Review Filem Cinta Kura Kura

by Pen Merah on February 18, 2012

in REview Movie


assalamualaikum622 Review Filem Cinta Kura Kura

CKK2 Review Filem Cinta Kura Kura

Cinta Kura Kura? Mulanya aku ingatkan filem ini antara kura kura aje rupanya manusia versi binatang peliharaan yang membantu dorang berkenalan dan menjadi pasangan kekasih. Pelakon filem Cinta Kura – Kura terdiri dari Tiz Zaqyah (Nani), Aeril Zafrel (Adam), Zizan Razak (Nic0), Shy8 (Usop Wilcha) – Atok, Fara Fauzana (Mira), Bob Yusof, Fizz Fairuz (Fadzly), Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Taukeh, dan Daus Eli.

Sebelum aku bagi Review Cinta Kura Kura nih, apa kata korang baca dulu sinopsis senang sikit nak fahamkan? Ecehhh, jom baca sesama. icon razz Review Filem Cinta Kura Kura

IMG 0980 Review Filem Cinta Kura Kura

Mengisahkan tentang hidup Nani, seorang gadis berumur 21 tahun dan kura-kura peliharaannya yang unik, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis Green Crown Sea yang luar biasa, mampu untuk bercakap dengan manusia, hanya jika ia mengkehendakinya.Nani baru berpindah ke tempat baru bersama abangnya, Amir dan mula jatuh cinta dengan jirannya yang merupakan seorang pemuzik, Adam. Kurang selesa dengan apa yang berlaku kepada tuannya, Nico sedaya upaya mencuba untuk sabotaj usaha Adam untuk memikat Nani. Cinta tiga segi mula terjadi apabila Fadzly, supervisor yang bekerja di kedai haiwan peliharaan yang sering menjadi persinggahan Nani, suka kepadanya.

Namun tanpa diketahui, Fadzly sebenarnya mempunyai niat jahat untuk mencuri Nico dan menjualnya untuk dijadikan hidangan eksotik di sebuah restoran. Berjayakah Fadzly berbuat demikian? Atau Nico sempat diselamatkan oleh Nani?

IMG 1034 Review Filem Cinta Kura Kura

Kekuatan filem nih aku tak nafikan lebih kepada Zizan Raja Lawak sebab walaupun hanya dipinjamkan suara menjadi kura – kura, tapi lawak tuh menjadi. Gelak? Yes, aku memang gelak besar dengan Nico yang nakal. Bayangkan kura – kura boleh berdiri dan berjalan dengan dua kaki plus telatah yang nakal? Belum lagi dengan gelagat Nico yang curik baju dalam Nani macam aksi filem ninja turtle pun ada? Tak boleh blah part Nani terkejut bila baju dalam dia ada kat rumah Adam angkara Nico yang dengkikan hubungan Adam dan Nani. Filem animasi yang bagi aku antara hasil kerja terbaik dari Kru studio. 

IMG 1020 Review Filem Cinta Kura Kura

Korang kenal  Airel Zafrel? Alahhh mamat putih kurus tapi ensem tuhh? Haa yang tuh tapi dalam Cinta Kura Kura, dia berlakon menjadi lelaki yang lurus dan lembap dalam cinta. Lakonan Airel nih boleh dikatakan menjadi jugak cuma aku tak berapa nampak sangat keserasian sebagai pasangan nani sebab romantik tuh kurang feel. 

IMG 1037 Review Filem Cinta Kura Kura

Cinta Kura – Kura hmm tengok pada tajuk pun mesti tahu filem komedi romantik tapi bukan setakat Zizan aje tau mampu mengegarkan panggung sebab aku suka jugak dengan lakonan Mak Adam sebabnya nampak lawak tuh menjadi. Sama aje macam lawak makcik kat luar sana yang risaukan dengan anak teruna yang belum berpunya. Kahkahkah!

IMG 1015 Review Filem Cinta Kura Kura

Tiq Zaqyah? Lakonan dia aku rasa lagi best dalam filem Nur Kasih lagi sebab dalam filem nihh watak kura – kura lebih menonjol. Tapi yang jadi Kura – Kura bukan sekor malah 3 ekor lakonan Ucop Wilca dan Fara Fauzana. Haaa, animasi kartun lagi best dari manusia yang berlakon? Macam mana tuhhh? Nak tahu lebih lanjut, korang kena laa jenguk pawagam berdekatan ye!!!

Rating aku bagi untuk Filem Cinta Kura – Kura : 4/5

{ 3 comments… read them below or add one }

titan February 18, 2012 at 4:53 am

kena gak tengok kura-kura suara zizan ni..
titan recently posted..Komisen ke 8 dari TriondMy Profile

Reply

Kakiwayang March 3, 2012 at 3:53 am

aha, ok la cite ni…santai2 gitu… tp kat website GSC tules Nico neh Green Crown Sea Turtle…kalau sekali saya tengok cam Red-Eared Slider…which is dua2 adalah turtle, yang ditranslate dalam BM adalah penyu….haha

anyway, jemput baca review di kakiwayang.com juge…=)
Kakiwayang recently posted..Cinta Kura-Kura: Sweet kot Aeril-Tiz, terlupa jup filem ‘epik’ Azura.My Profile

Reply

fad March 10, 2012 at 5:47 pm

mcm mne blh pergi ? nk join jugk..hihi,mcm bestt je leg jumpe plakon2
fad recently posted.." Ombak rindu versi taubat "My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: