0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Pastinya korang pernah mengalami situasi dimana baru sahaja lepas makan tetapi perut cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan korang nak makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan. Tapi makan banyak kali yang menyebabkan badan cepat gemuk ye!

1) Minum terlalu banyak minuman manis

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa korangsebenarnya dahpun mendapat makanan secukupnya.

(2) Makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Kurang minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan. Sebaiknya, sebelum makan, minumlah  air masak terlebih dahulu.

(5) Kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia  mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri korang kebosanan seterusnya cenderung untuk makan dengan banyak.

P/s: Elakkan diri korang daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan diet dan cubalah beriadah selalu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });