Ringankan Tangan Bantu Adik Iskandar l Save Iskandar. Save Our Son.

by Pen Merah on May 28, 2012

in Cerita Aku

Salam..

Terbaca entri untuk selamatkan adik Iskandar Syalizan, 10 bulan yang kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA Johor Bahru, Johor akibat sakit paru paru dan jangkitan virus. Hampir sebulan adik Iskandar terlantar kat HSA dan pelbagai usaha dilakukan tapi masih  buntu.

22 Ringankan Tangan Bantu Adik Iskandar l Save Iskandar. Save Our Son.

Petikan dari Ayah Adik Iskandar Syalizan;

Assalamualaikum.
Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum. Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.
pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.
Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam. Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.
Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar. Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor. ”Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK”.
Kami kecewa dan terus kecewa. Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan. Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh. Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab. Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.
22 Ringankan Tangan Bantu Adik Iskandar l Save Iskandar. Save Our Son.
Update terkini: Sumber.
Petikan ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.
‘Keadaan Iskandar semakin kritikal sejak jam 7 pagi tadi. Seluruh badan dia bengkak sebab dipenuhi karbon dioksida. Tolong sebarkan  berita ini supaya lebih ramai dapat mendoakan Iskandar kuat mengharungi keadaan ini’

Untuk hulurkan bantuan boleh hubungi ;

Bapa Iskandar 0197419790 dan Ibu Iskandar 012-4833462

P/s: Sama – samalah kita hulurkan bantuan untuk ringankan beban adik Iskandar Syalizan tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Perkembangan terkini adik Iskandar boleh tengok kat facebook Save Iskandar. Save Our Son.

{ 4 comments… read them below or add one }

nurul May 28, 2012 at 7:26 am

Sedihnya tgk.. Moga dipermudahkan segalanya…
nurul recently posted..Amazing Scanning Electron Microscope PhotosMy Profile

Reply

Madam Riena May 28, 2012 at 7:51 am

saya pun ada share gak kat blog saya mengenai kisah ni..
Madam Riena recently posted.."Save Iskandar. Save our son."My Profile

Reply

Madam Riena May 28, 2012 at 7:58 am

http://rienahaiqal.blogspot.com/2012/05/jom-bantu-tabung-ahmad-sufi.html
tolong hebahkan juga mengenai bayi kecil ni juga… Ahmad Sufi… sama2 kita bantu sikecil ni utk meneruskan hidup….
Madam Riena recently posted.."Save Iskandar. Save our son."My Profile

Reply

liely May 28, 2012 at 8:02 am

Semoga segalanya dipermudahkan……..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!