0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Amboiii tak disangka rupanyaa hari ni nak terkena prank dari Radio Era yang dikelolakan oleh Dj yang banyak cakap siapa lagi kalau bukan Adi Fashla dan Zahid. Okay, terkedu aku dibuatnya. Sampai hati korang tau! 

Tak pernah terfikir nak kena macam ni. Selalunya time dengar orang kena prank kat radio mesti jari aku laju jek nak kuatkan volume lepas tu gelak besar sebab ada hiburan time tengah drive kereta. Tapi.. tapi kali ni aku pulak yang kena. Huwarghhhhhhh! Biasanya aku ni payah gila nak angkat telefon tapi kali ni mungkin nasib nak terkena. Nasib ko laah labu. Kahkahkah!

Time syok dengar lagu Faizal Tahir. Phone ringing sambil tengok skrin ”Private Number”. Dalam hati siapa pulak nak kol number baru guna private number nih. Laju jek tangan pick up call.

Perbualan lebih kurang macam ni;

Adi Fashla : Hello, ni Nur Raihan ker?

Aku : Ye saya ( pendek dan ringkas). Siapa ni?

Adi Fashla : Saya management dari tempat tinggal cik raihan. Kami terima aduan tentang kucing cik yang bising dan menganggu tempat   kediaman. Di fahamkan ada 15 ekor.

Aku : Terkedu dan cuak (mana pulak dia tahu aku ada 15 ekor kucing)

Adi fashla : Untuk maklumat cik, pihak kami tidak membenarkan tempat kediaman membela kucing mahupun anjing. Aduan diterima mengatakan kucing cik buat bising dan berbau busuk. Apa tindakan cik untuk aduan ni?

Aku : Terkedu lagi sambil fikir apa nak dijawab. Tarik nafas dan jawab ”setahu saya, kucing saya bukan jenis bising dan diam jek. Lagipun saya khaskan dorang dalam 1 bilik. Yang bising tu kucing kat luar rumah bukan kucing saya dan bau busuk tu rasanya takde sebabnya hari – hari saya cuci. Kenapa dorang tak buat aduan pasal anjing yang berkeliaran di kawasan rumah”. Punya aku tak puas hati kan kucing aku disalahkan. haha.

Adi Fashla : Kami mungkin akan mengenakan denda kepada cik.

Aku : Timbul rasa keraguan disebabkan mana dorang ni dapat number phone dan tahu aku ada 15 ekor kucing. Dalam hati kawan mana yang nak kenakan aku. Cepatlah mengaku oii! Tapi aku teruskan. Aku tanya lagi ”siapa ni yang call” tapi tak boleh nak teka sebabnya dorang tak gelak. Biasanya kalau kawan-kawan yang nak kenakan mesti tak bertahan lama. Panggilan kali ni buat aku hampir nak percaya yang call tu management tempat kediaman. Hebat betul dorang.

Apa pun, kalau nak tahu selebihnya macam mana aku menjerit dan menjawab, korang kenalah dengar di Radio Era ye. Tahniah buat Adi Fashla dan Zahid yang berjaya kenakan aku kali ni. Memang korang pakar betul nasib aku tak menangis jek tadi. Benda lain takpe lagi tapi kucing memang kelemahan aku. Dalam kepala habislaaa kalau tak boleh bela kucing. Dah jauh benor fikirnya. Lepas ni aku taknak gelak dah bila dengar dorang kena macam ni. Tak pasal terkena kat batang hidung sendiri. Hikhik.

Radio Era sememangnya terbaik! >.<

Credit gambar : Rotikaya

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });