0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Supertots Supersquad The Movie feat Aaron Aziz?

Korang pernah dengar kartun animasi Supertot tak? Alaahhh yang selalu ditayangkan di tv3 tuhhhh? Dulu – dulu filem animasi Malaysia femes dengan Upin dan Ipin tapi kali nihh sekali lagi anak melayu kita menghasilkan Filem Animasi 3D selepas kejayaan siri animasi Supertot yang menang Anugerah Animasi Terbaik di Anugerah NEF-AWANI tahun lepas. Fuhhhh panjang tau aku menaip. 

Apa yang best dengan filem animasi 3D nih sebabnya suara latar dia perghhhh menggabungkan pelakon sensasi Diana Danielle, Dafi dan jugak penampilan khas Aaron Aziz. Haaaa, pertama kali aku rasa Aaron Aziz pinjamkan suara dia untuk filem animasi kan? Macam mana lah agaknya? Tenung bintang sambil berangan suara dia jadi kartun ouhhh mesti comel! huhu.

First time jugak aku diberi peluang experienced sendiri macam mana dorang bekerja kat dalam setuju. Hui satu pengalaman baru yang buat aku teruja meyhh! Okeh, sedikit sinopsis Filem Animasi Supertots Supersquad yang bakal ditayangkan pada 2013 nanti.

Kalau tengok pada tajuk filem dah mesti boleh budget ohhhh filem aksi dan yang pastinya akan ada babak cemas makhluk asing mendarat kat Bandaraya Kuala Lumpur dan jugak pertempuran sengit di langit atas KLCC. Bangganya aku dengan filem nih sebab akan ditayangkan lebih 20 buah negara dan aku yakin filem Supertots Supersquad akan popular nanti jadi sebelum tuh aku nak wishh tahniah buat team yang bekerja keras hasilkan filem animasi 3D ni.

Sinopsis:

Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad lama dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq bakal menyerikan lagi pengembaraan mereka.

Suara Latar:

Aaron Aziz

Dafi

Diana Danielle

Radhi Khalid

Na’a Murad

Elza Irdawaty

Megat Shahrizal

Maya Arrisa Tan

Marina Aris Tan

Selain masuk dalam studio voice studio, aku jugak dapat feeling lebih – lebih dalam control room. Rasa macam artis pun ada. Kalau korang nak tahu, filem ni menggunakan teknik Hybrid Motion Capture yang digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tintin. Wooooaahhhh bangganya aku menjadi anak Malaysia. Lepas satu persatu kejayaan yang anak melayu kita hasilkan.

Selain tengok dan feel sendiri serba sedikit perjalanan sebelum siap sepenuhnya Supertots Supersquat, sempat jugak aku beramah mesra dengan artis sambil interview orang kuat Netcarbon. Macam tak sabar pulak nak tunggu filem nih release nanti.

Apa pun, mekasih buat kak Liana sebab bagi aku experience yang tak pernah aku dapat sebelum nih. Bukan setakat pengalaman tapi layanan pun memang superb! Terbaik punya tapi paling aku tak sabar bila dia cakap Aaron Aziz akan masuk studio bulan 3 wooooahhh! Terus aku macam arghhhh terujanya nak menjerit tak boleh nanti tak pasal – pasal orang cakap tak betul. Kahkahkah!

 

 

P/s: Mesti korang eksitedkan bila dapat tau Aaron Aziz berlakon dalam filem nih. Bila tengok Diana Danielle dengan Dafi time buat voice recording rasa macam seronok jer? Banyak kali jugak aku gelak sebab kelakar. Kelakar macam mana tuh kena laaaa tunggu nanti!

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });