white

Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

by Pen Merah on May 11, 2012

in Event Nuffnang,TIps dan Petua

Salam..

301749 236185416483170 106426632792383 351022 1477180678 n Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

Kalau bab produk aku memang suka sangat review dalam blog sebab bukan setakat bagi benefit kat diri sendiri tapi jugak pada reader tersayang. Kali nih aku nak share produk yang patut korang cuba kiranya affordable dan berkesan iaitu Produk untuk mengatasi masalah kulit kering terutama yang ada masalah kegatalan dan radang pada kulit.

Korang pernah tak cuba pelbagai produk pelembap tapi kulit masih kering? Kebanyakan produk pelembap yang kita guna tu hanya melembap dan tak membaiki lapisan kulit yang rosak. Kulit kering nih mudah terkena pada sebarang jenis kulit tak kira peringkat umur jadi kali nih aku nak korang cuba Physiogel Product dari Stiefel Laboratories. Sebelum tu meh kita recap dulu masa aku pergi workshop baru ni kat Le Meridien hotel.

Optimized radang Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

Masalah kulit kering dan gatal bukan hanya tertumpu pada peringkat dewasa tapi dari baby lagi dah boleh kena bergantung kepada perskitaran. Bayangkan baby comel yang kecil mengelupur kesakitan sambil tumbuh ruam kat badan. Tak terucap dengan kata – kata.

Optimized ssss Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

Apa sebenarnya produk Physiogel ni? Physiogel ini merupakan produk yang dihasilkan menggunakan teknologi struktur membran derma (DMS) oleh Stiefel Laboratories yang berfungsi untuk menyegarkan kulit serta membantu memperbaiki kulit kering menjadi lebih lembap dan lembut.

310057 236185369816508 106426632792383 351021 161801852 n Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

Produk ini dihasilkan  untuk kegunaan muka dan badan digabungkan dengan ciri hipo-allergenik, tanpa bau dan tidak komedogenik. Antara produk Physiogel adalah Physiogel AI Cream, Physiogel Cleanser, Physiogel Lotion dan jugak Physiogel Intensive.

Physiogel dengan teknologi DMS, mengandungi bahan semula jadi dengan lipid yang sama seperti blok binaan pada kulit. Nampak pada nama produk dan keberkesanan mesti korang rasa macam mahal jek tapi korang silap. Aku bukanlah mampu nak cari produk mahal sangat jadi range harga untuk bagi kulit korang lembap dan segar sambil memperbaiki kulit rosak haaa cuma dalam Rm20-Rm80 saja. Boleh dapatkan di rangkaian farmasi seluruh negara ye!

383506 236185519816493 106426632792383 351025 452222924 n Produk Atasi Masalah Kulit Kering l Physiogel Hypoallergenic

Antara blogger yang hadir masa Physiogel Workshop.

Baidewey, agak terharu bila tengok video selingan tentang mereka yang mengidap penyakit kulit ni sampaikan kena buang dengan kawan- kawan. Belum lagi terpaksa pakai sarung tangan untuk memasak dan paling sedih bila ada sorang tu susah nak menyuap anak dia makan sebab masalah pada kulit tangan.

Kesiankan? Bersyukur dengan kurniaan yang diAnugerahkan. Masa tengah sihat ni lah kita nak menjaga kesihatan badan. ye dak?

{ 9 comments… read them below or add one }

9n0L4 May 12, 2012 at 4:37 am

good sharing. ;)
9n0L4 recently posted..Exclusive Giveaway By Cik BunnyMy Profile

Reply

asya May 12, 2012 at 9:20 am

hmmmmmm …. looks impressive !!!!
asya recently posted..Trudy & Teddy Opening Special at Pavillion KLMy Profile

Reply

eija May 12, 2012 at 1:34 pm

kat mana nk beli produk nie??

Reply

deq noor May 13, 2012 at 12:59 pm

pernah guna dan memang memuaskan.. :)
deq noor recently posted..Museum Keraton Surakarta HadiningratMy Profile

Reply

azrien August 3, 2012 at 8:24 am

kat mana nk beli produk nie??

Reply

azrien August 3, 2012 at 8:26 am

kat mana nk beli produk ni?..

Reply

rahmah December 29, 2012 at 3:50 am

terima kasih pada pen merah….coz sharing this info….sbnrnya saya skrg menghadapi maslh kulit pada jari2 saya….spt dlm gmbr di atas….dah berbulan2 dan bermcm ubat saya cuba….pergi farmasi..pergi klinik tp semua tak berkesan….diorg ckp saya alahan pada sabun pencuci pinggan……tak tahu lah brp jenis sabun pencuci dah saya tukar , tp kesannya tetap sama……sekrg ni saya tgah mencuba produk ni…..saya hrp ada kesan yg +ve…..InsyaAllah…..nti saya share kan lg dlm seminggu dua ni ok….

Reply

yana February 21, 2013 at 11:29 am

salam..ble baca ruangan n sy rs berminat nk share masalah kulit sy..sy resah ngn kulit muke sy sekarang..kulit muke sy kering sgt dan pedih ble gune pencuci..dah try tkar pencuci tp dia ok jap j..x lme pas 2 dia kering dan pedih blik..kalu pedih ckt2 x pe…n sapai kuar air mate nk tahan pedih 2..rsau la sy kalau berterusan mcm n

Reply

azma May 26, 2013 at 3:03 pm

br pi klinik..ada jual kt puchong specialist clini http://www.pmsc.com.my/110412/

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!