Salam.,

Minggu nih kalau korang perasan filem Aku Terima Nikahnya dahpun keluar kat panggung. Hari isnin sebelum keluar filem ni, aku sempatlah rushing balik dari Terengganu semata-mata nak menonton Filem lakonan Nora Danish dan jugak Adi Putra. Habis jek program Tourism Terengganu, pagi esoknya terus aku pecut dengan kereta punya tak sabar nak tengok filem yang ditunggu-tunggu. Rehat pon tak sempat. Hukhuk

Sinopsis Aku Terima Nikahnya;
Kisah Sepasang kekasih Johan ( AdiPutra ) dan Arlisa ( Nora Danish ) yang disatukan dengan ikatan pernikahan . So, bila dah kawin, melalui detik-detik indah hidup sebagai suami isteri. Tapi satu tragedi berlaku apabila Johan di timpa kemalangan dan disahkan menghadapiSelective Amnesia yang manaJohan hanya ingat perkara yang berlaku ketika dia berusia 31 tahun iaitu 2 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.

Johan yang tak ingat langsung dengan Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri . Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha untuk Johan mendapatkan Ingatannya kembali. Perlbagai usaha dan cara yang Arlisa lakukan tapi tidak berhasil. Pertemuan Johan dan Suriya ( Mon Ryanti ) , kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu kerana Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya sebaga isteri kepada Johan.

Sehingga, suatu hari Arlisa terserempak dengan Johan dan Suriya didalam keadaan mencurigakan. Arlisa sangat kecewa dan berputus asa. Adakah Arlisa akan mengalah ? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali ? Apa akan terjadi dengan perhubungan Johan dan Arlisa ?
Review Filem Aku Terima Nikahnya;
Kekuatan filem ni pada aku terletak pada Nora Danish dan jugak Adi Putra. Filem Aku Terima Nikahnya kali ni menampilkan gandingan yang mantap terutama dengan Azizah Mahzan dan jugak Dian P Ramlee. Masa tengok trailer lagi, aku dah eksited menunggu filem ni keluar.
Kalau korang nak tengok filem yang penuh dengan feeling bercinta dan romantik, haaa memang sesuai sebab dari permulaan sampai akhir memang penuh dengan kata – kata. Lebih kurang dengan versi novel gitu. Tapi kalau harapkan jalan cerita macam mana pengakhiran sesebuah novel ha sama jugak dengan filem cinta ni. Ending dia mesti dah boleh tahu dari awal sebab permulaan sampai ending takde apa yang lain sangat. Sama versi dengan filem cinta yang lain.
Apa pun, aku suka dengan lakonan Mon Ryanti kali ni nampak lakonan dia semakin menjadi. Nora Danish dan Adi Putra pun tak kurang hebatnya cuma maybe aku mengharapkan jalan cerita yang tak cliche sangat. Kesan di hati? Huwarghhh malam tu ada gangguan dari penonton yang buat kacau jadi tak sempat nak feeling sangat. Dengar kata hall sebelah aku tu ramai yang nangis. Apa pun, korang wajib tonton filem ni. Kenapa? Haaaaaaaaa jawapan dia ada kat panggung tuh.
P/s: Dengar kata MIG dah taknak bagi invitation lagi dah kat blogger. Katanya pihak MIG bising sebab blogger tak buat review tapi time preview ramai yang datang. Ikutkan setiap kali Preview filem, blogger takde yang bertambah pun rasanya banyak tu jugak yang munculnya. Cuma aku sendiri pun sebenarnya bukan tak buat review kadang-kadang bila banyak filem keluar setiap minggu tambah pulak on leave untuk program bersama Tourism selama 3 minggu, entri banyak tertangguh. Terpaksa aku dahulukan entri yang berbayar tapi rasa macam tak adil pulak jadi macam ni. Selama ni setiap movie kawan-kawan blogger support filem MIG takkan kena buang macam tu jer kot? Apa pun, kawan- kawan blogger redha jekla yee nak buat macam mana dorang dah taknak ada blogger lagi. Sekian.





{ 15 comments… read them below or add one }
Suka dengan pesanan akak tu.. Jujur dari hati…

Nurul recently posted..Anniversary Giveaway by Alyzafisol.com
wow,sweet nyer
hehehe ada pulak komen penaja ye kat bawah tu.. tapi serius trailer cerita ni sedih.
nisafuzi recently posted..Whatchuwant is Back with Pimp My Ride by Xpax
Cerita ni macam cerita versi melayu untuk cerita The Vow. Cuma dalam cerita ni the husband yg hilang ingatan, bukan the wife. Mungkin ending dia agak berbeza, apapun lakonan Nora Danish dan AdiPutra memang mantap ah.
Affiqah Farhana recently posted..Random blur ii
tak sempat tengok lagi filem nie…

dkna abza recently posted..Sewa Celcom Broadband
jln cerita cam best kan? ramai yg kasi komen filem ni best…. huhu
sha recently posted..Kos Lepas ialah handbag berjenama tinggi
dah xnak jemput?? hmm… xpe lh. nk buat camne kan….
deq noor recently posted..Masjid dan Makam Saad Bin Abi Waqas, Guangzhou, China
tapi biasanya normal cerita malaysia kita ni mesti happy ending punyaa.. kan?
Kaio recently posted..VLOG – Tragedi Oktober 2012
takde mase lagi nk tgok cerite ni.

next time lah.
mister potato recently posted..Kisah 12 : Ijazah Itu Buktinya.
Suka tengok gandingan Adi Putra dan Nora..
Bila baca sinopsis citer ni teringat drama
Jujur Aku Dayus
Myra Jay recently posted..Puding Jagung Anggur Merah
teringin nak tengok cite ni, tapi tak lepas2 lagi…

zety garfield recently posted..Welcome October.
diorang cakap cite nie best dan sedih…hai. kene tengok jugak ni.

zety garfield recently posted..Welcome October.
overall cite ni menarik la ye?
JoyahJ recently posted..REVIEW KOREAN DRAMA : HEARTSTRINGS
Citer ni cm copy paste citer the vow…..ape2 pon leh layan la citer nie