Salam.

Dah lama gila tak review dan kali ni aku nak Review filem Minyak Dagu lakonan utama oleh Yana Samsudin, Fizo Omar dan jugak Fezrul Khan arahan Azhari Zain. 2 hero 1 heroin wooahhh. Dah lama tak filem seram tak memenuhi panggung kan? Baidewey, 3hb baru ni filem ni dah pun keluar so mana yang belum tengok, jom semua!
Pembukaan tahun 2013 ni dimulakan dengan filem seram oleh artis kesayangan aku Yana Samsudin. Rasanya first time jugak tengok dia berlakon untuk genre seram. Filem ni mengetengahkan tentang kepercayaan lama menggunakan minyak dagu untuk mendapatkan orang yang disayangi. Err bunyi agak kejam tapi zaman dulu memang tak dinafikan memang ada.

Bermula dengan Emelda yang bertunang dengan Azman tetapi putus ditengah jalan yang dikatakan berpunca daripada Johan. Permulaan story agak menyeramkan terutama ketika scene di hospital. Kalau tengok filem seram, aku memang penakut 2 minggu sebelum nak ke Pratonton, jantung aku dah dup dap dup dap. Punya penakut. aiseyhh. Kalau yang berlakon tu lagilaaa entah macam mana. tak mampu aku nak bayangkan. kekeke.
Lakonan 3 pelakon utama ni memang tak nafikan sememangnya menjiwai watak. Dari awal jalan cerita, aku tertanya – tanya siapa yang mengamalkan minyak dagu ni sehingga ending baru tahu kiranya sekejap aku ingat Azman dan sekejap aku fikir Johan. Sound efek pun boleh tahan buat aku terkejut sampaikan ada satu babak nak tunggu hantu muncul tu aku buat – buat pandang ke lain. takut weyh!

Kalau korang mengharapkan filem hantu akan bosan bagi aku untuk filem minyak dagu memang tak bosan asyik buat aku berdebar – debar jek. Walaupun babak hantu tak banyak seperti filem seram lain tapi setiap kali nak keluar jek mesti aku dah resah terutama selepas Emelda berkahwin dengan Johan. Keadaan semakin teruk dan paling aku suka bila nak ending waktu salah sorang hero ni dah terlanggar pantang larang menggunakan minyak dagu Time ni mula lah aku sibuk nak berteka teki sorang – sorang.
Walaupun dari awal hingga pertengahan filem ni aku rasa teruja tapi ending dia rasa macam perlu lebih lagi. Maksud aku part last tu macam sekejap sangat dan seram tu dah kurang tapi tetap best! Kiranya takdelah tergantung macam filem lain. Apa pun tahniah buat pengarah filem ni yang masih seimbangkan babak islamik dan seram dalam satu masa tapi walaupun aku asyik ketakutan still masih boleh gelak dalam beberapa slot minyak dagu.
Rating : 4.3/5
Sekitar malam Pratonton Filem Minyak Dagu;

bersama yanayassin tapi mata aku pandang ke lain laaa pulak.

Malam Pratonton ni tak ramai artis yang datang jadi kitaorang camwhore sesama sendiri jekla. Ehhh kitaorang tu merujuk pada YanaSuperFriend (ysf).

Tadi sikit jek kan sekarang haaaaaaaaaaaaaaaaa cer kira berapa yang datang untuk tengok filem Minyak Dagu. Yang pastinya setiap filem Yana Samsudin semestinya mendapat sokongan penuh dari ysf termasuk aku. Heeee.
P/s: Kepada yang belum tengok Filem Minyak Dagu, jom semua kita penuhkan panggung! Takkan ruginyaa harga tiket yang korang beli nanti.





{ 14 comments… read them below or add one }
Dapat Rating 4.3/5 tu… Kena tengok filem ni… Tentu best…

Anuar recently posted..Keputusan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
yana samsudin memang terbaik la dalam citer minyak dagu ne..
FILEM MD BEZ
Ade genre sdih,gmbira,tkut ngan mengejutkan..kr m’cbar la gak..lg2 yana b’lakon kan mmg best ngan menyeramkan..
Seram seyh tengok cerita Minyak Dagu lakonan fizoomar and yana. Menjadi gila.Fezrul Khan pon pandai berlakon jadi lelaki terdesak. Hehe
syok doh teengok filem nie..gempak..rugi kalau korang x gi tengok…
TerBaekkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!
Watak fezrulkhan1 & fizoomar berjaya dihidupkn kerna sygkn Emelda…
nak tengok!!! best jugak cerita nie walaupun belum tengok. nanti kalau ada peluang nak tengok dengan keluarga saya.
filem ni seram sgt sbb filem yg based pd kepercayaan masyarakat kita so memang menarik la. Saya suka sgt tgk filem yg based pd kepercayaan masyarakat kita sbb perasaan takut tu akn jd real dan believeable. selain drpd tu Yana Samsudin mmg x boleh di sangkal lg yg bahawasanya dia adalah seorang pelakon yg versatile, mmg boleh bw mcm2 watak. dia dh buktikan bila dia dpt menjiwai watak Emelda ni.. Fizo omar sy minat jd mmg sy akn terus memuji la lakonan dia..hehe..
minyak dagu terbaik!!!
asal kite xde???x aci!!
siap ngan yana fans tu.. best!!!
sohoque recently posted..Faktor Dalam Memilih Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar
dah tengok…

maya maswany recently posted..Bergumbira sama-sama.