Review Filem X l Janda – Jandaku Gangster

by Pen Merah on June 4, 2012

in REview Movie

Salam..

Waaa masih dengan mood ketawa tak hengat dengan Filem X tadi jadi nak berkongsi la dengan korang filem aksi komedi yang sememangnya buat stok gelak besar dalam wayang arahan Ahmad Rusli Khadri. Jom layan Review Filem X l Janda – Jandaku Gangster dibintangi oleh Pierre Andre, Intan Ladyana, Diana Amir, Nuremy Ramli, Chloe Nicole, Liana Rafiai dan Siti Chubby. Sebelum tu, korang boleh cuci mata dulu malam Pratonton Filem X tadi di E Curve ye.

x janda jandaku gangster Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Sinopsis dan Trailer Filem X l Janda – Jandaku Gangster

5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira.

Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ‘isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ‘hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie.

Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar.

Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya.

Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya.

Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?

Review Filem X l Janda – Jandaku Gangster

Mulanya aku tak tahu Filem X ni sebenarnya Janda – Jandaku Gangster tapi tengok banner perghh filem best yang aku tunggu dari first nampak trailer keluar kat panggung lagi. Hero pulak Pierre Andre semestinya lakonan Pierre menjanjikan sesuatu yang menarik sebabnya dari Filem 3 Temujanji lagi lakonan beliau meninggalkan kesan mendalam kat hati. Haaa bukan senang tau nak kasi penonton teringat lakonan dorang melainkan betul – betul menghayati watak.

550554 248050871963291 106426632792383 375620 1414916081 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Watak yang paling meninggalkan kesan paling best adalah watak Siti Chubby dan Diana Amir. Dari awal jalan cerita dah memang buat penonton gelak. Aku rasa lakonan Diana Amir semakin lama semakin natural dan dalam filem ni boleh nampak kecomelan beliau yang ala – ala tomboy.

543621 248049898630055 106426632792383 375608 214553744 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Dari permulaan dorang kahwin garapan pengarah memang menjadi. Paling aku suka bila dorang bangun tido gosok gigi sama – sama , main bola pluss paling tak boleh blah siap mengorat awek untuk suami tapi tak lama diceraikan. Perghhh memang idea yang segar dari pengarah. Watak Diana Amir nampak cool gila time dia bawak Motorcross tak berkelip mata aku sambil berangan kalaulaa boleh bawak kan. Hukhuk.

197641 248050741963304 106426632792383 375618 1802716605 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Siti Chubby? Haaa aku minat dia masa dari Filem Hantu Dalam Botol Kicap lagi dah. Lawak yang dia bawak memang menjadi kira kalau dia berlakon mesti aku tak sabar nak tengok. Menjadi isteri kedua yang lurus bendul siap boleh drive Van Jenazah perghh memang tak terfikir oleh aku. Kalau terfikir mestilah aku dah boleh jadi pengarah dah. Kahkahkah!

Disatukan memandangkan Hafiz nak isteri yang mendengar cakap suami dan tagline dia ”ye bang” memang melekat dalam kepala sampai hari ni. Siap bawak lembu dengan kambing masuk rumah bila suami nak daging segar. Perghhh betul – betul mithali kan.

282924 248050825296629 106426632792383 375619 504238004 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Part masa dorang kenal sampai kahwin, aku memang tergelak besar sampai tak tengok dah kiri kanan. Lenguh pipi bila watak dorang berdua keluar. Pernah korang bayangkan punya lah isteri mithali time bersanding bila suami cuma cakap ”nak air teh tarih kot” aku tak dengar sangat dialog dorang masa tu sebab penonton dah ketawa besar siap boleh dia turun dari pelamin buat air untuk suami. Perghhhh kagum meyh!

380236 248050678629977 106426632792383 375617 883607065 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Lakonan Intan Ladyana pun tak mengecewakan cumascene dia tak banyak sangat dalam filem ni. Boleh dikatakan 60% jalan cerita tak banyak cliche cuma time setiap X Wife berkumpul, plot cerita sorang demi sorang agak membosankan. Dari isteri pertama sehingga ke 5, bila dah tahu jalan cerita aku dah stop berhenti gelak. Ecehh nak gelak aje kan.

Dari isteri pertama dan kedua tu kira kemuncak gelak besar tapi bila masuk ketiga dah slow sikit. Aksi drift pun agak lama kira mula – mula gelak lepas tu macam terbantut sebab isteri ketiga dan isteri ke 4 punya situasi berkenalan sama kat drift. Jalan cerita tak dikembangkan sangat dan a bit bosan. Lebih best kalau isteri ke 4 berkenalan kat pasaraya ker sebabnya idea isteri ke 4 ada banyak anak tu pun unik jugak.

318073 248049788630066 106426632792383 375607 468030534 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Setiap x wife mempunyai karektor berbeza dan kalau korang cuma pandang pada Janda – Jandaku gangster mesti korang tak terfikir pun rupanya setiap perempuan memang ada ciri – ciri yang pengarah terapkan. Walaupun ada kekurangan tapi aku rasa takde ketara sangat sebab masing – masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Kekuatan paling best semestinya van jenazah tu. Lawak dia memang terbaik dari ladang. Setiap kali keluar van tu mesti aku dah tahu kompen akan gelak kaw – kaw punya. Takkan semua nak story dalam entri ye dak? Korang kena lah penuhkan panggung memang berbaloi – baloi. Output yang aku dapat dari filem ni, setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing – masing. Jangan hanya menyalahkan sebelah pihak tanpa memikirkan kesilapan sendiri.

179297 248069845294727 584753842 n Review Filem X l Janda   Jandaku Gangster

Percaya pada What goes Around comes around? Haaa dalam filem ni memang ada diterapkan semua tu. Tapi buat aku tak lupa bila nampak hantu lepas ni kena sebut ” ASTAGFIRULLAH AL’AZIM”. Biasanya terus baca ayat kursi tapi betul jugak mungkin time lupa nak baca apa sebut  ASTAGFIRULLAH AL’AZIM pun insyaAllah membantu.

P/s: Tak sabar nak tunggu hasil kedua pengarah Ahmad Rusli Khadri selepas ni. Aku bagi 4/5 bintang ye! Wajib tonton sebab lebih best dari Ngongkrong. Wuwuwuuu.

{ 4 comments… read them below or add one }

hafiz hafizol June 5, 2012 at 5:04 am

ok. lepas aku baca entri nie aku pun macam harinie jugak nak pegi tenngok.. Terbaik !! Huhu
hafiz hafizol recently posted..Gambar Artis Bertudung | Yatt Hamzah, Natasha Hudson & Diana AmirMy Profile

Reply

9n0L4 June 5, 2012 at 12:52 pm

huhu. mcm best. :)
9n0L4 recently posted..Janganlah terburu-buru sayang !My Profile

Reply

KakiWayang.com June 8, 2012 at 7:18 am

Hi penmerah.

Kami setuju jika dikatakan filem ni lebih best dari Ngongkrong. Tapi banyak sangat kekurangan dalam filem ni, kami ada buat review di KakiWayang.com, meh lawat : X Janda-Jandaku Gangster

Harap-harap filem kedua pengarah ni nanti adalah lebih baik =)

Reply

Pen Merah June 8, 2012 at 9:04 am

sapekah gerangan yg komen dr kaki wayang? amal ekkk? eheheee..
Pen Merah recently posted..Review Samsung Series 5 UltrabookMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!