0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Kali ni aku nak share pengalaman aku pergi konsert Twin Tower Live 2012 kat KLCC. Sebenarnya aku dapat invitation last minute dari rakan media tapi apa pun mekasih bebanyak kat dorang. Tak sangka pulak konsert kali nih ada Nicole Scherzinger dan artis K-POP SNSD. Macam biasa, aku bukanlah jenis tahu sangat pasal artis luar tapi sebut SNSD aku macam pernah la dengar tapi tengok kawan aku eksited kemain, aku buat – buat macam layan padahal dia memang tahu aku kureng dengan K-POP. 

Bukan apa, bila ramai sangat yang minat K-Pop mesti aku jadi slow down sama macam kes minat Mawi dulu. Ehh ada kena mengena ker? Kahkahkah! Well, dari petang kitaorang dah sampai kat klcc terus register dan masuk kat dalam. Peminat K-Pop toksah cakaplah dari awal lagi dah memenuhi area KLCC nasiblah aku dapat masuk jugak.

Host untuk Konsert malam tu tak lain tak bukan Jojo Struys yang cantik dan jugak Dj Prem. Mulanya aku eksited jugak bila dorang mainkan muzik rancak tapi lama sangat sampai aku bosan. Tunggu punya tunggu lewat sejam lebih jugak semata – mata nak tengok Girl Generation punya pasal.

Keluar jek group SNSD, woaahhh peminat K-Pop macam meroyan menjerit bagai siap melompat – lompat. Time dorang keluar, fuhhh gila ahh macam anak patung pon ada. Dengan baju tema dorang warna putih fuhhh tak berkelip mata aku. Belum lagik menyanyi aku dah tergamam!

Malam tu dorang menyanyi 8 lagu non stop tapi suara dorang memang terbaik! Sama macam dengar dalam cd cuma bila nak berkomunikasi dengan penonton, dorang tak berapa pandai sangat nak speaking. Sudahnya, aku ternganga. Kahkahkah!

Lepas persembahan dorang, ramai yang terus balik tapi aku stay dulu sebab nak tengok Nicole Scherzinger punya pasal. Dua jam menunggu kemunculan Nicole, aku layankan dulu persembahan dari Reshmonu. Lama jugak menunggu sambil berdiri dan mengeluh entah kali keberapa. Tak pernah aku pergi konsert yang buat peminat tunggu lama gila macam nih tapi nasibla time tuh aku dapat masuk kat depan stage. Fuhh sejuk jugak hati aku.

At last, muncul jugak Nicole dengan dancer dia on stage! Wooaaahhhhh terus aku teruja, penat menunggu tadi entah hilang ke mana bila tengok persembahan dia.

Haruslah tak mengecewakan bila Nicole perform sebabnya vokal dia perghhhhhh boleh buat aku terduduk lama. Memang terbaik!

Sepanjang menyanyi tuh, aku tengok peminat dia semua menikmati lagu – lagu sambil menari sama. Non stop menyanyi dengan menari  dengan lagu dari Pussycatdolls. Sejam lebih siap dia perform boleh dia tambah lagi lagu untuk peminat sebab tunggu lama.

Bukan senang nak dapat peluang tengok artis yang ada nama besar datang sini hui dapat tengok dari jarak dekat. Sejam tu aku rasa macam 10 minit jek? Sekejap jek rasa masa berlalu.

Dalam kesemua lagu yang dia nyanyi, aku suka lagu Hold Your Breathe. Kalaulah dapat rakam time tuh kan best tapi mana boleh nanti kena saman free jek. Kahkahkah!

 

 

 

P/s: Baidewey, terima kasih kat Petronas sebab bawak SNSD dan Nicole Scherzinger datang Malaysia. Lain kali bawakla lagi kumpulan T-Ara ker takpun Katy Perry huii lagi best dan meriah! Pandai pulak aku nak memilihkan? Muahahaaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });