0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

nmd

Pernah korang terfikir ingin memiliki pejabat sendiri tetapi dengan harga yang menjimatkan tapi belum ada jawapannya? Sekarang ni, aku rasa ramai golongan muda yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi kebanyakan hanya menjadikan rumah sebagai tempat perniagaan. Kali ni aku nak share dengan korang pejabat bergerak yang korang boleh walaupun hanya sejam. Haa mana nak cari tapi semua tu tak mustahil dengan The Nomad Offices @ Mont Kiara.

The Nomad Offices akan memberikan kemudahan dengan bayaran yang sangat berbaloi dan membantu mengukuhkan jenama syarikat korang tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Kadang-kadang starbuck, Mcdonalds tak selalunya ada tempat kosong dan selesa untuk meeting terutama bagi mereka yang perlukan lebih ‘privasi’.

Dengan Nomad Office, semuanya dilengkapi seperti memiliki pejabat sendiri selain lokasi yang strategik untuk mereka yang bergelar usahawan muda dan part time bisnes yang ingin memberikan imej yang professional kepada pelanggan korang. Jimat duit, jimat masa plus memudahkan urusan kerja selain lebih ‘privasi’ kerana Nomad menyediakan bilik mesyuarat yang korang boleh sewa dari satu jam hanya pada harga Rm50. Kalau korang belum tahu, Nomad Offices ni ada 5 tempat iaitu Pavilion, Menara Hap Seng, Menara Prestige, The Gardens di Mid Valley dan jugak Mont Kiara.

Lokasi The Nomad Offices @ Mon’t Kiara adalah di Soho Kompleks bersebelahan dengan Cold Storage dan dikelilingi bank, restoran dan jugak cafe untuk korang lepak. The Nomad Offices ini sesuai bagi mereka yang memulakan bisnes baru tapi tak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja yang besar selain sesuai untuk mereka yang memerlukan tempat untuk perbincangan/mesyuarat dan jugak mereka yang memerlukan tempat yang kecik tanpa sebarang gangguan.

Nomad Office dilengkapi dengan office suites, shared office space, hot desks, virtual office, meeting rooms dan bilik video conference dengan rekabentuk moden dan sebanyak 34 bilik pejabat @Mont Kiara disediakan bagi mereka yang berminat. The Nomad Offices menyediakan penyambut tetamu dan call-answering services untuk menjawab pertanyaan tapi bagusnya dilengkapi jugak dengan call-forwarding service yang mana kalau korang takde, setiap panggilan tu akan dijawab ye. Ohsemkan?

Seperti real pejabat sendiri, haaa ada coffe table yang boleh boost energy korang bila penat. Tak perlu penat nak turun ke cafe kat bawah untuk order air cuma korang kena angkat kaki pergi ker pantry. Kat sebelah pantry ini tempat untuk beristirehat sambil layan movie disediakan sekali surat khabar. Semua lengkapkan. haha.

Modern technology

Hot Desk

5 person in a room

2 person in a room with beautiful view. Haa kalau korang nak bilik yang lebih rileks dan pemandangan yang cantik, elok pilih bilik macam ni.

Semuanya dilengkapi dengan telefon, wifi, laci dan ruang yang lebih selesa

DSC09941

Setiap bilik dan meja dilengkapi dengan telefon

Cable Wifi untuk beronline setiap masa

Mesin fotostat dan printer jugak disediakan untuk memudahkan urusan kerja.

Kat Nomad @Mont Kiara dilengkapi dengan dua bilik mesyuarat. Boleh booking dengan harga Rm50/jam. Bilik meeting ini siap ada video visual plus internet connection yang kebaboom laju. Takde nak runsing pasal bil internet dah. Semua lengkap woo! Dari bilik kecik sehingga bilik besar korang boleh pilih berdasarkan kemampuan yang ada.

Bilik mesyuarat ini disediakan sekali dengan coffea, air mineral, alat tulis, dan catering upon request. Ikut pendapat aku, The Nomad Office ini memang ideal dan sesuai bagi korang yang ingin memilik virtual office yang mana tak perlu nak pening kalau bil air atau elektrik melambung, tak perlu susah nak cari operator yang jawab telefon plus hah tak payah susah nak cari tukang sapu bilik pejabat sebab semuanya dah ada all in one plus korang boleh pilih short term and long term contract yang sangat flexible.

 

Kalau berminat, korang boleh hubungi 03 2775 2822 ataupun layari  The Nomad Offices@Mont Kiara www.thenomadoffices.com.

The Nomad Offices @ Mon’t Kiara is located at:
L-7-1, No. 2, Jalan Solaris,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });