0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

5 Sebab Bagus Untuk Menangis

Salam..

Bila kali terakhir korang menangis? Menangis nih selalu dikaitkan dengan perempuan dan tipula kalau aku cakap aku tak pernah menangis.  Menangis nih sebenarnya satu terapi dan bagi banyak kebaikan kat badan kita.

Meningkatkan Kadar Denyutan Jantung

Masa menangis, denyutan jantung sebenarnya meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

 Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

 Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

 

 

 

P/s: Jika korang rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi. Tak salah pun korang menangis takde yang nak mengejek. :P

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas