0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Semalam aku ada share dengan korang perjalanan blog PenMerah.com selama 2 tahun yang mana aku share sekali pengalaman dan jugak trafik yang pernah aku dapat dalam blog. Boleh tahan ramai yang tanya secara indirect masa jumpa time event dan aku tahu ramai blogger yang menjadi silent reader turut baca entri luahan hati aku tu. Gigihkan korang. haha!  Tapi paling aku takkan lupa ada jugak yang secara direct cakap ”Sayangnya u kat nuffnang sampai menolak advertiser lain”. Hanya mampu tersengih jekla. 

pppp

Apa yang aku nak kongsi, selepas aku up entri tentang blog PenMerah, tentang nuffnang, trafik dan apa yang aku dapat selama 2 tahun berblog, petang tu jugak aku dapat 3 emel dari orang yang berlainan untuk advertise dalam blog. Gambar atas ni antara advertiser yang menawarkan harga yang tak pernah aku dapat sebelum ni sebab dorang dari company yang tersedia KUKUH kat Malaysia. Lain yang aku harapkan lain yang aku dapat tapi bersyukur sebab blog aku ni ada HARGA jugak rupanya.

ads 2

Mana dorang dapat tentang blog ni pun aku tak tahu plus twitter pun dorang siap mention. Offer kedua ni pun aku tak pernah dengar nama dorang tapi lepas tanya baru tahu rupanya dorang tengok perfomance blog dah hampir 2 bulan dan baru sekarang berani nak approach. Tapi bukan sekadar offer untuk review entri malahan untuk sponsored trip pon ado! weuhueee!

disneyland

Email nih pun aku dapat petang semalam sewaktu habiskan masa untuk memenatkan diri di blogger conference #MSMW2013,  Berjaya Times Square. Kali nih offer untuk pergi ke Disneyland, Hong Kong dan boleh bawak plus 1. Alhamdulillah. Itu jek yang mampu aku rasa buat masa ni. Hampir 2 tahun berusaha keras untuk naikkan blog PenMerah akhirnya ada jugak hasil untuk dituai. Sekian lama berdiri atas kaki sendiri tanpa dibayangi blog lama.

P/s: Kalau yang rasa aku memuji nuffnang lebih tu, jujurnya tu bukan pujian tapi kalau bukan kerana aku nak setia dengan nuffnang, aku takkan push diri selama 2 tahun sehingga mampu menjadi seperti sekarang. 1M fanpages dan jugak mula untuk membina nama sendiri dalam dunia online. Bukan sesuatu yang mudah tapi apa yang aku tahu setiap HASIL yang BERNILAI datangnya dari KEPERITAN yang paling SUKAR untuk diHADAPI. Masih setia dengan azam utama masa hasilkan blog dulu walaupun semakin banyak tawaran lumayan mula muncul. Harap peluang masih ada untuk aku. kekeke!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });