0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Yana Super Friend (YSF) di ABPBH 2012

Salam..

Akhirnya dapat jugak aku hapdet blog dengan tenang. Kali nih nak kongsi pengalaman pergi ABPBH 2012 kat Arena of Star, Genting Highland dan first of all mekasih tak terkira buat Yana Super Friend (ysf) yang sudi jemput aku untuk merasai malam gilang gemilang atas bukit nun jauh di Genting. Fuhhh sampai jugak akhirnya kan. Time jejak karpet merah, masing – masing ”ohhh macam nih rupanya feeling berjalan atas karpet merah”. Jakunnya aku. Kahkahkah!

Buat kali pertama aku jejakkan kaki untuk support artis kesayangan Yana Samsudin yang bertanding untuk Pelakon Filem Wanita Popular. Woaahhh terharu dapat pergi sana dengan Yana Super Friend. Semua caring macam dah lama kenal padahal muka aku blur jek nak ingat sorang-sorang tapi lepas main bowling semalam, rasanya dah boleh ingat dah. Oke kantoi tak ingat nama. Wuwuwuu..

Time nak pergi ABPBH baru nih, aku main sebat jek cari baju dengan skirt kat Zara. First time makcik pakai Hi Lo skirt woaaahhhhhh! Segan meyhhh! Semua nih idea dua orang penasihat peribadi Nisa Kay dan Ziera Zain.

Konfiden level memang zerooo sebab aku mana pernah nak pakai skirt gila ke hape tapi pujuk rayu dorang memang hebat sampai boleh buat aku ikut cakap. Tahniahla ye korang! Clap dahi berkali – kali! Kahkahkah!

 

Ysf! Ysf! We’re Yana Super Friend!!

Baidewey, memandangkan kitaorang supporter Yana Samsudin jadi semua kena pakai baju kaler pink ye termasuk aku. Kalau dulu memang aku takkan sesekali pakai tapi masa berubah jiwa pun sedikit sebanyak menerima perubahan. Kahkahkah! Bukan setakat baju pink, cermin mata pun semua hampir sama.

First time jugak aku rasa dapat masuk dengan group yang kepala gila – gila semua havoc saling tolong menolong takkan ada yang tertinggal kat belakang. Sayang korang semuaa!

Buat aku terharu malam tuh sebabnya kitaorang antara orang pertama dapat berjalan atas karpet merah untuk masuk dalam dewan. Tunggu punya tunggu akhirnya keluar jugak puteri kesayangan kami. Aku rasa macam tunggu cinderella pun ada sebabnya Yana antara yang last keluar wooaaahhh sampaikan kitaorang jenguk berkali – kali  sekali dia muncul perghhhhhh baju dia cantik meyhhh. Betul – betul macam puteri malam tuhh.

Setiap kali datang support, aku memang kagum dengan Yana sebabnya mesti dia akan stay dengan ysf walaupun cuma sekejap. Ke mana saja mesti dia takkan tinggalkan ysf sesuai dengan tagline Yana Super Friends. Biasanya artis lain lepas habis event terus blah tapi dengan yana, ysf sentiasa diutamakan. Itu yang paling menyeronokkan bila kita support artis kesayangan terasa dihargai woaahhh.

Muka – muka kepenatan dan kesejukan lepas tengok ABPBH 2012. Muka aku masih teruja lagi tuhh terutama lepas tengok persembahan best ABPBH 2012.

Gambar nih Yana bersama dengan keluarga tersayang haaa semua buat love. Sweetnyaaa.

Last but not least, gambar ysf bersama Yana Samsudin. Nampak? Nampak? Tuhh haaa yana kat hujung belah kiri depan presiden ysf. Ikutkan time nih semua kesejukan termasuk aku dah beku tambah pulak lewat malam kabus dah tebal tapi eksited bergambar sejuk entah hilang ke mana. Hebatlah korang!

Sebelum nih, aku takdelah fanatik mana dengan artis tapi lepas kenal Yana Samsudin, semua tu berubah. Bersama dia buat aku rasa kitaorang dalam satu keluarga susah senang sama – sama. Dah lama aku cari group yang aktif macam nih kira ada pape semua support satu sama lain dan alhamdulillah dengan ysf, aku rasa keseronokan tuh tak boleh nak ungkap dengan kata – kata. Kerana Yana, kami disatukan dan semoga Yana Samsudin terus kukuh dalam industri ini. Haruslahh Love~

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });