0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

5 Tabiat Buruk Menyebabkan Pembaziran Petrol

5 Tabiat Buruk Menyebabkan Pembaziran Petrol

bazir

Oleh kerana semua harga di Malaysia semakin naik, maka kita kena berjimat cermat.

Harga petrol pun diumumkan telah naik untuk bulan November ni.

Jom ikuti 5 tabiat yang boleh menyebabkan pembaziran petrol

1 – Tak isi penuh tangki minyak

Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, seterusnya menyebabkan pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.

2 – Tekanan angin tayar

Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak.

Pengguna dinasihatkan agar memeriksa tekanan angin sebulan sekali.

3 – Tekan pedal minyak sampai habis

Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat petrol habis.

Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta anda memecut secara natural. RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara 2,000 – 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

4 – Buka tingkap ketika memandu

Menurut jurnalis automotif Christopher Neiger, memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan 20% atau lebih terhadap keefisyenan pembakaran petrol.

Jadi, gunakan pendingin hawa ketika memandu pada kelajuan ini.

5 – Selalu meletakkan kenderaan di bawah terik matahari.

Apabila kereta diletakkan dibawah sinaran terik matahari, akan berlaku proses evaporasi di dalam tangki petrol sehingga menyebabkan hawa-hawa gas petrol terkeluar dari kereta.

Juga, pastikan penutup petrol diputar sehingga kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.

Satu lagi, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan. Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis.

Sumber: SiakapKeli

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });