0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa.

Semalam aku pergi test drive untuk Volkswagen kat Desapark City kira dalam 10 minit aje dari area rumah. Dalam kepala aku asyik fikir macam mana rupa Polo Gti yang aku pilih untuk test drive nanti. Bukan apa, tahun lepas aku pernah test drive jugak untuk Volkswagen Polo tapi aku lupa jenama apa sebab nama kereta pun lebih kurangkan? Turn aku untuk sesi kedua kiranya aku datang terus pilih aje kereta apa yang aku nak bawak tapi tengok pada kereta yang ada laa time tu dan aku amek Volkswagen Passat.

Volkswagen Passat  rasanya sesuai untuk family sebab besar dan selesa. First time nak try kereta ni, aku macam dua tiga kali fikir sebab kereta besar risau nak bawak takut terlanggar memana kan. Padahal sendiri pun bawak civic boleh last minute tak konfiden pulak? Muahahahaa.

Punya aku jakunkan, masuk aje dalam kereta otak aku asyik fikir boleh ker tak aku bawak kereta ni. Belum lagi dada aku berdebar – debar tak jumpa cari handbreak! Hamek kaw nak sangat merasa bawak kereta mahal. huhu! Seat Passat memang terbaik lembut dengan luas aje kat depan tu kalau nak bersila pun bolehhhh.

Sekali pandang, nampak mewah gila dalam kereta ni sampai nak tekan button pun aku jadik cuak. Yela, test drive kereta mahal risau jugak nanti jadi benda lain. Asyik fikir bukan – bukan aje. Iskkk!

Nampak apa aku nampak? Tu haaaa lubang untuk masukkan kunci kereta. Canggih atau aku yang ketinggalan zaman dol? Masa dapat kunci, aku belek berkali – kali cari bahagian besi untuk cucuk kat tepi stereng tapi tak jumpa. Aku tilik lagi pastu aku tengok kat tepi stereng takde pulak lubang nak cucuk kunci macam kereta biasa sampailaa aku tanya kat orang yang bagi kunci tu. Rupanya, masukkan aje sebab kunci dia memang takde besi macam kereta biasa. Jakunkan aku? Macam mana nak beli kereta mahal nanti? Ehh berangan dahhhh nampaknya. Muahahahaaa.

Kereta merah yang ohsem gila ni nama dia Volkswagen Polo 1.2 tsi. Harga dia murah dari civic aku Rm109,503.00. Terbaik woaahhhh! Kalau aku tak beli civic memang aku dah rembat dah kereta Polo yang ni. Tengok pada spec 1.2 tsi tapi ada turbocharged macam kecik aje kan tapi jangan pandang rendah dengan kemampuan Volkswagen. Dulu aku suka gila dengan honda jadi aku dah tak test drive pergi beli aje janji nampak cantik. Bila dah test drive semalam, sesungguhnya aku terasa penyesalan yang TERAMAT.

Bayangkan kereta kecik aje, bila naik bukit smooth gila tak macam HONDA aku yang cc dia 1.8. Haremmmm! Stereng pun ringan nak pecut memang best gila laju dengan break yang super cool pick up! Woaaaahhhh dasyatnya aku promote? Well, aku tak promote tapi aku kongsi keseronokan dapat bawak Volkswagen Polo tsi ni. Haiyahhhhh mengeluh lagi. Muahahahaaaa.

Kereta yang aku listkan untuk test drive POLO GTI. Rupanya aku dah pernah test drive kat litar sepang sebelum ni tapi semalam naik lagi sekali baru terimbau kenangan lalu. Ecehhh. Polo Gti ni baru aje dikeluarkan tahun lepas dengan harga Rm114,593.00. Mahal sikit dari Polo biasa sebabnya lebih sporty.

Nampak lebih bergaya untuk korang yang berjiwa muda seperti aku. Wuwuwuu.

Time aku lenjan Polo Gti ni, memang terbaik cuma bezanya dengan Polo biasa sebab stereng Gti lebih berat kiranya kalau korang bawak habis meter pun tak perlu risau takut tak dapat handle. Lebih kurang aje dengan stereng kereta sport aku Nisaan Skyline berat semacam tapi bila pecut wallawehh terbaik! Habis meter pun boleh tak perasan. Cumanya kereta yang ni lagi murah dan aku rasa boleh list dalam kategori mampu dibeli. Dulu aku tergilakan Swift sport tapi dapat test drive Polo Gti, aku rasa cinta berubah lagi? Boleh?

Sebelah aku, staff nuffnang bernama Anne Cheah. Eh ehh nama sama laaa kakak. Tapi aku teruja tengok rambut dia cun seyhhhhh! Mungkin resolusi tahun baru kan Anne nampak lagi gojes dengan gaya rambut yang lebih muda. Aku hampir tak kenal dia masa pandang nak pergi dekat Farah. Boleh? Kat tangan aku tu, kitaorang dapat T shirt free dari Volkswagen. Macihhhhhhh.

Thara pun ada sekali semalam dan sempat jumpa dengan Cik Lily tapi dia dah nak balik sebab turn dia dah nak habis. Semua kereta dia dapat bawak so aku rasa tengok ekspresi muka pun boleh tau, mesti dia terujaa banget.

Well, macam bangga kan. Ecehhhh! Tuu dia Volkswagen Scirocco yang aku duk idamkan dari dulu. Tapi bukan untuk test drive sebab bos punya. Time aku bawak Passat, aku tak tahu pulak yang bersama aku tu owner Scirocco. Bila nak sampai kat parking kereta, nampak aje Scirocco boleh aku cakap ”siapa punya laa wehh kereta tu, cun gila.  Gilaa ahhh siapa bawak” pastu orang belakang aku  slow aje cakap ”kereta tu saya punya” oppsss terus aku terdiam mati kutu. Nasib tak mengumpat lebihkan. Muahahahaaaaa.

P/s: Lesson for today: Sebelum beli kereta, pergilah test drive dulu tengok spec yang korang nak tu sesuai tak dengan kereta yang korang nak beli? Maksud aku, kalau beli kereta cantik tapi bawaknya slow dan berat huiii menyesal nanti. Terima kasih nuffnang sebab sudi invite aku untuk bawak kereta Volkswagen. Sungguhlaa aku terharu. Lain kali, jemputlah aku lagi ye! Wuwuwuuu.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });