0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Entri lama tapi aku baru up sebab tak sempat nak kaver semua event dalam masa terdekat. Dalam draft fuhh penuh lagi event yang aku tak terkejar. Eceh boleh mengalahkan retis nihhh busy memanjang. Kahkahkah! Aku nak story mory pasal parti ulangtahun Budiey yang ke 5 baru – baru ni.

Yes, first time aku pergi dengan yana kat Aristo, zouk,kl. Zouk okehhh!Clubbing kaww tapi time siang takde orang so korang jangan fikir bukan- bukan.

Tema untuk party budiey tahun ni kaler purple dan putih so kitaorang datang terus tukar dengan baju party jadi semua nampak sedondon takde beza cuma beza tang rambut aje. Selain baju, banyak jugak gift percuma dari budiey! Macih budiey susah – susah aje sediakan gift untuk kitaorang. Muahahaaa.

Party bermula dengan nyanyian daripada artis jemputan antaranya ni haa Tengku Aidil. Time dengar lagu dia memula aku buat tak tau sebab dia kaver lagu Move Likes Jagger. Biasalah kalau artis melayu menyanyi lagu Englishhhh mesti aku tak berapa nak layan sangat tapi masuk aje part single terbaru dia huii mata aku terus pandang kat empunya suara. Ecehhh macam drama pulak! Boleh aku dengar sampai habis! Suara dia memag best lagu pun terbaik woaahhh! Aku suka dia nyanyi liveee!

Dah nama party tambah pulak budiey yang organize konpem laa artis yang datang pun gempak! Antaranya Elfira Loy dan Shila Hamzah. Ni kira first time jugak aku jumpa Elfira Loy, honestly speakingggg dia sangatlaah cantik! Kulit dia memang halus gilaaa tengok kat depan mesti dua tiga kali jugak korang akan pandang.

Artis yang buat bentuk love gituuu nama dia Dior. Kat korea, Dior ni kira femes daripada kat Malaysia. Semalam pun aku jumpa lagi dia kat konsert media hiburan tapi tak sempat nak snap gambar. Wuwuwuuu.

Korang suka dengar lagu Filem Azura tak? Tak lama lagi filem azura dah nak keluar kat panggung tapi aku bagi korang kenal dulu dengan pemilik suara lagu “Suatu Hari Nanti” ost dari Filem Azura iaitu Keroz Nazri. Jambu kan dia? Kahkahkah!

Adira antara artis yang buat performance kat party budiey dengan lagu Ombak Rindu. Suara dia memang best gila kot sampaikan aku yang tengah minum air kat belakang boleh berlari meluru kat depan tak pasal – pasal. Muahahaaa.

Aktiviti kitaorang hari tu selain dengar lagu, beramah mesra dengan artis part yang paling ditunggu adalah cabutan bertuah untuk pembaca. Banyak gila hadiah yang budiey sediakan antaranya Ipad, tiket ke Osaka, Kamera, Barangan Rafflesia bernilai 5k tapi malangnya satu pun aku tak menang. Sedih woaahh tapi dah tau sangat dah kalau cabutan bertuah, aku nihh selalu termasuk dalam kategori tak bertuah. Kahkahkah!

Dorang tunjuk High 5 tu bukan nak bagi penampor tapi sempena ulangtahun party budiey yang ke 5. Mata aku asyik pandang kat 3 kek yang elok aje kat depan dorang. Kek ada 5 jari tuuu hadiah dari Yana Samsudin dan lagi dua aku tak sempat pulak nak tanya dari siapa.

Baidewey, Macih budiey sebab buat party ulangtahun yang superb best! Tahun depan, konpem aku nak join lagi sebab party ni memang sempoi, tak boring dan banyak akviti best tambah pulak ramai orang yang aku dapat kenal. Sebelum ni, aku ragu – ragu jugak nak pergi sebab tak kenal orang tambah pulak party yang besor, memang aku rasa keciknyaaa diri aku nihh tapi lepas pergi ahhh semua orang equal takde beza. Budiey memang terbaiklaaahhhh!

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });