0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Senaman

Tips kurus paling berkesan adalah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan supaya tak membebankan badan.

Makan Makanan Sihat

Seimbangkan diet korang lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan. Ada jugak tips untuk kurus menyatakan menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah patut diamalkan. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan andai diberi pilihan, amalkan pengambilan yogurt.

Kurangkan Makan

Kawal diet dengan makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan korang sebelum ini contohnya sebelum ini korang makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja.

Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet. Makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.

Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang korang ingin lakukan.

Katakan apa yang korang rasa ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja kerana boleh mengelakkan dari korang berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.

Kawal emosi

Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus  iaitu bijak mengawal emosi dan pemikiran maka korang akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri.

Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kuruskan badan akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

P/s: Nak kurus nih jangan hanya tumpu kepada cara pemakanan jek sebab emosi dan persekitaran memainkan peranan penting. Kalau emosi tak stabil, macam mana nak hapi. Kalau tak hapi macam mana nak berdiet kalau mood asyik nak melantak jek setiap masa. Fikir – fikirkan. Selamat menguruskan badan. Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });