Salam..

Semalam 30 June 2012 berlangsungnya perkahwinan blogger Irine Nadia Marcello di Masjid Tanah Melaka. Alhamdulillah dorang berdua dah sah menjadi suami isteri dan tahniah buat Irine.
Nampak air muka Irine dan suami yang sangat ceria di hari wedding semalam. Ingatkan nak update awal entri ni tapi kesesatan lepas balik dari Melaka, terpaksa aku tangguhkan hari ni. Eceh macam ramai reader jek. Heeeee.

Sama cantik sama padan kedua pengantin ni. Masa tengok dorang terus rasa macam huii aku pergi kenduri artis ke hapeee. Aku datang majlis Irine kiranya dah lepas tengahari sebabnya takde maps ke hape main redah suka suki tapi nasib sampai jugak. Terima kasihlaa kat Samsung SII Nisa Kay yang berguna time Papago kereta aku buat hal. Kalau tak, mahu kena tunggu lagi sejam dua baru sampai.

Acara suap menyuap kek sesama pengantin ye.. Sweetnya dorang..

Selain suap menyuap sesama pengantin, dorang jugak menyuap kek pada kedua mak dan ayah ye. Time ni nampak Irine macam sebak terutama masa berpeluk dengan ayahanda tersayang. Kalau korang belum tengok gambar wedding Irine Nadia haaa boleh terjah entri semalam dulu. Huuuuuu.

Pengantin lelaki pun turut sama menyuap dan disuap kek oleh keluarga tercinta.

Acara last sebelum penutup majlis kahwin iaitu nyanyian daripada pihak pengantin yang sempat menyanyikan lagu Dua Insan. Memang best suara dorang tapikan sepanjang majlis kahwin tu, aku rasa mereka yang menyumbang suara kat depan tu semuanya best takde sumbang ke hapeee. Time dengar jek orang menyanyi mesti aku nak tengok suara sape yang sedap tuh. Muahahaaaa.

Selain Irine yang menjadi tumpuan, orang kedua yang aku cari kat majlis kahwin semestinya Aizul Marcello. Nampak muka dia yang keletihan tapi still boleh layan gelak- gelak belum lagi sibuk melayan tetamu ke sana sini dan peminat yang nak bergambar termasuk daku.
Dari hari pertama aku kenal dia sampai sekarang tak pernah dia berubah masih tetap Aizul yang sama walaupun Eye Studio dia meletop letop.

Masa sampai tu, aku terus cari blogger yang dikenali memandangkan dalam perjalanan Ujang ada cakap dia dah nak sampai rumah Irine. Sampai jek haaaa rupanya jauh jugak kupu – kupu yang cantik ni terbang. Masa nampak dia dukung baby ehhhh anak sape tapi terpandang isteri Ujang haaaa anak Ujang lettew. Tapikan sesuai laa jadi anak yuyu. Heeeeeeee.
Selain blogger femes Yuyu Zulaikha, ada lagi Mejah, Ayam yang aku tak nampak yang mana satu, Syafiq Rosli dan Eman The Halia. Aku tak sempat nak borak sangat dengan dorang sebab pergi mengisi perut yang dah kelaparan. Muahahaaaa.

Muka ala – ala cute ni pemilik kepada NisaKay.Com. Aku datang dengan dia, balik pun dengan dia haaa sesat pun dengan dia. Biasanya jarang sangat aku sesat bila balik tapi entah signboard tu dia tak letak dengan betul agaknya tetiba hilang dari pandangan tak pasal aku redah area Sri Petaling. Heeeee.

Hi Amalina..

Blogger dan pengantin bergambar bersama

Time kat atas pelamin tu agak ramai sebenarnya yang beratur untuk bergambar dengan Irine dan suami. Salah sorangnya adalah aku tapi dari awal sampai habis majlis rasanya muka Irine tetap ceria sepanjang masa. =_=

Ehhhhh FL? Fatin Liyana? Aaaaaa pemilik blog Honey Koyuki? Macam mana boleh tersesat kat sini? Heeeeeeee. Dalam banyak gambar, aku rasa yang ni jek masih ada kamera di sisi FL. hahahahaa.

Masa first time bertegur sapa, aku rasa yang terlebih segan tu aku terlebih peramah tu FL. Mungkin sebab dia femes sangat bila jumpa aku tergamam sejuta kata macam takde lidah pulak jadinya. Nasib dia tak perasan aku tak boleh nak berkata – kata sangat. Wakakakaaa.
Acara perkenalan nampak dia macam segan tapi huwaaaaa asyik aku yang kena bahan. Tak sangka pulak boleh jumpa Fatin kat majlis Irine dan rasanya aku tak pernah terfikir dapat jumpa blogger yang femes seantero dunia blogger ni. Ingatkan dia pendiam sekali rupanya talkative sampai aku pulak yang terdiam. Kahkahkah.

Di mana ada Fatin mesti ada Datin. Kali ni kiranya kali kedua berjumpa itupun dah 6 bulan masa berlalu tapi Datin tetap sama suka senyum dan peramah wooooo setiap masa ceria jek. Belum lagi dia buat lawak budak – budak nampak dia senyum mesti aku yang nak tergelak sama. Kena mintak petua nih.

Aksi paling comel mesti dorang yang menang sebab aku tak pandai buat muka yee. Senyum jek bolehlaah. Datin, FL dan aku tapi dalam bertiga tuuu aku yang paling comot. Okeh, sedar diri. Kahkahkah!

Pengantin bersama kengkawan blogger dari kiri; Nisa Kay, Fatin Liyana, Irine, Datin dan PM.

Woooo dah nak habis majlis kiranya dah takde orang memang seronok macam – macam pose kitaorang bergambar. Buat pertama kali aku turun memana bateri boleh sampai dah merah haaaa punyalah seronok bergambar tapi korang jangan tak tahu dalam kamera aku kali ni yang banyak berposing FL katanya gambar kamera aku cantik, kamera dia simpan senyap dalam handbeg. Amboihhh FL pandai yee taknak snap gambar. Muahahaaa.

Awwww Irine takde, kitaorang pulak yang sibuk berposing. Baidewey nanti aku akan up lagi entri untuk Fatin Liyana beserta dengan gambar dia yang super banyak dalam sd card semalam tapi bukan dia sorang ada jugak kawan – kawan lain ye. Macam – macam aksi yang dibuat rasanya wedding ni dah macam kitaorang yang punya. Nasib tak runtuh jek pelamin semalam.
P/s: Aku rasa entri kali ni macam panjang semacam mesti korang tercungap – cungap nak baca. Bukan apa, sekali sekala biar korang buat senaman pernafasan free haa sihat sikit nanti. Heeeeee. Sebelum tu, aku nak wish Selamat Pengantin Baru buat Irine Nadia Marcello. Tumpang gembira buat korang dan terima kasih untuk invitation yang sememangnya antara hari yang paling menyeronokkan semalam.





{ 28 comments… read them below or add one }
dan onie rugi sebab balik awalllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll….dan rugi lagi sebab tak tegur kak anne -..-”
onie recently posted..Barakallahulakuma Puan Irine Nadia Marcello dan Encik Mohd Amirul ..
hahahaa.. mesti duk tgu entri ni kan. heeeeeeeeeee.. takpe nanti bole jumpe lag..
Pen Merah recently posted..Sekitar Majlis Kahwin Irine Nadia Marcello
pulun kan onie,miahahahha
hahaahaa.. rilekss..
Pen Merah recently posted..Sekitar Majlis Kahwin Irine Nadia Marcello
^_^
onie recently posted..Barakallahulakuma Puan Irine Nadia Marcello dan Encik Mohd Amirul ..
wahhhh meriahnyaaa .. ramai betol blogger kat sana…berpakat ke? heheh btw smeua comel2 laa..<—-jeles
xberpakat pun sbb xtaw dorang sme nk dtg cme last minute jek ade yg ckp dah nk sampai.. klau x blh konvo ngn dorg sesame.heheeee
Pen Merah recently posted..Sekitar Majlis Kahwin Irine Nadia Marcello
dia ada kaitan ke dgn pengacara aidid marcello tv3 tak?
aku benci gila tgk gambar last2 tu..tak sempat jmpa FL..hahaha, mejah dgn ayeem la ni..grrrrr
wei gambar ank aku dgn irene ada lg dak..nak..=)
ujang9897 recently posted..Biodata Rozaimi Abdul Rahman (Harimau Muda)
ujang.. heeee.. kesian ko.. takpe nanti mesti le jumpe lgiknyeee…
gambar anak ko ngn irine ade lg 2 keping x silap aku. nk send ke mane? emel o facebook?
Pen Merah recently posted..Sekitar Majlis Kahwin Irine Nadia Marcello
Wah bestnye,,happening sangat,sume yg dtg blogger2 femes plak tu..jelesnye..huhu..ekceli masjid tanah tu dekat je ngan tmpt sy..hee
nape xdtg? kami yg jauh dr kl redah jek melaka.hahahaaha. nasib x sesat lame..heeee
Pen Merah recently posted..Sekitar Majlis Kahwin Irine Nadia Marcello
wahhh meriah sungguh majlis ni yer…lagi meriah kalau yang datang dikalangan blogger
2laa.. salu klau blogger mesti rmai yg dtgkan..

Pen Merah recently posted..Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?
seronoknyaaa..teringin jugak jumpa blogger beramai-ramai..~~
ehee.. jom2 pasni ade wedding dtgla..
Pen Merah recently posted..Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?
meriahnya wedding irine dgn kehadiran blogger2 pemes..ceria dan sporting je korang semua kan
eera shera recently posted..Pujian boleh melemahkan
aah meriah sgt2.. seronok cz yg dtg 2 ramai dikenali.heheee
Pen Merah recently posted..Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?
wah.. meriahnya korang semua yer. hehehehe.. awak pun nampak cantik dan comel la..



FL memang super cantik la.. saya suka tengok dia..
selamat pengantin baru buat irine dan suami..
Madam Riena recently posted..JOM SEMAK (SPR)
meriah kan? heeee.. FL mmg superbly cantik.. jumpe dia pun rase x terkata..hahaa.. jumpe artis pun takdelaa sampai xleh nk berkate2. sbr jelaa.. tp yg paling cantik pengantin.. heeeee
Bestnyerrrr…
Meriah je nampak ha
Kalau camni pengantin pun boleh kalah

Myra Jay recently posted..Promosi Pertengahan Tahun AVON – Tempoh TERHAD
best sgt. heheee
Pen Merah recently posted..Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?
Memang sama cantik sama padan.. FL cantiknyaaaaaaa…
Nurul recently posted..Wowww 1001 give away
kesian baju wedding irene tu cun sangat? haha XD
kenapa baju wedding irene tu cun sangat? haha XD
wanie_mn recently posted..J U N is hahaha
Kemain blogger2 comel berkumpul .. haha ..
puanbee kay recently posted..Hyundai Euro Tour 2012 Di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
aku jek x comel weyh.kahkahkah
Pen Merah recently posted..Hyundai Euro Tour 2012 l Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
wow bestnya dapat jumpa fy tu..
kak ina kl recently posted..Ada Ker Patut Dorang Kata Camtu?