Salam..

Wahhhhh masuk tips cinta pulak. Kali ni nak berkongsi dengan korang manalah tahu rupanya yang selalu dengan korang tu laa sebenarnya jodoh yang selama ni korang mencari ye dak? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
P/s: Jodoh ni jangan dipaksa mencari sebab nanti insyaAllah pasti ada untuk kita bila sampai masanya. =p





{ 98 comments… read them below or add one }
Nice sharing!

Sally Yatiey recently posted..Salam Aidilfitri
kenapa kau buad aq macam nie sampai hati kau ka ..
ade jugak termasuk dlm ciri2 utk die kat aq..tpi, aq x sure lah
memg ter baek kn!!!???
ade jgk ciri_2 dye yg trmasuk dlm niy . insyallah ,
hahahahahhahah
<3
Terbaik =D
macam aq jer…hehehe…
trllu cpt koe. . . . . .
terbaek lha
awww..awww…

Informasi Crew recently posted..Gambar Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan
amboihhh niq. kemain.. laju jek bab jodoh. hahaa
Pen Merah recently posted..Petanda Dia adalah Jodoh Kita
huhu,
Tp aku lgsung xde jdoh..xsmua org nk trima dri kte seadanya
xsemua mcm tu…ade jgk yang masih nk terima..
kite cuma perlu jd diri kite yg SBENARNYE
btl2,,sy sokong
ciri2 di ats mmg ad dlm diri si dia.. hehehe.. insyaallah.. aminnnnnnnnnnnnn…:) yaallah kekalkanlah hubungan kami.. nurul n jamal..:)
pen merah … seindah namamu …kau ku temui hari ini di TV1 …
wawhhh..nice tips
insyaAllah.. ^_^
onie recently posted..Episod 1 ~
alhamdllah dr tganda2 tersebut insya allah n smoga dy adalah jodohku.
Amiin
alhamdllah dr tanda2 tersebut insya allah n smoga dy adalah jodohku.
Amiin
Thanks
apa je la…asal ku bahagiaa…
Bagus . Teyhah sokong .
bagus sekali ayat ini yeah
macam mana pulak klaw dia nak kita yg mla dulu?
xpelik ka? xkan prempuan yang nak mula dulu?
adakah ini cinta yg di cari dan bakal ku miliki…<3
pnah alami smua yg d ats..tp allah lbih mngetahui sgala2nya..dya bkn milik sy jgak akhirnya..tp knapa sy msih mnunggu dya lg?? <3
marya mungkin suatu hri nnti dia dtg n merayu balik.. mcm sye semua dh dialami tpi dia minx putus.. 3 bulan pastu dia minx couple balik.. banyak2 la doa ye mungkin suatu hri ade udang di sebalik mee.. tunggu n tabah jerk..
alangkah indahnya kalau dah berjumpa seseorang yang kita tau dialah bakal pasangan kita..
boni kacak recently posted..Lelaki Melayu Terakhir Beraya
bile lahh nk jmpe jdohh aku niee susahh sangat nak caryy nye. . .
cpat2 lahh dtg jdohh aku nie. . .
aku nak kawen awall oiii
sye pon ngah cri jodoh jge ni.
kena lah sabar ……..
erm,,sgt teruja baca nih..
kita cuma perlu berdoa supaya kita dpt yg baik dan soleh.. paling penting dia seorang yg patuh pada agamanya..
xsetuju lansung dgn kebanyyakan fakta di atas sbb mcm mak bapa sy xmcm tu pn tp jodoh smpai ke akhir hayat dan ramai lagi yg xserasi tp msih bersama selamanya..buktinya byk kt dunia..
haha memang ade org cm tuh
haha memang ade org yg macm tuh dalm hidup saye
insya..allahh,.
dunia-dunia….
minta skit petua kahwin cepat ada?
hmm , x pnh jadi kt aku pon , walaupon pon sekali
17 tahun aku single , x pnh bencinta lagi . nk try tapi takot ..
siapakah jodoh aku yerr . hmmmm
ada yg betul ada yg tak tapi saya suka
jodoh itu rahsia allah swt
kita manusia cume mngrangkan jer
tp.. andai pun ade yg sme dgn ape yg dlm atkel neh
itu ade lah sesuatu kebutulan
yang pasti jodoh itu di tgan tuhan Tuhan..
so jgn lah terlalu percaya sgt dgn karanagn sebegini..
kerana bila time bercinta sgalanye indah dan org ketiga seperti syaitan sntiase
mnghasut kite berbuat kburukan, renung2kanlah slamat beramal… ihihihiihihihihi maaflah kalau ade sape2 yg terase dgn ayat sye ni.. hehehehe just enjoy!!
btl2,,sy sokongbtl2,,sy sokong dgn kata2 kamu,,same gan buku yg saya bca tuu
insya..alllah,, amiin.
aminn
aq da sikit sma mcm ni …tpi entahhh…boleh caya ke x????
kepercayaan datang dari diri kita sendiri jadi sesiapa yg percya terserah tak ada salah nya sebab itu cuma anggaran bagi manusia…….adakalanya betul juga cuba kita fikir dengan teliti….pernah taK kita alami perkara yg tertilis kat atas ……
Great
I like..harap dye cm tu
Alhamdulillah….so nice….semoga dy jdoh ku yg terbaik..
lha? kq gua ga ada semuanya ya. hahahaha.. berarti bukan jodoh gua
nk cri teman
Kadang2 org yang kita syg…Tk faham perasaan kita…
Tp orang yg kita tak berapa nak syg…Insan itulah yg ambul berat hal kita…
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Cmane kalau kita dah solat istikharah then kita nampak muka ex kita sedangkan kita dah dengan orang lain. Actually mainan tidur or ape ek?
semua kat atas tu ada
arwah ckup smpurna bg ku namun ku ta dpt mghlng takdir ya Allah tbhknlah driku ini
ku nantikannjodoh di dlm mimpi ….
nice entry
assalamualaikum pen merah….menarik entry ni mekacih berkongsi info…:)
maszull recently posted..Follower Ke 2000 Entry Ke 100
nice one
hmm cam mana ni lau orang yang kita cinta to dia buat tak tau je… pas to orang yang kita tak cinta.. dia lah yang ambil berat ngan kita.
ad cket le..
jika mmang kau trlahir hnya untuk qhuw, ,
bwalah hati dan lkas kmbali. .
qhuw nikmati rindu yg dtang mmbunuh qhuw. .
untuk mu sluruh nafas ini. .
❤ Really ❤ ❤♫❤♫❤♫
alhamdulillah..10 tnda dia adalh jdoh kta…sume 2 tpat dgn hbgn kmi..smoga tkdir mnlis bhwa dia adlh bnr2 jdoh ku..di dunia dn akhrat amin..
terbaik…
tapi, betulke kalau suka dia selalu ganggu kita?
tak semestinya..ikot keadaan la..
sweet
boleh tahan la..
inssaallah…
aku ada nombor 1,2,3 je…. boleh jadi ke ni? huhuhu dahla aku sangat kat dia
i knew it when i feel so curious to know what he did, what he likes n dislikes n he made me feel so grrrr when he ignored me, left me in pain of missing him till the day of our marriage. We live happily ever after till today.
Ade sikit la ciri2 yg same . but i’m not very sure .. We just wait and see . :”)
macam mane kalau kite daa buat solat istikarah,selang berape hari kita mimpi dia..adakah tu jodoh kita?
Alhamdulillah…klau da dpt x nk lpaskan….
saya yang ke 10
meor recently posted..KISAH PENJUAL BURGER
wahhhh..bab2 jodoh ni rmai lak yg komen..hehe..btw sy yg no 7 tu xder lagi.n yang no 10 xbuat lg..huhu
nur ade syg kn seorg kaum adam nie,,,tp nur x thu dyer 2 tmsok ow x dlm ciri2 nie
Abes lh aq klau GF aq bce neii…
apa la tman hidup ku wat skrg. . .adaka dy dlam keadaan beak. . .
thank’s
klau …petua org yg kitew syg…. tpi dye x thu yg kitew suka dye mcm mne lak…
pleaze tlong bgi petua yg bgus tok memikat org yg kitew suka… :’(
smua nie ada pada pasangan aku n aku sndri..insyaallah..
hahaha.. sah,, kami bdua bce,, kau untuk ku, aku untuk mu,, kahkahkahh, yea,, kawinnnn…
Mmg ade semue ciri” tu kat die..tp takdir xmnyebelahi kami..Allah lebih syg kan nya smase perancangan prtunangan kami .
da dah terima ku seadanya..
its that true…
thank kongsi maklumat
Korunk klu psl jodoh … cinte ni no 1….. skali sruh prak … 1 ape pon xmo
salam..ade yg betul sy dgn kekasih sy..
buto..karut la smua ni..jodoh kt tgn tuhan la..klo btl pn cme kbtulan,ni la melayu,prcye bnda karut,nti kembung perut ad isi ank berakal mak bapak ko..