0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Salam.

Baru ini aku ada mention aktiviti minggu lepas berseronok di hotel Awana, Genting Highland. Dah nama aktiviti kompemlah aku akan melibatkan diri dengan sukan dan permainan lasak. Dah lama gila tak aktifkan diri risau jugak takut badan aku cramp tapi teruja punya pasal, redah aje. Kali ini, genting tawarkan treasure hunt dan beberapa aktiviti lasak yang mana aku tak pernah tahu pun kewujudan semua tempat untuk beriadah nih. Aku cuma tahu ada taman tema jek. Kahkahkah!

Sebut genting perghh terbayang taman tema megah indah nun di atas sana tapi siapa yang tahu rupanya ada tempat outdoor yang superb kat bawah genting. Aku sorang jek yang tak tahu atau korang semua memang tak tahu jugak?

Well, di pagi hari kitaorang dah get ready untuk berkumpul dan dibahagikan kepada 3 group yang mana aku masuk group pertama. Group aku ada 6 orang kesemuanya dan dengan kelakarnya aku jadi team leader. Okeh, sangat lawak sebab aku bukanlah pandai nak bagi idea ke hape. Sebat saja laah labu! Kahkahkah!

Kali ni kitaorang bermula dengan treasure hunt lari sana sini dengan petunjuk yang diberikan. Games pertama yang dapat memang best main Scrabble dengan teka silangkata. Bila dia sebut Scrabble aku dahhh arghhhh tak pandai meyhhh terus passing kat Nisa Kay dan Daniel. Hebatkan team leader korang.

Dah kata main treasure hunt so kitaorang diberi quest untuk disempurnakan. Nak kata susah takdelah sangat tapi payah jek.  Berpuluh jugaklah dibuatnya. Kahkahkah!

Muka-muka kepenatan berlari bagai semata – mata nak dapatkan bola golf. Bukan setakat berlari tapi dapat jugak merasa main squash feeling – feeling ala Nicol Ann David wooahhh. Time kena pilih games, aku mengelak dulu dari ambil memanah sebabnya lengan aku nih bukan lurus kompem susah nak mengena kat board tuh. Nak pilih yang panjat dinding lagik la aku tak sanggup. Wuwuwuuu.

Task yang dapat aku rasa semuanya payah benor. Masa cari envelope kat tasek beria tau aku mengintai kat celah pokok rupanya dia taruk kat atas dahan pokok kayu. Entah berapa kali pusing pun aku tak hengat sampai dah tercungap -cungap kepenatan. Tapi dalam banyak aktiviti lasak paling aku suka sekali main abseiling. Waaaaaa teruja sangat!

Abseiling nih last aku main times aku form 5 fuhh bapak lama gila tak melasakkan badan sendiri. Bila dapat main perghh perghhh steady tak takut gayat. Siap boleh request nak yang advance sikit sekali bila buat yang mencabar sikit, baru kecut perut. Berlagak sangatkan. Kahkahkah!

Aktiviti paling last hari tu main abseiling. Time nak main tu terfikir jugak larat ker aku nak teruskan lagi? Badan dah exhausted sangat berlari sana sini sampai tak hengat tapi bila tengok group aku punya semangat macam eksited semacam terus penat tu hilang entah ke mana.

 

 

P/s: Bila main outdoor aktiviti macam nih rasa macam pelik pulak dah balik rumah duduk diam jek. Dua hari kat rumah nasib baik badan aku tak mengalami sengal – sengal badan. Terima kasih tak terhingga buat nuffnang dan genting sebab bagi aku pengalaman berharga ni. Next time boleh bawak kengkawan datang sini.

Credit gambar : Ciklily dan Nisa Kay

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });