0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahhh entri dah dua minggu aku simpan dalam draft tapi tak sempat nak publish punyalah kesuntukan masa sekarang ni. Baidewey, bulan lepas aku dapat trip percuma ke Pulau Langkawi under Tourism Malaysia dan jugak Santai Travel. Dengan berbesar hatinya, terima kasih sponsor yang sudi invite aku kali nih. First time buat cuti-cuti Malaysia. Trip nih sebenarnya untuk Media Kembara Fotografi cuma aku dengan YY jek blogger yang sesat. Kahkahkah!

Credit to Yana Yassin

Trip yang kitaorang pergi berbeza dari cuti biasa sebabnya banyak pit stop yang kena berhenti. Kebetulan awal pagi tu aku tak sempat nak tidur pun jadinya dalam bas, membuta dari Kuala Lumpur ke Pekan Kampar. Hebatkan? Masa sampai kat Medan Selera Kampar, tour guide ada bagitahu kat sini makanan dia murah kiranya kalau bagi Rm10 mesti ada balance semula.

Sampai kat pekan Kampar dengan perut lapar, aku serbu gerai kat dalam tu. Woaaahhh first time meyh aku dengar nama Laksa Sanggul. Unikkan nama dia? Boleh pulak aku imagine laksa ni ada sanggul padahal nama jek pun. Kahkahkah!

Apa yang uniknya kat Pekan Kampar sebabnya ada Uncle yang goreng Char Kuew Tiaw sambil duduk. Mampu?

Dah kenyang perut, next station pulak ke Gopeng, Perak untuk melawat Ladang Gaharu. Sebelum ni aku cuma dengar nama Gaharu jek tak pernah tengok depan mata macam mana rupa pokok Gaharu. Sampai jek, terus kitaorang pergi ke ladang Gaharu.

Gaharu Farm

Apa yang best, kat sini ada sebatang pokok Gaharu yang besar gila katanya kalau peluk boleh bawak tuah. Dengan berpanas terik, semua pergi serbu pokok Gaharu tu termasuk aku. Wuwuwuu.

Nampak? Haaa bukan setakat peluk sekali kitaorang kasi kiss tau. Ciuman paling mahal semestinya dari Dj Lin, Suria Fm. Pemenang pelukan pokok paling cantik jatuh kepada Catherine. Haaa nasib dia tak panjat jek tau.

Pokok Gaharu ni banyak fungsi dia sebenarnya. Selain melawat Gaharu Farm, ada jugak briefing tentang kegunaan pokok ni antaranya boleh menguruskan badan.

Pergi trip ni baru aku tahu rupanya banyak kegunaan pokok gaharu. Bukan setakat boleh buat produk kuruskan badan tapi siap ada maggi, sabun, minyak wangi, biskut dan tu haa nougat. Kalau tak datang sini, mesti aku tak tahu semua ni. Biskut gaharu tu rasa dia sedap jugak kira rangup dan tak rasa gaharu pun. Kalau dia tak letak nama Gaharu, aku rasa korang pun tak tahu biskut tu dihasilkan dari produk Gaharu.

Paling aku tak percaya aiskrim Gaharu pon ado! Tapi aku tak makan sebabnya on diet. Ais krim antara first things yang aku avoid tambah pulak berat sedang naik. Wakakakaa.

Harga dia lebih mahal dari aiskrim Sundae kat McD sebab tak menggemukkan tapi menguruskan badan. Haruslah lebih mahal ye dak!

Dari Gopeng, kitaorang singgah untuk lunch dan terus ke Jeti Kuala Perlis. Boleh tahan ramai orang time aku sampai mungkin sebab orang balik kerja ke hape? Aku pun tak tahu. Mungkin orang bercuti kot sebab weekend pulak. Dua jam lebih menunggu sampai jugak Feri yang ditunggu-tunggu. Next station nanti aku sambung untuk hari kedua ye!

P/s: Kalau nak bercuti, aku rasa berhenti macam nih lagi menyeronokkan takde rasa penat seharian duduk dalam bas.

Credit gambar : YY dan Tebu Photography

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });