0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tuah di Nandos We Grill Champions l Macho Kai

Salam..

Semalam bertempat di Shopping Mall terbaru kat Kelana Jaya iaitu Paradigm Mall yang sehingga hari ni aku tak boleh nak pronounce dengan betul berlangsungnya Kempen “’We Grill Champions’ bersama Harry Kok, Barci dan jugak Macho Kai yang mana kalau korang belum tahu, restoran kat Nandos kat PARADIGM ni merupakan cawangan yang ke 45 baru di bukak ye. Tepuk kuat-kuat untuk Nandos. Yeayyy!

Kempen “’We Grill Champions’  adalah antara objektif Nandos untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan di mana kempen ni mencabar Nandos untuk menjadi yang terhebat dalam menyediakan rasa Peri – Peri Flame Grilled Chicken yang palinggg sedapppp selain memberi peluang dan pengalaman buat pelanggan Nandos melihat sendiri cara kerja di NANDOS. Kiranya pelanggan bolehla mendekatkan diri dalam keluarga Nandos.

Antara blogger yang hadir: Bro, Ella,Jen, Yana, Siezuka dan aku. Ehhhh mana pergi Ruby? Heeeee.

Lepas register, aku terus dapat group Macho Kai. Mungkin sebab aku pakai baju merahkan memang kena sangat dengan group merah sekali dengan Ruby dan Kak Kujie. Masa nampak Kak Kujie tu aku dah macam fuhh lega meyhhh! Ada jugak orang yang aku kenal dalam group merah.

Akviti yang Nandos janjikan memang terbaik! Games pertama adalah Peri-Penalty alaaa macam futsal tu. Tapikan kaki aku nih kaki bangku memang tak dapat la golnyaaa tambah pulak Barci taknak bagi menang. Penat tau aku sepak bola berkaki ayam sampai hati Barci taknak kompromi dengan aku. Team Harry Kok menang untuk pusingan pertama nih. Sob! Sob!

Games kedua pulak Peri Minton kiranya korang kena main badminton kasik shuttlecock tu masuk dalam beberapa bakul yang diikat dengan markah tertentu. Kali ni aku surrender sebab tadi dah kalah so kali kedua kasik orang lain pulak. Kemenangan berpihak pada kedua team sebabnya markah sama. Heeeee.

Games ketiga pulak mencabar fizikal sikit sebabnya kena makan ayam tanpa memegang ayam yang diikat dan perlu dimakan sebanyak mungkin. Team kitaorang menang untuk pusingan nihh. Nampak? Macam sodap jek dia makan grilled chicken tu.

Games yang last ni memang parah aku nak bercerita. Mulanya kena minum air Coke dalam tin tu secepat mungkin dan hadiahnya adalah kamera DSLR. Perghh teruja kot terus aku balun secepat mungkin dan jadi Top 6 untuk games terakhir ni. Sebelum dapat bawak balik kamera tu ada saringan woooo.

Tu haaaaa kena buat Chicken Dance. Aku ingatkan kena lari setempat ker atau mungkin main baling botol tin tu ker tapi rupanya kena menari. Dalam hati Mak Aihhhhhhhh sumpah kengkawan aku gelak besar. Seumur hidup aku mana pernah nak menari depan orang setakat dalam hati bolehlah. Demi support games ni, aku bantai jeklaaa labu. Kahkahkah!

Hahahhaahhahaha berkali – kali aku gelakkan diri sendiri sebab berani menari tanpa sedar diri. Wallaweh belum lagi gelak masa tengok video dorang rakam time buat chicken dance. Mana nak letak muka pun aku tak tahu laaaaa. Nyorok bawah bantal jekla jawabnya. Wuwuwuu.

Walaupun tak menang tapi dapat hadiah best jugak iaitu Jam tangan Adidas woaaahhhh. Berbaloi jugak rupanya untuk games last nih  kiranya tak sia – sia hilangkan rasa malu menari depan orang ramai. Baidewey bukan malu dengan orang ramai tapi dengan kengkawan blogger mahu dorang ingat sampai bila – bila. Kahkahkah!

Thank Nandos untuk hadiah yang superb nihhh. Bukan setakat jam tangan jek aku dapat malah ada vaucer Nandos berharga Rm50.

Inilah rupa jam tangan Adidas yang aku dapat semalam. Warna putih pulak memang cantik sesangat.

Go Go Macho Kai! Terima kasih jugak buat Ruby yang sudi invite aku untuk hadirkan diri kat event yang best semalam. Tak sempat nak cakap masa kat event eksited sangat bila tengok ada makanan free. Kalau korang nak tahu event, aktiviti dan apa yang best di Nandos bolehlaaa follow Facebook Nandos Malaysia.

P/s: Vaucer Nandos belum ditebus lagi haaaaaa boleh makan ayam free. Yeayyyy! Thank u Nandos.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });