white

Review Kl Gangster 2

by Pen Merah on September 10, 2013

in Cerita Aku,REview Movie

Salam.

YUN 3071 1024x678 Review Kl Gangster 2

Mulai 3 Oktober 2013 nanti, Kl Gangster 2 bakal menemui penonton setia di pawagam. Sebelum tu, aku nak selitkan dulu beberapa fakta menarik tentang Filem Kl Gangster 2 ini. 

Memulakan penggambaran pada awal Disember 2011 dan tamat pada pertengahan Februari 2012 yang mana Syamsul Yusof mngambil masa lebih 7 bulan untuk kerja suntingan untuk mendapatkan kualiti yang baik. Untuk filem ini jugak, lebih 100 orang pelakon tambahan digunakan untuk watak gangster yang melibatkan penggambaran selama 68 hari.

947189 10151474765261394 1957322280 n Review Kl Gangster 2

dbmDSC00039 Review Kl Gangster 2

30% penggambaran Kl Gangster 2 menggunakan 4 hingga 5 buah kamera untuk mendapatkan sudut menarik plus melibatkan kos sebanyak Rm4.5juta dan merupakan filem paling mahal terbitan Skop Production dan jugak paling lama untuk disiapkan.  Filem ini turut mendapatkan kerjasama promosi dari Celcom, syarikat komunikasi terbesar di Malaysia.

375395 199359290148460 132244613526595 446234 1555479193 n Review Kl Gangster 2

Sinopsis KL Gangster 2

Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.

377169 199821343435588 132244613526595 447325 196073940 n Review Kl Gangster 2

Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah.

Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya. King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.

382703 202119643205758 132244613526595 453281 2102882846 n Review Kl Gangster 2

King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster. Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.

Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?

Review Filem Kl Gangster 2,

Semakin berani dan ganas. Itu yang muncul dalam kepala apabila menonton filem ini di Majlis Pratonton Filem Kl Gangster 2 malam tadi di TGV, One Utama. Memang penuh panggung malam tadi dan ramai yang support hasil buah tangan, pengarah muda yang kreatif, Syamsul Yusuf.

dbmYUN 3023 Review Kl Gangster 2

dbmDSC00043 Review Kl Gangster 2

Seperti yang diharapkan, Filem Kl Gangster 2 ini cukup menarik terutama pada aksi pertarungan yang cukup bertenaga dan sengit. Dari awal sehingga akhir, adegan pertarungan memang tak nampak kelesuan walaupun ada sesetengah aksi tu terlalu ganas dan menyeramkan.

dbmDSC00050 Review Kl Gangster 2

dbmYUN 3045 Review Kl Gangster 2

Untuk sekuel kedua ni, paling tertarik dengan lakonan Rosyam Nor dan Sofi Jikan. Kl Gangster 2 nampak lebih segar dengan kehadiran Gangster kejam iaitu Tai Long yang dilakonkan oleh Rosyam Nor. Memang tak dinafikan lakonan Rosyam untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan berkaliber. Sofi Jikan antara pelakon yang menghidupkan lagi watak gansgter dengan loghat yang lancar dan menjadikan filem ini lebih ganas terutama masa dia bunuh Susane ( Ibu Shark ). Muka tanpa beperasaan dan dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi kelakar.

Kemunculan watak utama, Malek, Jai dan Shark sememangnya tidak mengecewakan. 3 Hero dalam 1 filem yang seimbang. Jarang aku tengok 1 filem Melayu yang boleh mengetengahkan ramai hero yang mampu sama-sama menonjol tapi dalam filem ni, setiap hero tidak dibayangi satu sama lain. Setiap satunya mempunyai karektor tersendiri dan mempunyai aura yang berbeza untuk korang hayati.

Apapun, tak lengkap filem ni kalau takde Abang Long Fadil. Gelagat Zizan Razak semestinya dinantikan ramai yang mana setiap kali muncul jek Zizan mesti penonton akan ketawa besar dengan gelagat yang dipamerkan.

dbmYUN 2978 Review Kl Gangster 2

Gangster tetap gangster tapi melalui mesej yang disampaikan, filem ini sebenarnya bercirikan kekeluargaan yang mana masuk babak ibu Malek, mesti terselit kesedihan dan hubungan yang kelihatan retak tapi sebenarnya makin kukuh di antara Malek dan Jai. Keduanya sanggup bergadai dan akan bersatu apabila melibatkan ibu mereka. Filem ini antara yang bukan sekadar menyelitkan aksi tapi masih mempunyai jiwa dan keinsafan.

YUN 29691 Review Kl Gangster 2

Apapun, aku sangat kagum dengan hasil karya dari Syamsul Yusof yang sentiasa menonjolkan kelainan dan kualiti yang lebih daripada mana-mana pengarah mampu hasilkan dalam usia semuda 29 tahun. Dengan setiap barisan pelakon yang mempunyai nama besar, beliau mampu menyusun setiap watak dengan penuh teliti dan masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam setiap babak yang ditampilkan. Apa yang aku nampak, Kl Gangster 2 menjanjikan kualiti yang datangnya bukan sahaja darisegi idea dan teknologi terkini malahan memberikan suata karya yang meninggalkan impak besar di hati peminat yang sentiasa dahagakan kelainan dan pembaharuan dalam industri seni tanah air.

P/s: Semoga Syamsul Yusof terus berkarya dan tabah dalam menghadapi setiap dugaan. Thumb ups untuk skop production. 4.8/5 bintang untuk Kl Gangster 2. =p

{ 33 comments… read them below or add one }

Dkna Abza September 10, 2013 at 10:15 am

eh! ady putra :)

dkna ada gak dapat msg bagi link download free kl gangster.. lagi best tengok kat panggung.
Dkna Abza recently posted..Cek Pertama NuffnangMy Profile

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:24 am

ada

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:25 am

saya sudah tengok

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:25 am

pengarah muda yang berbakat besar

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:26 am

filem terbaek pada abad ini

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:26 am

cerita agak best la

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:26 am

ceritaa tu best ooo

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:26 am

filem yang penuh dengan suka duka warna warni hidup

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:26 am

harap ada penonton ke panggung

Reply

Meor samsul September 10, 2013 at 10:26 am

3 okteber nie meti g tengok kat wayang sokong filem malaysia

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:27 am

filem yg berbelanja dengan besar

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:27 am

tapi sayang la ..filem dah kelaur dah dkt internet ..

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:27 am

cerita gempak

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:27 am

jalan cerita yg sgt rapi…

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:28 am

filem yg boxoffice abad ini

Reply

ashraf baharudin September 10, 2013 at 10:28 am

KL genster 2 memang gempak laaaa

Reply

izuwan September 10, 2013 at 10:28 am

cerita paling best!!

Reply

jasmine September 10, 2013 at 10:28 am

sokong filem melayu nak tengok kat wayang

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:28 am

harap samsul yusof sabar menghadapai rintangan

Reply

jasmine September 10, 2013 at 10:29 am

good luck syamsulyusuf

Reply

syed muhammad September 10, 2013 at 10:30 am

tengok wayang effect sound lagi best hehe

Reply

syed muhammad September 10, 2013 at 10:30 am

good luck industri filem malaysia

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:30 am

cerita yang memberi kelainan dalam industri filem

Reply

syed muhammad September 10, 2013 at 10:30 am

bestciter nie

Reply

hilang ingatan September 10, 2013 at 10:30 am

hampa semua dah tengok ke kl gangster 2

Reply

Khairil Anuàr September 10, 2013 at 10:30 am

Filem yg paling di tunggu2 utk tahun 2013..wlupun ade ramai yg mgkn da tgk movie ni sbb ia nya telah disabotaj,tp aku tetap nk tgl kt panggung nnt.!

Reply

Azmi22 September 10, 2013 at 10:31 am

hopely mendapat smbutan hangat

Reply

aisah yusup September 10, 2013 at 10:31 am

Moga filem mndpt sambtn…

Reply

noli September 10, 2013 at 10:38 am

xsabar nak tahu knp si jai tu suke sgt ltak rkok kat mlut.heheh

Reply

hasliza September 10, 2013 at 10:40 am

Nak tgk scene kereta polis diterbalik kan.hehehe

Reply

nurul syarifah nur salina September 10, 2013 at 11:50 am

cerita paling best di malaysia..tahniah shamsul

Reply

wkk September 11, 2013 at 6:53 am

lepas tengok kl gangster 2,baru faham cite kl gangster 1.

Reply

Cik Farah October 10, 2013 at 10:52 pm

Dah tgk cerita ni..memang best, mungkin yg otak sempit je yg suka kutuk2 cerita ni.
Cik Farah recently posted..Review Essenseri: Kalau nak berseri kenalah pakai ESSENSERI.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!