0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Weekend baru nih aku menjadi bidan terjun pergi ke youtube punya launching kat Malaysia. Well, nampaknya youtube dah semakin mengukuhkan lagi sayap ke negara kita. Ecehh, macam banyak jek aku tahu padahal semua baru tahu bila follow kawan aku ke sana. 

Rugi kalau tak tinggal signature. Youtube woaahh saluran terbesar untuk mereka yang nak MENCAPAP! Tak gitu? Tapi saluran yang betul bagi mereka yang berbakat. Rezeki masing – masing sama macam tuah ayam nampak kat kaki, tuah korang mungkin kat youtube? Kahkahkah!

Haaa beca pun ado! Aku nak posing dalam beca tuh sebenarnya tapi dorang tak kasi. Bergambar jekla jawabnya. Hurmm. Abaikan muka sememeh aku tuh sebabnya lately aku memang malas nak mekap. Semua pun malas. Korang layankan aje muka tak mekap aku ye.

Feeling – feeling macam versi youtube pulak. Cerr korang tengok kat sidebar sebelah kiri tuh sebenarnya jumlah viewer terbanyak kat Malaysia dan salah satunya video Timothy Tiah aka boss besar nuffnang yang propose Audrey. Sweet gila video dorang. Lebih 2 juta viewer! Thumbs up meyhh.

Dengan logo versi Malaysia, ianya lebih memberi kelebihan kepada pengguna malaysia sendiri untuk mempamerkan bakat-bakat baru untuk mencipta peluang dan pelancaran youtube ini mendapat kerjasama dari Astro dan jugak Kru Studio.

Lepas dah habis majlis pelancaran, dorang play video dari Timothy dan jugak Audrey. Banyak kali jugak dorang replay dengan lagu christina perri sampai berdiri lama pun aku tak rasa lenguh. Pelancaran youtube ni antara yang paling cepat berjalan dan tak ambik masa lama lepas abis jer launching kitaorang terus boleh balik.

Tapi aku tak balik dulu sebab melepak kat luar sesambil berposing. Muka tak mekap pun ada hati nak bergambarkan padahal bila menapak aje kat sini mulut aku tak berhenti membebel menyesal datang tak mekap. Nampak muka aku yang sedikit kusam and plain. Ahhh bantai jekla makcik janji dapat doorgift best! Kahkahkah!

 

 

 

P/s: Sebelah Nisa Kay tuh Husna kira pekerja Amanz cuma sebelah Husna tuh menumpang aje sebab datang tanpa diundang. Aku nih jenis redah jek janji ada kerja untuk aku layan. Kalau kira doorgift aku dapat rasanya boleh buat giveaway terbaru lagi. Kahkahkah!

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });