0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0


 

Street Smart dengan temanya Lesson For Life huii bagi aku merupakan antara kempen kesedaran terbaik yang dianjurkan oleh Petronas buat ibu bapa dan juga kanak – kanak. Tapi bila sebut kempen aku rasa ramai yang amek remeh sedangkan anak merupakan insan berharga buat keluarga. Ecehhh, macamlaa aku ada anak kan? Walaupun aku takde anak lagi tapi takkan yang dah jadi parent aje boleh pergi sebab golongan muda seperti aku perlu jugak tahu kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Perasan muda sungguh! Kahkahkah!

Walaupun kempen ni dibuat untuk bagi ilmu pengetahuan buat anak kecik tapi aku rasa orang tua pun boleh teruja bila tengok permainan yang Petronas dah upgradekan dalam roadshow kali ni.

Pameran Keselamatan jalanraya kali ni sebenarnya menggalakkan pendidikan sains dan dilengkapi teknologi canggih untuk menarik perhatian dan meningkatkan kesedaran kita. Cee tengok siap ada games untuk jadik Menteri Keselamatan Jalan raya woaaahhhh. Aku pun boleh leka aje kat depan skrin tuuu walaupun dah tua bangka. Muahahaaa.

Selain permainan ada jugak board untuk bagi korang faham tentang keselamatan jalanraya nihhh. Cool gila kan? Jom tengok objektif wujudnya Petronas Street Smart nih;

With the main objective of promoting awareness and addressing the issue of road safety, a social concern of Malaysians, Petronas StreetSmart has been an effective tool that has contributed greatly in the effort to include the science and technology behind road safety awareness and understanding, gaining support from schools, parents and government. In line with this effort, a road safety workbook has also been produced, based on the national curriculum, which is being used by students at Road Safety Clubs in schools.

Its effectiveness is due to its focus on educating visitors on the science of road safety and the reasons on why accidents occur, allowing them to relate to the issues more practically and accelerating the learning process. In terms of learning impact, Petronas StreetSmart scored a very high index of 94% from the internal evaluation study conducted for the period of 2010/2011, proving its effectiveness.

Paling best sebab dapat ketuk helmet bukan under sirim dengan kuat rasa macam melepaskan geram pun ada. Sekali ketuk, terus boleh nampak efek yang boleh jadi kat kepala kita kalau pakai topi kaledar yang takde logo Sirim. Seram meyhhhh!

Jangan kata aku aje yang teruja, dua orang partner aku pun sama mengalahkan budak kecik.

Ada jugak games untuk tajamkan minda korang dengan puzzles yang korang perlu susun ikut warna yang berlainan kat atas meja tuh. Nampak mudah tapi kena cekap dan fokus. Aku tak main pun sebab aku tahu mesti kalah punya. Belum main dah surrender. Kahkahkah!

Cermin mata ni untuk demo kalau korang memandu dalam keadaan mabuk. Kedua orang partner aku siap terlanggar tiang lagi time cuba terus aku taknak try bukan sebab takut tapi taknak muka lebam. Muahahaaaa.

Selain games yang ada untuk kitaorang main ada juga science show yang dipertontonkan supaya mesej kempen keselamatan ni sampai dengan jayanya. Aku pulak yang teruja lebih budak – budak diam aje kat depan. Isk2!

Comel tak? Aku cuma ingat nama baju kurung hijau tuu Siti dan baju purple tu Muthu sebab nama klasik. Time kecik – kecik dulu aku rasa nama macam ni memang femes amoskan? Korang jangan tak tahu, dorang siap menari tau bertemakan lagu pudar dari Rossa.

Aku, CikLily dan Jard

Dengan kak yanmie. Datang sini aku tak fikir pun boleh jumpa dengan blogger pergi single mingle main redah suka suki haaaa nasiblaaa ada dorang. Takdelaah aku terkulat – kulat takde kawan. Wuwuwuu.

Haaa selain golongan belum berkahwin, parent pun ada jugak tau. Barisan ibu – ibu yang gojes dan peramah tapi aku pulak yang segan nak bertegur sapa. Bukan sombong tapi aku nihhh kalau first time jumpa memang pendiam tapi second round dah boleh sembang kencang. Muahahaaa.

P/s: Korang mesti tak tahukan, Petronas Smart Street mula diperkenalkan pada tahun 2001? Tambah tolak rupanya dah pun 11 tahun kalau ada anak tu kiranya dah masuk darjah 5. Fuhhh, cepat gila masa berlalu.

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });