Salam..
Ramadhan belum masuk lagi tapi aku dah eksited nak berkongsi resepi biskut raya 2012 tapi aku akan up satu persatu untuk pembaca blog. Kali ni aku nak share dengan korang resepi kuih raya untuk untuk biskut almond london. Alaaaa biskut Almond London yang femes amos tu kompemlaa korang tau ye dak?

Bahan-Bahan yang Diperlukan;
* 1 ketul butter
* 1/2 cawan gula pasir halus@gula castor
* 1 biji kuning telur
* Tepung gandum secukupnya
* 1/4 cawan tepung jagung
* Badam biji – bakar hingga rangup
* Badan hancur – panggang sebentar
* Coklat masakan
* Lemak sayur
* Paper cup

Cara Membuat:
1. Butter dan gula dikacau sehingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan kacau
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
5. Ambil sedikit pastri kemudian salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan buat hingga habis bakar hingga kekuningan. Selepas itu biarkan sejuk.
6. Masak coklat dengan cara double boiler masukkan sesudu teh lemak sayur (shortening) setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup dan angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan badam hancur sebelum coklat menjadi beku.
7. Masukkan 2 minit ke dalam peti sejuk supaya coklat menjadi keras.
P/s: Selamat mencuba.





{ 11 comments… read them below or add one }
resipi ni untuk brape bji?
wow.. saya paling suka makan biskut almond london.. kalau raya jer memang akan ada la ni kat rumah.. belum sempat tetamu makan saya dah awal2 habiskan.. huhuuh

ni dah ada resepi dia ni, memang akan cuba kat rumah la ni..
Madam Riena recently posted..Aku dimana?
wow!!! yummy2.. sdap nie…
ni msti sdp sehingga mnjlt jari…
saya suke sgt biskut ni mula2 tgk nk 2 bji jer skali rase satu balg saya abiskn…
nk tnya tepung secukupnya?
berapa cawan ek?
1kg Tepung Gandum
250 gram Tepung Jagung
3 ketul Buttercup
2 sudu Esen Vanila
Atau
setengah kilo tepung gandum
100gm tepung jagung
1.5 ketul buttercup
1 sudu esen vanila
Ini adalah resepi sebenar
Tiada telur k coz it will make the cookies keras :p
And I suggest jgn guna minyak sayur coz it will make the coklat berketul. Bubuh butter sesudu klu nk berkilat ok kwn2.. Selamat mencuba ^_^
macam mana nak buat biskut suji tanpa telur?
azel wat biskut batu ke? tepung gandum sampai sekilo…hahaa…hrp2 xder yg amk serious k…
tq for the resepi… ada resepi lain lagi ke??? suka buat untuk family makan… tqvm
buat r resipi kuih raa yg menarik selain alm0nd l0ndon…..sye perlukn resipi yg baru utk raya nnt r….
(‘_’)