0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

anne 1

Wallaweh! First time dalam hidup dapat peluang berjumpa dengan pelumba kereta terkenal F1, Nico Rosberg & Lewis Hamilton di PETRONAS Solaris Serdang. Zaman kemuncak F1 dulu setiap kali ada perlumbaan mesti aku tak sabar nak tengok kat tv. Daripada belum mampu memiliki kereta sehingga mampu ada sebijik haaa punya lama kan aku follow perkembangan terkini perlumbaan F1 tambah lagi kalau ada Lewis Hamilton. Tak sangka pulak boleh jumpe LIVE okeh!

Punyalah eksited sangat sampaikan sejam awal tu aku dah menapak kat PETRONAS Solaris Serdang. Haa tak sabar punya pasal nak jumpa Lewis Hamilton. Kereta yang aku posing tu bukan aku punya feeling jek lebih! Haha.

petronas 2

Ini dia profile pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team iaitu Nico Rosberg & Lewis Hamilton. Tak sangka PETRONAS mampu pikat Lewis Hamilton. Memang terbaiklaaaa!

petronas 3

Antara yang hadir memeriahkan sesi bertemu dengan pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team, Budiey Kacak, PM, Shazwanie Hamid, Abang Nara, Mak Jem, Ceera dan Nisa Kay. Muka – muka tak sabar nak racing agaknya?

petronas 4

Selain sesi berjumpa dengan pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team, antara aktiviti yang ada dorang nih siap bawak Nico Rosberg & Lewis Hamilton special punyaaa khas untuk isi minyak kereta Top Customer yang berbelanja paling banyak di stesen minyak PETRONAS.

petronas 5

Haaa bertuah betul abang – abang yang boleh posing sebelah Lewis Hamilton. Kemain tersenyum lebar. Jeles weyh! Huwarghhhhhhhhhhh!

petronas 6

Nico Risberg pun turut isi minyak kereta top customer PETRONAS Solaris Serdang. Lahai, bertuahnyaaaaa. Kalaulaaa kereta aku terpilih kompem tak basuh berbulan – bulan. Muahahahaaa

petronas 7

Tuuu dia kereta lumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team. Amacam? Gempak kan!

petronas 8

Nampak? Litar ini khas untuk pelanggan PETRONAS yang datang untuk bermain kereta lumba sambil menang hadiah.

petronas 9

2 bijik kereta utama kebanggaan rakyat Malaysia, Mercedes AMG PETRONAS F1 Team

petronas 10

Jangan main – main, litar special ini dirasmikan oleh pelumba F1 Nico Rosberg & Lewis Hamilton. Kalau korang peminat dorang jangan lupa datang ye, haaa sentuh controller pun jadik. hikhik

petronas 11

Dari kiri, Nico Rosberg & Lewis Hamilton!

petronas 12

Sebelum sesi meet session bersama PETRONAS dan Top Customer, Nico Rosberg & Lewis Hamilton sempat meninggalkan hand print buat Petronas.

petronas 13

Team PETRONAS bersama Pelumba handalan dorang! Go Go PETRONAS!

petronas 14

Haaaa lepas siap perasmian, acara berlumba kereta bermula antara Top Customer, Blogger dan Team PETRONAS. Aku pun turut sama kena main jugak takde alasan tak pandai main ye. Haha!

petronas 15

Haaaa kemain serius muka Budiey bila dapat pegang controller. Semangat kesukanan tu penting. Eceh!

petronas 16

Jangan kata dekat litar jek boleh Nampak kereta lumba boleh berlanggar.

petronas 17

Kat litar special ni pun boleh tau tapi kalau nak main kena singgah PETRONAS Solaris Serdang ye!

petronas 18

Time ni turn aku pulak yang kena main kereta lumba kat litar kecik. Tak boleh main litar real yang kecik nih pun jadiklah. Haha! Nak kata pandai memang Cuma tahu pegang controller jek! Dah tahu dah mesti lelaki yang akan menang punya. Haha! Haaa pemenang untuk group aku nih adalah Willy yang angkat tangan dalam gambar tu. Hadiah dia menarik wooo! Dapat singnature pelumba dorang kot!

petronas 19

Dah penat main, dah tiba masa yang aku tunggu untuk interview Top Customer PETRONAS. Aku nih antara pelanggan utama petronas tapi tak pernah langgan mesra kad. Motif? Aku tak tahu apa yang best sangat dengan kad Mesra. Kalau dulu dalam kepala mesti fikir ‘’Alaahhh kad untuk stesen minyak mesti setakat barang free yang perlu collect point dengan banyak baru dapat barang best’’. Dengan kemalasan tahap gaban kompem aku malas nak apply memana kad stesen minyak walaupun sehari bergerak tu memang dari pagi sampai midnite.

petronas 20

Tapi lepas dengar penerangan dari En Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad, ternganga aku dibuatnya. Berkali – kali jugak mengeluh, menyesal dan terasa rugi sebab tak apply KAD MESRA. Antara peluang yang korang boleh dapat dari KAd Mesra;

  1. Collect Point untuk tebus dengan Barang
  2. Boleh collect point tebus dengan tiket Air Asia okeh!
  3. Tebus Point dengan isi minyak kereta ( Mana tahu duit kering haa KAD MESRA boleh jadi penyelamat)
  4. Point yang diperolehi dari isi minyak akan diberi sama nilai dengan point membeli barang dalam kedai Mesra.
  5. Ganjaran Top Customer yang berbelanja paling banyak

 

Haaa amacam? Seronok kan? Aku yang dengar penerangan nih pun tak sabar – sabar kemain eksited nak dapatkan ganjaran dari Kad Mesra. Dah siap apply pun! Haha!Tapi bukan sekadar kad mesra jek yang aku nak share dengan korang tau.

petronas 21

Kali ni, petronas siap buat contest besar – besaran tapi dengan berbelanja dan membeli combo pilihan serendah Rm4.50 sahaja dari kedai mesra.

 

Tempoh Contest:   7 Mar – 30 Apr 2013

 

Hadiah:

Hadiah Utama: The New Mercedes-Benz A-class

Hadiah Kedua x 10: LED HD Smart TV

Hadiah Ketiga x 20: Mackbook Air

Hadiah ke Empat x 30: iPhone 5

Hadiah kelima x 40: gift cards

petronas 22

Haaaa jangan tak percaya, kitaorang semua siap apply Kad Mesra pada hari yang sama.

petronas 23

Team PETRONAS dan blogger!

petronas 24

Posing dulu dalam kedai mesra sebelum balik tersenyum lebar lepas jumpa Lewis Hamilton! Terima kasih PETRONAS untuk peluang hari ini. Sangat berpuas hati dan bangga menjadi salah sorang pelanggan setia PETRONAS! Hikhik.

P/s: Jangan lupa join contest mudah ini dari sekarang sebabnya masa sangat singkat! Rugi tak join, harga pun tak mahal sangat plus sangat berbaloi siap dapat point kad mesra.

Jemput tengok PETRONAS BRAND di facebook : www.facebook.com/PETRONASBrands

Maklumat lanjut tentang PETRONAS Dagangan Berhad nih korang boleh tengok lebih LIVE di website : www.mymesra.com.my

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });