0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam semua..

Tadi aku sibuk berblogwalking ternampak pulak entri ni antara sebab Hati tidak tenang. Aku rasa semua orang akan mengalami perasaan tidak tenang cuma apa,kenapa dan bila itu jek yang berbeza ye dak? Jom kita tengok kenapa hati tak tenang.

Pemarah l Panas Baran

Orang yang kerap pemarah atau panas baran seringkali mempunyai hati yang tidak tenang dan susah mendapat kawan. Pentingnya kawan ni sebab boleh berkongsi kesedihan dan meredakan kemarahan. Jadi, kawallah sikap panas baran korang ye.

Pendendam

Dendam ni boleh ada dalam diri semua orang jugak cuma bezanya macam mana korang menyalurkan rasa dendam tu dengan cara yang betul. Andai korang berdendam dan menggunakan perasaan tu dengan cara yang salah, setiap apa yang dibuat korang takkan rasa puas dan hati takkan pernah rasa tenang.

Hasad Dengki

Bila ada perasaan hasad dengki, keinginan untuk menjatuhkan sesama sendiri memang ketara dan boleh menyebabkan hilang ikatan saudara. Sekeras-keras hati manusia ada lembutnya dan walaupun sikit pastinya ada rasa bersalah dan kat sini timbulnya rasa hati yang tidak tenang.

Tamak

Mengambil petikan dari blog adik ini  Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis jugak. Bagi aku, cukuplah sekadar bersederhana dalam hidup tak perlu terlalu kaya dan terlalu miskin. Tapi kalau miskin, jangan salahkan takdir cubalah berusaha untuk menjadi lebih baik.

Ego

Mempunyai perasaan ego seringkali menyebabkan kita berasa riak dan meninggi diri. Biasanya orang yang ego ni susah untuk mengalah dan selalu nak menang ibarat kalau bertemu buku dan ruas baru tahu langit tinggi dan rendah dan masa tu la baru tersedar selama ni hati tidak tenang rupanya.

P/s: Bagi aku, hati tidak tenang sebab kita tak pernah rasa cukup mahupun bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin ada yang terasa selesa ada perasaan macam ni tapi bagi aku, semua tu hanya menyusahkan orang disekeliling. Sesekali hati tu kena pergi servis jugak. hikhik. Korang rasa macam mana?

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });