0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

sky1

Baru – baru ini aku ada share dengan korang tentang chikapowwow tapi kali ni aku nak share macam mana aku mampu menang dengan harga serendah Rm0.65 jek. Mesti ramai yang nak tahu macam mana aku boleh menang tanpa menggunakan duit yang banyak. Rm0.65 jek dari harga sebenar Rm1289.oo.

Sony Blu Ray Home Theatre System BDVE290

capture-20130724-132910

Memula korang tengok pada arahan ‘‘Macam Mana Nak Main” yang menerangkan 4 cara yang perlu korang buat untuk bermain dan menang. 1. Pilih produk. 2. Beli chika untuk korang pow nanti. 3. Mulakan pow dan ke 4 korang akan menang sekiranya nama tertera pada hadiah yang korang POW tu.

tutorial

Masa baru main ni, korang jangan bajet macam pro player lak ye! Tengok dulu video tutorial dalam mainpage Chikapowwow tu yang akan terangkan cara nak main benda alah ni. Biasanya mesti kemalasan tapi kalau malas hasil pun takdak la kan? =p

chika

Benda paling penting dalam Chikapowwow ni adalah beli Chika. Kalau tak beli, macam mana korang nak main? Baidewey, tak perlu beli banyak sekaligus pun takpe tapi pastikan Chika yang korang beli tu cukup untuk korang POW nanti. Kenapa aku bagitau awal-awal? Biasanya bila kita aim barang, kadang-kadang ada hari yang ramai berebut dan kadang-kadang terguna untuk barang lain pon ada jadi untuk kerja mudah, korang beli dulu secukupnya.

Nasihat 1,

Bila aim sesuatu barang untuk menang, pastikan JANGAN bercampur dengan barang lain dalam masa yang sama kerana korang cuma akan membazirkan chika. Simpan chika korang untuk barang yang korang betul-betul rasa boleh menang.

beginner 1

Aku rasa tak ramai yang perasan dalam website Chikapowwow ni ada dua level yang korang kena tahu. 1. Beginner. Untuk level beginner, korang kena tahu Button POW bentuk ayam comel tu.  haha. Untuk main POW ni pun, korang jangan main POW sesuka hati sebabnya token korang akan bergerak maknanya duit yang korang beli tadi akan terguna.

Setiap 1 POW, masa akan bergerak jadi 20 saat dan setiap POW biasanya mempunyai jumlah token yang berbeza. Pastikan korang tahu berapa jumlah token yang ada sebelum POW sesuatu barang. Level beginner ni sebenarnya banyak manfaat sebab boleh rebut banyak hadiah berbanding dengan advanced user.

advance

Untuk level Advance ni korang boleh mula aim barang yang lebih besar dan biasanya advanced ni dah kira PRO player. Dah tahu guna robot pow dan biasanya boleh menang banyak hadiah.

robot

Aku main chikapowwow ni dari tahun 2012 sebenarnya tapi berhenti sekejap sebab tension tengok orang yang main Robot Pow asyik menang. Pernah try nak guna robot Pow tapi aku tak berapa faham sangat masa tu jadi aku give up sekejapsehingga ada sorang kawan yang ajar cara nak main guna robot pow. haha!

Kebaikan Robot Pow ni;

Robot akan tolong pow kan barang yang korang nak ikut jumlah token yang korang letak

Biasanya dorang yang main Manual Pow bila tengok player yang guna Robot Pow ni akan terasa tergugat kerana robot Pow biasanya akan Pow secara konsisten dan ada player yang mengunakan Robot Pow dalam jumlah yang besar. Jadi, bila kita guna Robot Pow walaupun dalam jumlah yang sikit akan berpeluang menang lebih dari dorang yang guna Manual Pow.

Andai korang tengah main dan perlu meninggalkan barang yang tengah nak POW EMERGENCY, haa Robot Pow ni sangat membantu. Kalau manual, waktu tido pun korang kena korbankan punya nak tunggu masa untuk menangkan tapi semua tu Robot Pow akan buat kerja untuk korang tanpa sebarang caj. haha!

Cara aku main;

harga

Untuk korang yang baru main, jangan terus aim HADIAH MAHAL. Belajar dulu menang barang murah sebabnya dari situ korang akan tahu cara nak main dengan betul. Kadang-kadang perasaan tamak tu ada haa nampak jek barang mahal terus nak POW tapi kalau boleh elakkan sebab takut korang rugi. Nak berjaya pun kena ada langkah -langkah awal kan jadi jangan cakap aku tak ajar korang ehh.

win

Benda asas aku buat masa nak POW barang Chikapowwow biasanya aku tengok dulu senarai hadiah pemenang, harga yang pemenang dapat dan paling penting tengok MASA. Paling senang nak menang barang murah sebab ramai yang nak kejar barang besar tapi murah tu aku rasa takdelah murah sangat pon. Kalau dah Parkson Gift Card Rm300 pun boleh menang dengan Rm0.15 jek, korang rasa berbaloi tak rebut barang yang kurang peminat? Dengan Rm300 tu dah boleh beli macam-macam weyh!

masa

Masa aku fokuskan barang apa yang nak di POW, biasanya aku dah set masa awal-awal. Maksudnya kat dalam website akan tulis masa untuk korang POW kan barang jadi korang tukarkan pada masa betul dan bila sampai masa tu pastikan korang dah bersedia nak Pow.

minitt

Masuk jek minit genting iaitu 20 saat untuk POW barang, pastikan mouse dah berada kat tempat Pow tu. Biasanya sebelum sampai 10 saat, akan ada player yang mula buat POW kalau barang tu menarik. Korang boleh nampak berapa ramai player yang bermain. Selalunya akan ada player yang guna manual pow dan robot Pow. Biasanya orang akan slowdown main bila nampak player yang menggunakan robot pow. Apa yang aku buat, kalau terlalu ramai player, aku back off jek sebab taknak membazir chika. Tapi kalau player cuma ada 2-3 orang, aku akan mula main dengan konsisten.

pow 2

Cara yang paling aku suka adalah Robot Pow sebab permainan ni lebih kepada psikologi jek sebenarnya. Tapi korang kena jugak tengok lawan yang korang berdepan manalah tahu tiba-tiba player tu banyak gunakan chika hah mampuihhh kalau nak bertahan dalam games. Masa tu pandai-pandailah ye korang angkat kaki.

robt pow 1

Kalau sebelum ni, aku main isi jek robot pow tapi lepas belajar baru faham cara nak guna robot pow. Memula nak guna tu, aku akan isi Rm0.05 untuk Lower Pow Limit tengok pada harga barang yang orang dah pow. Contoh, barang tu orang dah lama pow tapi masih belum ada yang menang sebab masih berebut jadi korang boleh letak jumlah harga terakhir yang korang nampak pada barang Pow tersebut.

Upper Pow Limit ni kiranya berapa banyak jumlah yang korang nak letak tapi takde efek sangat sebab yang penting bilangan POW yang korang nak letak nanti. Macam aku letak jek 999 sebab token akan bergerak mengikut bilangan POW yang telah disetkan nanti.

Number of Pows ini kiranya bilangan POW yang robot akan tolong Powkan untuk korang nanti. Memula main games tu biasanya aku akan isi 2 POW jek sebab tak tahu berapa ramai player yang main jadi untuk playsafe, aku main jek sikit dulu. Lagi satu, bila kita pow guna robot ni maknanya kita dah bagi player lain nampak kita macam serius nak menang. Psikologi tu penting untuk menang. haha!

Tapi bila guna Robot Pow ni, korang kena hati -hati jugak sebab kalau tak pandai main boleh rugi dengan teruk jadi pastikan korang baca cara yang aku bagi tu dengan betul dan jangan skip ehh. Lol

manual

Pow History ni korang akan nampak bila player dah mula Pow. Kalau malas guna robot biasanya aku guna Manual yang mana korang klik jek butang POW dengan mouse.

Petua Pow;

Selalunya sebelum main, aku akan buat permerhatian dulu kat barang yang player dah menang sebab biasanya ada masa tertentu untuk menang dengan murah walaupun barang tu mahal. Korang kena survey dulu baru main hah jangan redah jek.

Biasanya untuk menang barang dengan paling mudah adalah kena berani. Jangan kedekut nak keluarkan token untuk menang barang mahal maksudnya kalau korang betul-betul nak beli TV contohnya tapi harapkan pada 50 chika kompemlah payah nak menang. Korang keluarkan 50% daripada harga TV pun aku rasa dah cukup berbaloi sebab murah. Ikutkan sebelum ni, pernah jek aku tak menang sebab skill tak cukup masa tu tapi apa yang aku belajar dari kawan aku yang teror ni, dia cakap kena berani keluarkan duit.

Untuk Chikapowwow ni, salah satu kaedah nak menang bila korang sanggup berhabis sikit untuk sesuatu barang. Biasanya player lain nampak korang punya keberanian dan bila mula fokus pada barang lain, dorang takkan berani nak POW dah sebab dorang akan fikir korang akan POW dengan banyak. Jadi peluang lagi mudah meyh! Haaa kemain banyak gila tips aku kasi tanpa simpan sikit pun untuk diri sendiri. Rezeki masing-masing kan? Dah menang tu, jangan lupa lak komen kat entri aku nanti ye!

Join ChikaPOWwow kat sini

P/s: Mood hapi tunggu Home Theatre sampai dari Chikapowwow!! yaaaaaaaahuuu boleh beraya sakan!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });