahahahaa. Aku tempek gambar ini sebab terpandang tangan yana tuuuuuu mesra oit.

Tapi bab interframe, aku memang setuju benor dengan kata – kata si yana nanako. Time bergambar, dia main serbu macam tu jer weh! Nasib yang kena serbu tu aku bukan Mas kalau tak, mau terkujat si Mas dengan aksi Yana Nanako. Muahahahahaaa

Bila bergambar dengan Rosyam Nor semua jadi hantu. Muahahahaha.

Tapi paling tak boleh blah bila bergambar dengan Erra Fazira ehh maksud aku blogger lelaki. Kat mana ada Erra dengan Umie Aida, mesti ada jer kelibat dorang. Kemain Ujang dengan broframestone bergambar. Senyum tu melebar jek. Muahahahaaa.

Aku pun nak tempek gak gambar aku sendiri biar korang semua muntah. Muahahahahaa. Baidewey, sebelum aku terlupa, kalau yang berminat nak join atau jadi finalist untuk Pilih Kasih 3, boleh datang ke Lokasi Ujibakat yang dahpun dikeluarkan oleh pihak Suhan Muvies.

 

 

 

Sebelum pergi audition tu, jangan pulak lupa hafal skrip yang diberi. Ada 2 skrip by Fauziah Nawi dan jugak skrip Hamzah Tahir. Bagus jugak terus ada skrip takde la finalist nak tergagap – gagap nanti. Laju jer kalau bab mengutuk orang. Muahahahaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });