0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Baru ni aku ada share pengalaman aku bershopping di Adidas Neo, Queensbay, Penang. Ada 3 pasang kasut yang aku bawak balik bersama topi dan juga baju rekaan Selena Gomez.Bukan senang nak pilih barang yang kita akan guna setiap masa dan menggunakan sepenuhnya.

Salah satu kasut yang aku suka ni haaaaaa. Army punya style tapi ada gold studded kat belakang dia. Adidas bagi aku merupakan brand pilihan utama sebab tapak kasut sangat selesa dan fixed dengan kaki. Bila kita berjalan jauh takde masalah nak sakit jari mahupun lenguh sendi.

 

Design macam studded dengan warna gold ni menyerlahkan konsep keremajaan yang inginkan keyakinan ketika bergaya. Tapi antara sebab utama aku amek kasut casual ni kerana..

Selalunya bila nak bawak motor cc besar, aku perlukan kasut yang selesa. Bila kita tak cukup tanah tu pun, jari takkan mencengkam sebab lapisan tapak dia lembut. Senang nak handle berat motor tu bila ada kasut yang stable.

Barang yang melekat lepas aku pilih kat Adidas Neo, Penang ni haaaaaaa topi warna merah polka dot. Ikutkan aku memangla peminat topi tapi bukanlah jenis yang setiap masa pakai. Tapi kebetulan memang dah lama cari topi warna merah macam ni, bila pakai rasa selesa terus melekat sampai sekarang.

Ke mana mana saja mesti topi ni melekat kat kepala. haha!

Aku ada mentionkan Selena Gomez merupakan designer jemputan untuk Adidas Neo? Haaaaaa baju warna hitam tu antaranya. Baju tu aku siap amek saiz S sebab fixed dengan badan dan tak ketat. Apa yang buat aku suka sebabnya kalau korang tengok kat baju tu, ada macam bentuk ala ala sequin tapi versi besar. Tapi bila tengok dari jauh korang akan nampak macam logo transformer. Selesa tak payah cakap la sebab sejuk satu hal.

Ni antara barang Adidas Neo yang aku dapatkan di Penang hari tu. Memang best tambah pulak banyak barang yang ada so lepas ni kalau korang nak ke sana, pilih yang best best! See ya.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });